Perkhabaran dari Itali dan Sepanyol secara sepakat mengatakan Juventus bersedia untuk menjual Cristiano Ronaldo pada penghujung musim ini.
Pada ketika itu, bintang Portugal tersebut sudah pun berusia 36 bulan. Manchester United dikatakan antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan Ronaldo yang dianggap legenda di Old Trafford.
Namun berdasarkan fakta-fakta berikut, dan berdasarkan penilaian kami yang tidak pernah biased dan sentiasa adil, berikut adalah 5 sebab mengapa kami berpendapat Liverpool adalah pasukan yang lebih memerlukan khidmat Cristiano Ronaldo berbanding mana-mana pasukan lain di dunia.
Lonjak nilai komersil Liverpool
Untuk dua musim berturut-turut, Liverpool telah memenangi dua trofi utama pertandingan bola sepak. Musim 2018/19, skuad kendalian Jurgen Klopp muncul juara eropah. Musim berikutnya Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris.
Di sebalik kejayaan tersebut, Liverpool tidak pernah berada setaraf dengan Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich, mahu pun Manchester United dari segi nilai komersil.
Barca have overtaken Real Madrid to become the world’s richest football club pic.twitter.com/tcO4693Yww
— I'm HIM,you can call me ibraHIM (@Unclegold1) January 14, 2020
Membawa masuk seorang pemain bertaraf bintang seperti Cristiano Ronaldo ke Anfield boleh menjadi satu ‘statement’ besar daripada kelab Merseyside itu untuk berdiri sama tinggi dan bersaing dengan kelab-kelab terbesar dunia dari segi nilai komersil.
Sebagai kelab yang mengaku dirinya besar, Liverpool bukan sahaja perlu bersaing untuk trofi di atas padang, malah harus menjadi kelab yang diburu oleh setiap penaja utama bola sepak di dunia.
Lonjak populariti Liverpool sebagai terbaik dari England
Liverpool sememangnya sebuah kelab yang mempunyai pengikut yang ramai. Jumlah penyokong The Reds semakin bertambah sejak dua musim terakhir ini, setelah menunjukkan peningkatan sejak 2016.
Ia merupakan perkara biasa bagi kelab-kelab di Premier League yang memiliki jumlah penyokong yang ramai di luar negara, Kerana itulah hak penyiaran di negara berkenaan mampu menjana pulangan berjuta-juta ringgit semusim.
Namun demikian Liverpool bukanlah kelab paling popular di muka bumi ini. Kajian dari stadium-maps.com membuktikan Manchester United masih lagi merupakan kelab termasyur di serata benua.
Jika benar Liverpool mahukan kejayaan di luar padang yang selari dengan apa yang mereka raih di dalam padang, maka Cristiano Ronaldo boleh menjadi salah satu daya penarik utama – mengambil kira bintang Portugal ini merupakan atlet dengan pengikut teramai di dunia.
Sesuai taktikal Klopp
Seperti yang kita tahu bola sepak di Liverpool adalah berasaskan rangkaian tiga serangan yang tajam yang terdiri daripada Sadio Mane, Roberto Firmino dan juga Mohamed Salah. Pada musim panas yang lalu, Liverpool turut mendatangkan Diogo Jota.
Jika Klopp mahukan squad depth yang lebih baik, maka keberadaan Ronaldo pasti boleh membantu. Pada usia mudanya di Manchester United, Ronaldo beraksi sebagai pemain sayap di sebelah kanan dan juga kiri.
Klopp on Cristiano Ronaldo 🗣: "if you could paint yourself a player, it would have Ronaldo's height. he could jump and run as high or quick Ronaldo can Cristiano Ronaldo is an absolutely incredible player" pic.twitter.com/NpFUuODH7d
— TCR. (@TeamCRonaldo) May 12, 2020
Perkara itu semakin berubah ketika beliau beraksi bersama Real Madrid dan Juventus – menyaksikan Ronaldo lebih berperanan sebagai pemain No.9.
Di dalam sistem Klopp, Ronaldo boleh berfungsi di setiap posisi dalam rangkaian tiga serangan Liverpool, dan masih mampu menghadirkan ancaman gol di mana sahaja beliau ditempatkan.
Jadikan Liverpool serial winner
Liverpool mungkin adalah sebuah pasukan yang telah menjuarai kejuaraan eropah sebanyak enam kali. Mereka juga berjaya menamatkan kemarau penantian kejuaraan Liga Perdana Inggeris selama 30 tahun pada musim lalu.
Namun demikian, apakah jaminan Liverpool mampu mengulangi kejayaan yang sama? Di pertandingan eropah misalnya, Liverpool terpaksa mengalah dengan Atletico Madrid seawal pusingan kedua (16 pasukan terbaik) pada musim beriktnya selepas bergelar juara.
https://twitter.com/TotalElBicho/status/1287624395209371648
Dan selepas saingan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu, skuad Liverpool seolah-olah hilang karakter untuk mempertahankan gelaran. Prestasi buruk Liverpool musim ini jelas mereka bukan pasukan yang sempurna.
Cristiano Ronaldo adalah seorang serial winner. Beliau tidak berpuas hati dengan hanya satu trofi semusim. Apatah lagi tanpa sebarang trofi pada musim berikutnya.
Jika benar Liverpool mahu membina sebuah dinasti seperti yang pernah dilakukan oleh Man United pada era Sir Alex Ferguson, maka pemain dengan mentaliti seperti Ronaldo boleh membantu mereka berbuat demikian.
Liverpool dan Klopp memang sukakan Ronaldo
Tidak dinafikan Jurgen Klopp sebenarnya adalah peminat kepada bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo.
Pengurus dari Jerman itu sebelum ini mengaku pernah membeli seluar dalam jenama Ronaldo dan memakainya sehingga ke paras puting dan bertangapan ia kelakar. Siapakah yang siuman akan berbuat demikian jika tidak kerana obses dengan Ronaldo.
Klopp on wearing Cristiano Ronaldo pants for the Champions League final:
"Some years ago when I was buying underpants, I simply grabbed some from the Ronaldo shelf. During the final I deliberately wore them and pulled them very far, up to under my nipples. That was funny."
— GOAL (@goal) August 21, 2019
Sebelum Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003, Liverpool juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut. Malah Liverpool dikatakan yakin telah memeterai perjanjian untuk membawa Liverpool ke Anfield sebelum disailang oleh seteru mereka Manchester United.
Bekas pengurus Liverpool Gerard Houllier dan Phil Thompson hampir tercekik di meja makan selepas Cristiano Ronaldi diumumkan sebagai pemain Manchester United 17 tahun lalu.
Liverpool believed they had agreed a deal to sign Cristiano Ronaldo for just £4MILLION in 2003 https://t.co/mvG1S4NMd8
— Mail Sport (@MailSport) October 14, 2020
Malah kelab Merseyside dikatakan telah mencapai persetujuan untuk membayar £4 juta untuk Ronaldo ke Anfield.
Sebelum ini Liverpool mungkin kempunan. Kali ini ia tampak seperti peluang terbaik mereka untuk memiliki Cristiano Ronaldo
Penutup
Liverpool bukan satu-satunya kelab yang dikatakan hampir mendapatkan Ronaldo.
Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger turut mendakwa sudah mencapai persetujuan dengan yuran perpindahan £8 juta dibayar kepada Sporing Lisbon.
Malah Ronaldo dan ibunya Dolores turut telah diterbangkan ke Arsenal dan diperkenalkan kepada Thierry Henry.
Arsene Wenger turut bertemu sendiri dengan Ronaldo di pejabatnya, dan menyerahkan jersi No.28 yang dipinta pemain itu.
Namun demikian, Ronaldo tetap memilih ke Manchester United di mana beliau memenangi tiga kejuaraan Premier League, satu Piala FA dan satu kejuaraan Champions League sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2009.
Jika dibandingkan dengan Arsenal, peluang Liverpool memiliki Cristiano Ronaldo lagi cerah pada kali ini.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo
Sains Di Sebalik Lompatan Melawan Graviti ‘Air Cristiano’ Ronaldo Menentang Sassuolo