5 Perlawanan Yang Mengubah Nasib Man City Musim Ini

Messi bags his trademark chip against Atlanta United Loading official content
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
0 seconds of 1 minute, 12 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row
01:02
00:00
01:12
01:12
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Major League Soccer di OneFootball

Manchester City telah merangkul kejuaraan ketiga Premier League dalam tempoh empat tahun selepas Manchester United tewas kepada Leicester City di Old Trafford pada awal pagi tadi.

Ole Gunnar Solskjaer melakukan beberapa perubahan ketara berbanding skuad yang menewaskan Aston Villa pada hujung minggu lalu, dan Leicester City mengambil peluang tersebut untuk mencengkam kedudukan mereka untuk slot ke eropah dengan kemenangan.

Kekalahan kepada Leicester itu adalah yang kekalahan kedua Manchester United pada tahun ini.

Bagi Manchester City kejayaan merangkul kejuaraan kali ini tidaklah dramatik seperti yang pernah mereka lalui sejak beberapa musim lalu – walaupun pada awal musim anak buah Pep Guardiola kelihatan bergelut dengan prestasi.

Berikut merupakan lima perlawanan penting yang berjaya mengubah nasib Manchester City pada musim ini.

28 November 2o2o: Man City 5-0 Burnley (Stadium Etihad)

City memulakan musim dengan prestasi serba tidak menentu dan menduduki tangga ke-11 selepas tercicir mata dalam lima dari lapan perlawanan pertama pada musim ini. Apa yang mereka perlukan pada ketika itu ialah keyakinan diri, dan Burnley menghadirkan peluang itu buat anak buah Guardiola.

Burnley yang turut dikenali sebagai The Clarets sememangnya dikenali sebagai sebuah pasukan yang mempunyai rekod buruk di Etihad, tewas tiga perlawanan terakhir mereka ketika berkunjung ke Etihad dengan jaringan 5-0.

Rentak kemenangan bergaya ke atas Burnley itu diteruskan oleh anak buah Guardiola pada musim ini apabila jaringan hatrik oleh Riyad Mahrez, diikuti oleh satu gol masing-masing oleh Benjamin Mendy dan Ferran Torres memulakan langkah 19 perlawanan tanpa kalah buat City selepas itu.

19 Disember 2020: Southampton 0-1 Man City (St Mary’s Stadium)

Awal Disember menyaksikan City diikat tanpa jaringan di Old Trafford dan sekali lagi dikecewakan dengan keputusan seri 1-1 menentang West Brom. Southampton adalah pasukan ketiga yang dihadapi City pada bulan itu,

Gol awal dari Raheem Sterling membezakan kedua-dua pasukan, tatkala Southampton hilang khidmat Danny Ings akibat kecederaan. Ini merupakan kemenangan pertama daripada 15 kemenangan berturut-turut yang direkodkan City untuk mengeluarkan mereka dari kelompok lima pasuan teratas kepada pendahulu saingan.

3 Januari 2021: Chelsea 0-3 Man City (Stamford Bridge)

Jika kejayaan menewaskan Southampton pada Disember memberi makna musim Man City baru bermula, kejayaan menewaskan Chelsea pada awal tahun di Stamford Bridge pula memberi bayangan skuad kendalian Guardiola mulai membina momentum.

Tiga gol dalam tempoh 16 minit pada babak pertama dari Ilkay Gundogan, Phil Foden, dan Kevin de Bruyne bermakna City sudah mulai mengumpul fokus untuk merebut kembali kejuaraan yang mereka hilang pada musim lalu.

Kemenangan di Stamford Bridge diikuti dengan kejayaan menewaskan Brighton dan Sheffield United dalam dua perlawanan sukar, sebelum City mudah menundukkan Crystal Palace 4-0 dan West Brom 5-0.

7  Februari 2021: Liverpool 1-4 Man City (Anfield)

Pada ketika pertemuan dengan juara bertahan Liverpool di Anfied pada Februari, Man City sudah berada di tahap terbaik mereka. Liverpool pula sedang bergelut dengan prestasi dengan alasan kecederaan pemain-pemain utama khususnya di bahagian pertahanan. Tetapi skuad kendalian Guardiola tidak pernah menang di Anfield sejak 2003.

Dalam perlawanan tersebut, Gundogan gagal menyempurnakan penalti, tetapi pemain antarabangsa Jerman itu menebus kegagalan beliau dengan dua jaringan selepas itu. Gol dari Sterling dan Foden yang cemerlang dalam perlawanan tersebut menambahkan cengkaman City terhadap kejuaraan liga.

10 Mac 2021: Man City 5-2 Southampton (Stadium Etihad)

Rentetan menang 21 perlawanan Man City dalam semua pertandingan ditamatkan oleh Manchester United dalam perlawanan derbi pada 7 Mac, namun City kembali bangkit tiga hari selepas itu. Mahrez dan De Bruyne masing-masing menjaringkan dua gol untu memastikan Southampton tewas. Gundogan turut meletakkan nama di dalam senarai penjaring dalam perlawanan tersebut.

Tumpuan dalam perlawanan ini terarah kepada Foden yang tidak diberikan sepakan penalti slepas dijatuhkan penjaga gol The Saints, Alex McCarthy. Namun apa yang lebih penting oalah kemenangan tersebut menjarakkan City dengan pesaing terdekat, Manchester United kepada 14 mata dan pada kedudukan ini anak buah Guardiola jelas hampir mustahil untuk dipintas.

 

Baca artikel lain mengenai Man City melalui pautan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN