5 Rumusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2016!

Terlebih dahulu, kami di semuanyaBOLA ingin mengucapkan tahniah kepda Kedah dan Selangor kerana menjadi 2 pasukan terakhir yang akan berentap dalam final Piala Malaysia 2016.

Kami sudah dapat menggambarkan kemeriahan musim lalu dalam final kali ini. Baiklah! Ini adalah 5 perkara menarik daripada perlawanan separuh akhir semalam.

1. Jangan Percaya Dengan Peraturan Gol Tempat Lawan

Separuh akhir Piala Malaysia adalah peringkat terakhir yang menggunakan peraturan gol di tempat lawan kerana final adalah kalah mati satu perlawanan. Kini peratusan pasukan menang dengan peraturan gol di tempat lawan hanya 2.5%.

sela

Hanya PDRM sahaja yang pernah menang dengan peraturan ini daripada 40 perlawanan kalah mati yang tertakluk kepada peraturan tempat lawan.

PDRM dan T-Team ada bekalan yang baik daripada perlawanan separuh akhir pertama mereka.

2. Tekanan

Ini lebih dirasai oleh T-Team. Mereka gagal bermain dengan bola sepak mereka sendiri. Tekanan mungkin kerana harapan dialihan oleh peminat bola sepak Terengganu kepada mereka.

bun

Gugup! membuatkan mereka melepaskan 2 gol awal dengan cara yang hampir sama iaitu gagal mengeluarkan bola ke-2 daripada kotak penalti.

Pada awal separuh masa kedua, T-Team menampakkan lebih karakter namun Selangor sudah menamatkan perlawanan ini pada separuh masa pertama lagi.

3. PDRM Gagal Memanfaatkan Peluang

Dalam perlawanan menentang Kedah mereka berjaya mengekang pasukan Kedah dari awal sehingga ke akhir perlawanan. Ada potensi elemen ‘nasib’ untuk mereka apabila Kedah gagal menyempurnakan peluang terbuka dan cubaan tekena palang.

Pada masa yang sama mereka turut mencipta beberapa peluang besar dalam perlawanan ini. Akhirnya mereka harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan peluang dengan lebih baik.

pdrr

Pemain mereka agak gugup di kawasan serangan, teragak-agak sama ada mahu menggelecek, merembat atau menghantar bola.

Dengan intensiti dan pertahanan yang agresif oleh Kedah, setiap masa yang dilengahkan mereka akan mengundang 2-3 pemain Kedah mara dalam masa sekejap.

Perlawanan di Stadium Hang Jebat terbuka sehingga ke minit ke 90. Selain itu, Kedah boleh dikatakan tidak beraksi dalam prestasi terbaik mereka.

Banyak gerakan adalah dari serangan balas yang pantas.

seml

4. Pasukan Terbaik Mara Ke Final

Jika salah satu pasukan PDRM ataupun T-Team memecah masuk ke satu slot akhir, kita boleh anggap ia sebagai kejutan yang sangat mengecewakan 2 pasukan ini.

Kedah dan Selangor adalah hanya 2 pasukan yang hanya tewas sekali dari peringkat kumpulan sehinggalah ke separuh akhir.

Ini adalah ranking akhir 4 pasukan semifinalis yang jelas menunjukkan Selangor adalah pasukan terbaik sepanjang kempen ini diikuti oleh pasukan Kedah.

[table]
Pasukan,P’lawanan,Menang,(%)Kemenangan,Gol,Bolos,
1. Selangor,10,7,70%,22,10,
2. Kedah,10,6,60%,19,7,
3. T-Team,10,4,40%,11,11,
4. PDRM,10,4,40%,12,13,
[/table]

5. Final Piala Malaysia Ke-3 Selangor vs Kedah

Ini adalah ulangan kepada final musim lalu. Selain itu, ia juga final ke-3 melibatkan Selangor dan Kedah. Rekod terdahulu final kedua-dua pasukan adalah masing-masing menang satu daripada 2 final terakhir.

piala-malaysia-600x360

penonton-final-piala-malaysia-2015

Selangor telah mara ke pelawanan final Piala Malaysia sebanyak 49 kali. Manakala Kedah mara ke final untuk kali ke-11.

Selangor memburu kejuaraan ke-34 dan tidak ada pasukan yang mampu menandingi mereka setakat ini. Kedah pula memburu kejuaraan ke-5 Piala Malaysia untuk memisahkan diri mereka daripada Pahang dan Pulau Pinang yang setakat ini ada 4 kejuaraan.

Sebelum Wisel

Ini adalah piala domestik terakhir untuk musim ini. Selain daripada untuk melunaskan dendam musim lalu, ia juga menjadi piala yang akan menjadi pengubat luka kedua-dua pasukan yang gagal bersaing lebih baik dalam Liga Super.

Kedah dan Selangor membuktikan, konsistensi dan tahu cara untuk menang adalah kunci paling penting dalam pertandingan format liga kumpulan dan kalah mati.

Kami mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menurunkan pasukan terkuat mereka pada final dengan pemain-pemain utama yang cergas.

Tahniah!

Baca juga : 5 Sebab Kenapa Selangor Dan Kedah Boleh Merealisasikan Final Impian Piala Malaysia 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN