5 Sebab Kemungkinan Final Impian Piala Malaysia 2016, Selangor vs Kedah Tidak Akan Berlaku

Sejak daripada awal lagi ramai peminat meramalkan Kedah dan Selangor akan bertarung sekali lagi di final Piala Malaysia pada tahun ini sekaligus mengulangi pertemuan final musim lalu.

Namun, potensi untuk final ini berlaku kali ini agak tinggi, cuma kami tetap merasakan ada beberapa isu yang boleh menjadi penghalang kepada final impian ini.

Sama ada salah satu daripada Kedah atau Selangor tersingkir atau mungkin kedua-duanya sekali. Siapa tahu?

Kami senaraikan 5 sebab yang memungkinkan final itu tidak kesampaian.

1. Faktor De Paula Dan Kualiti PDRM

kredit gambar: Goal.com
kredit gambar: Goal.com

Bola sepak memang permainan berpasukan, namun kadangkala aksi individu boleh menyelamatkan pasukan.

Dalam perlawanan akhir musim lalu, De Paula antara watak penting selain Hazwan Bakri untuk menumbangkan skuad yang lebih baik dari segi pasukan iaitu Kedah.

Dalam Perlawanan pertama, De Paula membuktikan beliau adalah pemain yang berpotensi untuk mengubah nasib pasukan PDRM kali ini.

Dari segi pasukan, PDRM ada segala kualiti yang diperlukan untuk menang dalam perlawanan kali ini. Mereka memiliki corak bola sepak counter attack yang agak berbahaya.

2. Mentaliti T-Team 

Pasukan ini memiliki mentaliti berpasukan yang luar biasa. Mereka boleh menewaskan sesiapa sahaja jika mentaliti mereka berada di tahap terbaik.

kona

Selangor pula kerap tewas dalam perlawanan yang dianggap ‘winnable’ pada musim ini. T-team juga memiliki rekod kemenangan lebih banyak di tempat lawan dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Daripada 4 kemenangan T-team menang 3 kali di tempat lawan berbanding dengan sekali di tempat sendiri dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Mereka juga menang dalam perlawanan penting di tempat lawan seperti menewaskan Kedah dan juga Felda United.

3. Isu Konsistensi Selangor

Ini adalah masalah utama pasukan Selangor pada musim ini. Mereka masih belum merekodkan 2 kemenangan berturut-turut dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Ini bukan masa untuk Selangor mengulangi aksi yoyo mereka kerana mereka sudah terlalu hampir dengan final untuk potensi Piala Malaysia ke-34 mereka.

Malam ini mereka akan berhadapan dengan pasukan yang memiliki falsafah bola sepak moden berbanding dengan mereka yang mengamalkan bola sepak lebih konvensional.

4. Sikap Terlalu Yakin

Ini adalah musuh utama untuk pasukan Kedah dan Selangor. Status dan kemenangan dalam perlawanan pertama boleh menjadi faktor yang membuatkan mereka terlalu yakin.

Dalam bola sepak, sikap terlalu yakin ini merupakan musuh dalaman. Jika keadaan ini berlaku, jurulatih kedua-dua pasukan perlu menghentikan segera simpton ini dalam perlawanan malam ini.

5. Peraturan Jaringan Gol Di Tempat Lawan

Kedua-dua pasukan Selangor dan Kedah masing masing sudah melepaskan jaringan di tempat sendiri yang membolehkan lawan mereka masing-masing ada 1 jaringan tempat lawan.

Sejak format jaringan gol di tempat lawan (AG) ini diperkenalkan dalam Piala Malaysia pada 2013, peratusan pasukan yang menang kerana peraturan ini sangat rendah.

Namun PDRM telah menjadi pasukan pertama yang menang melalui format ini dalam perlawanan suku akhir menentang Kelantan.

Sebelum Wisel

PDRM dan T-Team adalah lawan yang sukar untuk Kedah dan Selangor pada kali ini. Ini kerana kedua-dua pasukan beraksi dengan tekanan yang lebih rendah dengan status pasukan bukan pilihan (under-dog).

Adakah final impian Selangor vs Kedah akan dapat direalisasikan ataupun janji temu itu akan dirosakkan pada malam ini.

penonton-final-piala-malaysia-2015

Jangan lupa saksikan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia pada malam ini.

Baca juga : Piala Malaysia 2016: Kedah Serang PDRM Melalui Syazwan Zainon

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN