5 Sebab Kenapa ESL Dibantah Keras Peminat Bola Sepak

European Super League

Ketika ini isu mengenai European Super League (ESL) sedang hangat diperkatakan oleh banyak pihak, terutamanya peminat-peminat kelab yang terlibat dengan penubuhan liga tersebut.

Seperti yang kita tahu, ESL merupakan ‘liga haram’ yang dibentuk oleh pemilik-pemilik kelab ternama Eropah bagi mendapatkan hasil pendapatan yang lebih lumayan berbanding UEFA Champions League dan liga domestik masing-masing.

Kebanyakan peminat membantah penyertaan kelab kesayangan mereka ke dalam liga ini, namun tidak kurang juga ada yang menyokong dan berasa teruja dengan pembentukan liga ini kerana menganggap ini adalah sesuatu yang ‘fresh’ dan lebih mengujakan kerana ia hanya kelab-kelab besar sahaja.

Namun hakikatnya, peminat-peminat bola sepak tidak membantah tanpa sebab. Mereka menganggap perkara tersebut telah ‘membunuh’ bola sepak, sehinggakan ‘RIP Football’ telah trending di Twitter sebaik sahaja liga ini diumumkan. Mengapa begitu? Ini antara beberapa sebabnya:

1. Memusnahkan piramid bola sepak

Piramid bola sepak merujuk kepada sistem penyingkiran, kenaikan dan kelayakan kelab-kelab bola sepak berdasarkan prestasi dan merit kelab pada setiap musim, bermula dari liga paling bawah hinggalah kepada Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Ini adalah salah satu ciri terbesar yang memberi ‘kecantikan’ pada bola sepak itu sendiri, di mana setiap kelab tak kira sejarah lepas boleh bercita-cita untuk pergi ke peringkat tertinggi tanpa mengira sejarah, kekayaan dan saiz kelab itu sendiri.

Ia dapat dilihat pada t-shirt yang dipakai pemain Leeds United sebelum lawan Liverpool dengan menyatakan ‘Earn it’ (dapatkan ia).

Jika Liga Super Eropah ini diteruskan, hanya kelab-kelab besar yang sama sahaja yang dapat kita lihat walaupun pada musim sebelumnya kelab-kelab ini mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Hal ini kerana mereka layak bukan kerana prestasi atau merit, tetapi hanya kerana kedudukan kewangan dan populariti kelab semata-mata.

Cita-cita kelab-kelab lain untuk bermain di peringkat tertinggi juga akan memudar kerana walaupun mereka layak ke Liga Juara-juara sekalipun, kelab-kelab kaya sudah mengasingkan diri di liga lain.

2. Tiada drama

Seperti yang kita tahu, 12 kelab yang terlibat akan sentiasa kekal dalam liga yang sama tanpa ada penyingkiran. Perkara ini akan menyebabkan motivasi pemain untuk bermain lebih baik jadi sangat rendah.

Bukankah kita semua suka apabila kelab yang cuba elak penyingkiran menjadi ‘power’ di hujung-hujung musim ataupun kelab-kelab bertungkus-lumus untuk mendapatkan kelayakan ke UCL pada perlawanan terakhir liga?

3. ‘Membelot’ liga domestik

Setiap kelab mewakili liga negara masing-masing di kancah Eropah, kerana mereka merupakan kelab yang mempunyai prestasi baik di liga domestik masing-masing pada musim sebelumnya.

Apabila mereka sendiri tidak memerlukan liga domestik untuk layak ke kancah Eropah, mereka seolah-olah membelot liga negara mereka sendiri.

4. Kelab-kelab kecil amat terkesan

Kelab-kelab kecil di EPL contohnya, amat mengharapkan hasil pendapatan (penyiaran dan jualan tiket) daripada perlawanan menentang kelab-kelab Big 6 EPL.

Pemain-pemain di kelab-kelab ini juga susah untuk menarik perhatian kelab-kelab besar untuk dibeli, yang juga merupakan sumber pendapatan bagi kelab-kelab kecil.

Kepada yang menganggap kelab-kelab kecil ini tidak penting, kita kena ingat bahawa hampir kesemua semua pemain ‘star’ di kelab-kelab besar datang daripada kelab-kelab kecil. Selain scouting, pemain-pemain ini dibeli kerana menunjukkan kualiti baik ketika melawan kelab-kelab besar.

Contohnya, Mané datang dari Southampton ke Liverpool, Salah dari Basel ke Chelsea, Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon, Andy Robertson dari Hull City dan banyak lagi.

5. Hilang nilai eksklusiviti perlawanan Eropah

Perlawanan Eropah seperti Liverpool lawan Barcelona atau Real Madrid lawan Juventus tidak selalu berlaku, sekurang-kurangnya bukan setiap tahun. Ini antara sebab kenapa UCL memberi satu nilai yang menerujakan peminat-peminat bola sepak; nilai eksklusiviti.

Namun, jika perlawanan seperti ini berlaku setiap tahun, keterujaan untuk menantikan perlawanan sebegini akan mati kerana terlalu kerap. Sama juga seperti Euro dan Piala Dunia, disebabkan ia diadakan empat tahun sekali lah menyebabkan pertandingan ini ditunggu-tunggu peminat bola sepak.

Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Klopp pada tahun 2019 yang mempersoalkan mengapa kita perlu mencipta sistem di mana Liverpool akan melawan Real Madrid setiap tahun.

Penutup

Kesimpulannya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika UEFA dan FIFA tidak bermasalah dalam menguruskan kewangan kelab-kelab yang bertanding di UCL dan tidak terpalit dengan pelbagai skandal.

Namun dalam masa yang sama, pembentukan Liga Super Eropah ini sendiri telah meremukkan hati peminat-peminat bola sepak di luar sana.

Artikel ini dikarang oleh pembaca Semuanya BOLA, Ariffuddin Sapudin.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai European Super League:

Ini Sebab Sebenar Kelab Perancis & Jerman Enggan Anggotai ESL

Ini Wajah Kesebelasan Utama Skuad England Jika Pemain Terlibat ESL Digantung

European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN