5 Pertembungan Panas Arsenal vs Manchester United Dalam Sejarah EPL

Arsenal vs Manchester United. Kedua-dua buah kelab pernah mendominasi Liga Perdana Inggeris (EPL) satu masa dahulu. Tidak keterlaluan jika kita katakan dominasi 2 kelab ini adalah dari 1997 sehingga 2005.

Arsene Wenger dan Sir Alex Ferguson. Patrick Viera dan Roy Keane. 4 nama ini pasti tidak lekang di bibir peminat dan penyokong kedua-dua buah kelab Inggeris ini.

Wenger vs Fergie

Sejak Liga Inggeris dijenamakan semula pada 1992, Sir Alex dan Manchester United telah memenanginya sebanyak 13 kali.

Arsene Wenger dan Arsenal telah menanginya 3 kali dalam tempoh itu, dan turut muncul sebagai naib juara  di belakang United di dalam 4 musim.

Ini sudah cukup merumuskan kesengitan kedua-dua buah kelab mendominasi Liga Inggeris satu masa dahulu.

Malam ini akan menemukan kedua-dua buah kelab dalam perspektif yang berbeza. Bukan lagi kejuaraan EPL yang dikejar.

Slot ke UEFA Champions League (UCL) musim hadapan juga tampak sukar buat kedua-dua buah pasukan.

Tetapi pertemuan kedua-dua buah kelab ini pasti masih punyai taruhan yang bersifat peribadi buat kedua-dua kumpulan penyokong. Maruah, kisah silam, dan dominasi lalu pasti kembali mengamit saingan.

Kami bawakan 5 insiden yang pasti mengamit memori anda akan kehebatan kedua-dua buah kelab satu masa dahulu.

1. United tamatkan rekod “Invincibles Arsenal” (Oktober 2004)

“Battle of The Buffet.” Perlawanan ini lebih diingat dengan insiden dalam terowong pemain di Old Trafford.

Media melaporkan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dilempar dengan pizza dalam insiden memalukan tersebut.

Arsenal hadir dalam perlawanan ini sebagai juara bertahan dengan rekod tanpa kalah dalam 49 perlawanan.

Ruud van Nistelrooy menjaringkan  gol pertama United dari sepakan penalti. Penalti yang dianggap kontroversi apabila Wayne Rooney didakwa menjatuhkan diri ketika disaingi Sol Campbell.

Kerana insiden dalam perlawanan sebelumnya, Ruud Van Nistelrooy adalah watak yang dibenci oleh penyokong Arsenal pada masa itu. Jaringan tersebut merupakan tamparan buat mereka.

Wayne Rooney kemudiannya mengeksploitasi kecenderungan Arsenal untuk mencari gol penyamaan dengan dalam satu serangan balas untuk gol kedua United.

Manchester United memenangi perlawanan ini 2-0- kekalahan yang dianggap pahit untuk ditelan oleh Arsene Wenger dan seluruh Arsenal.

Perlawanan “Battle of The Buffet”.

2. Arsenal raikan kegagalan penalti Nistelrooy (September 2003)

13 kesalahan oleh United dan 18 untuk Arsenal. 4 kad kuning dilayangkan oleh pengadil, Steve Bennet. Kapten Arsenal, Patrick Viera kemudiannya dilayangkan kad merah.

Statistik ini jelas menunjukkan perlawanan ini adalah antara yang terkotor dalam sejarah pertemuan kedua-dua buah kelab.

Perlawanan ini menyaksikan Ruud van Nistelrooy didakwa menipu pengadil untuk menyebabkan Viera dibuang padang pada minit ke-80 perlawanan.

Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk 10 minit terakhir perlawanan.

Di kala perlawanan hanya menanti wisel penamat untuk ditiupkan oleh pengadil, Diego Forlan memperolehi penalti untuk United apabila dikasari oleh Martin Keown.

Nistelrooy tampil untuk mengambil sepakan penalti berkenaan dan gagal menyempurnakannya dan wisel penamat lantas dibunyikan.

Apa yang terjadi selepas itu adalah memalukan. Pemain-pemain Arsenal mengerumuni Nistelrooy untuk menunjukkan bantahan dengan penuh provokasi.

Mujurlah perkara berkenaan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang insiden.

Ruud Van Nistelrooy dikeremuni pemain Arsenal.

3. Arsenal Julang EPL Di Old Trafford. (May 2002)

“The Theatre of Dreams”. Begitulah gelaran yang diberikan oleh lagenda Man United, Sir Bobby Charlton untuk gelanggang pasukan The Red Devils. Arena ini memilik sejarah hebat bola sepak Manchester United .

Kerana itulah apabila pesaing terhebat mereka mengesahkan kemenangan menjulang kejuaraan EPL di sini, menjadikan ia peristiwa yang sukar diterima oleh para fanatik United.

Apa yang lebih memeritkan ialah, Arsenal menewaskan skuad Unied dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Sylvain Wiltord. Patrick Viera kemudiannya berarak mengelilingi stadium sebelum menjerit ” Fastastik, Fantastik.”

United menamatkan musim di tempat ke-3 di belakang Arsenal dan Liverpool pada musim 2001/02 ini.

Menjadikan ia antara musim yang ingin dilupakan oleh penyokong United ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Arsenal disahkan juara EPL musim 2001/02.

4. Perseteruan Roy Keane Dan Patrick Viera (February 2005)

Kedua-dua pemain sudah lama bersara. Bagaimanapun, penyokong kedua-dua buah kelab pasti merindui perseteruan dua kapten yang pernah mendominasi bola sepak Inggeris ini.

Perlawanan pada musim 2004/05 adalah perlawanan pusinga kedua setelah United menamatkan rekod tanpa kalah 49 perlawanan Arsenal di Old Trafoord pada September sebelumnya.

Sebelum perlawanan, kejadian tegang sempat dirakam oleh kamera yang menyiarkan siaran langsung sebelum pemain kedua-dua buah kelan keluar ke padang untuk memulakan aksi.

Patrick Viera dilaporkan memberi amaran kepada corak permainan Gary Neville sebelum perlawanan dan berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pemain.

Sikap Viera itu nyata tidak disenangi oleh kapten Man United, Roy Keane yang turut terlibat dalam pertikaman lidah itu untuk mempertahankan Gary Neville.

Kedua-dua kapten terpaksa dileraikan oleh pengadil perlawanan dan diberi amaran untuk mengawal tingkah laku masing-masing.

Manchester United bangkit dua kali dalam perlawanan di Highbury ini untuk menang 2-4. Pertahanan United, Mikael Silvestre dilayangkan kad merah pada minit ke-69 kerana terjahan keras ke atas Freddie Ljunberg.

Namun Roy Keane dan pasukannya berjaya mempertahankan kedudukan sehingga ke wisel penamat.

Viera dan Keane terlibat dalam insiden tikam lidah sebelum perlawanan ini.

5. Robin Van Persie Raikan Gol Menentang Arsenal (November, 2013)

3 November 2012: Robin van Persie menjaringkan gol dan tidak meraikannya

28 April 2013: Robin van Persie menjaringkan gol dan tidak meraikannya

10 November 2013: Robin van Persie menjaringkan gol, berlari ke arah penyokong Man United dan mengelungsur ke arah rakan sepasukan yang lain dengan tangan terdepa penuh keraian.

Menyarung jersi United, Van Persie diturunkan untuk kali ke-3 menentang bekas kelab, Arsenal. Van Persie menjaringkan satu gol dalam setiap pertemuan tersebut.

Robin Van Persie adalah kapten pasukan Arsenal sebelum perpindahan kontroversinya meninggalkan Emirates untuk ke Old Trafford pada musim panas 2012.

Van Persie menegaskan beliau tidak akan meraikan jika menjaringkan gol menentang pasukan bekas majikannya itu.

Bagaimanapun, mugkin kerana sering mendapat cemuhan daripada penyokong Arsenal, Van Persie bertindak meraikan gol dalam perlawanan ketiga sejak perpindahan beliau dengan penuh gaya.

Dalam satu temu ramah kepada pihak media, Van Persie turut mengatakan perpindahan beliau ke seteru Arsenal selama lebih sedekad itu didorong oleh keinginannya menjulang trofi.

Kenyataan ini dianggap sinis oleh penyokong-penyokong Arsenal.

Robin Van Persie meraikan jaringan menentang Arsenal bersama Wayne Rooney.

Kesimpulan

Jangan nafikan. Penyokong kedua-dua buah pasukan pasti merindui era kesengitan pertembungan kedua-dua buah pasukan satu masa dahulu.

Bagaimana dengan anda? Jika anda adalah penyokong Arsenal dan Manchester United, nyatakan pendapat anda dengan cara berhemah di ruangan komen. Kami ingin mendengar daripada anda.

Ia digelar perseteruan moden dalam bola sepak Inggeris kerana penyokong United mulai meletakkan Arsenal di tempat ke-2 selepas Liverpool dalam carta kelab dibenci mereka.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan pada 2004, penyokong Arsenal lebih ‘kisah’ dengan United berbanding dengan Spurs.

Begitu juga dengan penyokong United yang menganggap perlawanan menentang Arsenal lebih penting daripada menentang City.

Selepas itu, barulah muncul Chelsea sebagai salah satu lagi pasukan yang dilabel ada perseteruan moden dengan Manchester United.

Siapa akan menang malam ini? Kami mahu dengar ramalan anda.

Baca juga: 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN