Negara Eropah Dilarang Bida Hak Tuan Rumah Piala Dunia 2026, USA Calon Terbaik

Bersiap sedia semua, kita tak akan dapat tonton Piala Dunia yang dilangsungkan di negara seperti Sepanyol, England atau pun Perancis pada tahun 2026!

Hal ini kerana kesemua negara Eropah telah dilarang dari membida sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia pada tahun 2026!

USA calon terbaik

Negara Eropah dilarang dari membida hak tuan rumah Piala Dunia adalah kerana mereka perlu melalui proses cooling period yang memerlukan satu-satu benua yang sudah menjadi tuan rumah Piala Dunia tidak boleh membida untuk menjadi tuan rumah dalam masa yang dekat.

Hal ini kerana Rusia sudah menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2018. Jadi negara-negara Eropah hanya boleh membida untuk kejohanan itu untuk edisi 2030.

Selain Eropah, negara-negara Asia juga dilarang daripada membida hak tuan rumah Piala Dunia 2026.

Hal ini kerana Qatar telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Piala Dunia pada 2022.

Oleh kerana dua benua ini dilarang dari membida untuk tuan rumah Piala Dunia 2026 kerana faktor penggiliran.

Jadi hanya benua Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Ocenia sahaja yang berpeluang untuk menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2026.

Sekarang ini hanya 3 negara sahaja untuk dikhabarkan mahu membida sebagai tuan rumah.

Amerika Syarikat (USA), Mexico dan Canada adalah 3 negara yang diperkatakan mahu membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2026.

USA yang pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 1994 menjadi calon utama.

maxresdefault-17

Manakala Mexico menjadi satu-satunya negara yang menjadi tuan rumah Piala Dunia sebanyak 2 kali iaitu pada 1970 dan 1986.

Canada pula mempunyai pengalaman menjadi tuan rumah pada Piala Dunia Wanita pada 2015.

USA dikatakan sebagai calon utama kerana infrastruktur stadium mereka yang menakjubkan dengan memiliki banyak stadium-stadium moden yang sesuai untuk digunakan untuk Piala Dunia.

Mereka pernah cuba untuk menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2022 tetapi tewas kepada Qatar.

Ubah format pertandingan

Antara manifesto presiden FIFA Gianni Infantino (gambar bawah) sekiranya menjadi presiden FIFA adalah mahu mengubah format pertangdingan Piala Dunia.

gettyimages-512446606sp-soccer-a-20160228

Infantino mahu mengubah format dari kejohanan 32 pasukan menjadi kejohanan 40 pasukan.

Namun pada bulan ini, Infantino mahu mencadangkan supaya Piala Dunia diadakan dengan format 48 pasukan.

Menyedari cadangan beliau tidak akan diterima sepenuhnya. Terdapat 4 kemungkinan bagaiamana Piala Dunia 2026 akan dilangsungkan.

  • Kekal dengan format 32 pasukan
  • Ubah kepada format 40 pasukan (8 kumpulan dengan 5 pasukan)
  • Ubah kepada format 40 pasukan (10 kumpulan dengan 4 pasukan)
  • Ubah kepada format 48 pasukan (16 pasukan pilihan dengan 32 pasukan perlu melalui play-off)

Infantino yakin cadangannya akan menerima positif cadangan beliau.

“Apabila sesebuah negara layak ke Piala Dunia, negara tersebut akan dilanda demam bola!”

“Ia akan buatkan ramai pemain hendak berusaha untuk beraksi di Piala Dunia untuk negara mereka. Dan pasti banyak syarikat mahu menaja Piala Dunia.”

Baca juga: Homeless World Cup: Piala Dunia Untuk Golongan Gelandangan, Indonesia Pasukan Terbaik Di Asia

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN