5 Perkara Yang Pasti Kita Rindu Dari Siri Permainan PES Dahulu

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Siri Pro Evolution Soccer (PES) pada satu ketika merupakan raja permainan video satu masa dahulu.

Permainan yang tidak terlalu kompleks dan seronok dimainkan bersama kawan-kawan ini telah menjadikan PES sangat popular di kalangan peminat bola sepak sebelum kebangkitan siri permainan FIFA pada 2013.

Tahun demi tahun, PES sudah pun berevolusi. Namun dalam evolusi tersebut, ada beberapa perkara yang hanya PES pada siri terdahulu sahaja ada – tetapi tidak pada siri PES yang terbaru.

Oleh itu, kami saja nak usik memori anda dengan 5 perkara yang pasti anda akan rindu pada siri PES yang lama.

1. Statistik Adriano dan Alvaro Recoba yang hebat

“Siapa Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi?”. Ini mungkin kata-kata anda jika anda bermain PES 6 (dikeluarkan pada tahun 2005) lantaran stats ‘tak masuk akal’ yang diberikan oleh KONAMI kepada dua pemain, Alvaro Recoba dan Adriano!

Dua pemain ini mempunyai keupayaan seperti makhluk asing dalam PES 6 – dengan Recoba mempunyai statistik curling sebanyak 97 (daripada 100). Manakala pula Adriano mempunyai statistik shooting sebanyak 99!

Mengapa Adriano diberikan stats sebegitu rupa? Ini kerana salah seorang daripada pencipta permainan PES ini iaitu Shingo ‘Seabass’ Takatsuka, merupakan seorang peminat Adriano dan Internazionale.

2. Nama kelab dan pemain yang mengarut

Disebabkan siri PES yang terdahulu tidak mempunyai hak imej dari Premier League dan beberapa liga utama lain, KONAMI tidak boleh menggunakan nama kelab dan pemain-pemain dari liga tersebut dalam permainan mereka.

Untuk menyelesaikan masalah ini, KONAMI meletakkan nama ‘alternatif’ sebagai ganti nama sebenar kelab-kelab dan pemain-pemain – dan kebanyakan nama alternatif yang diberikan KONAMI kedengaran sangat pelik.

Seperti contoh, pasukan-pasukan Premier League diberi nama-nama alternatif seperti Merseyside Red (Liverpool), Man Red (Manchester United) dan juga East London (West Ham United).

Bagi nama-nama pemain pula, lazimnya nama-nama untuk pemain dari Jerman dan Belanda yang akan terkena sindrom ‘nama pelik’ ini. Anda pasti pernah ingat dengan nama Von Mistelroum (Ruud Van Nistelrooy) atau Orhailmanaz (Marc Overmars)?

Pernah satu ketika dulu, PES yang mempunyai pasukan Malaysia di dalamnya. Dalam siri PES tersebut, Hairuddin Omar diberi nama ‘Okem’ oleh KONAMI.

3. PES Shop

Salah satu perkara yang cukup digemari oleh pemain PES adalah PES Shop.

Di situlah pelbagai barangan dijual; dari pek pemain klasik, bola berbentuk bungkusan gula-gula hinggalah ke set topi yang pelik.

Pasti anda diantara anda yang pernah membeli set binatang yang membolehkan pemain anda beraksi sambil menunggang burung unta bukan?

4. Jon Champion & Jim Beglin

PES juga terkenal dengan kelemahan mereka dalam bahagian ulasan. Bukan kerana pemilihan pengulas, tetapi kerana pengulas terlalu mengulang-ulang apa yang mereka katakan dalam setiap perlawanan.

Tetapi tak dinafikan kami sebenarnya agak tidak bersetuju dengan pemilihan Jim Beglin. Ini kerana nada mendatar beliau tidak sesuai dengan gaya komentar Jon Champion yang lebih berekspresi. Peter Drury pula kadang-kala terlebih beremosi pula berbanding Champion.

Gandingan Jon Champion dan Jim Beglin bermula sejak PES 2008 dan berakhir pada PES 2015.

Adakah anda masih lagi ingat reaksi Champion jika kita terlepas peluang untuk menjaringkan gol keempat, “Oh it’s should be their fourth!”

Kami sediakan video ayat-ayat yang digunakan Champion ketika mengulas untuk PES.

5. The Original Master League Team

Dan siapa boleh lupa dengan pasukan yang dianggotai oleh Ordaz, Minanda dan si masyhur Castolo?

Jika anda bermain Master League, pasti anda terpaksa bermula dengan pemain-pemain yang diberi nama Ivarov, Espimas dan juga Dodo.

Pasukan ini akhirnya menjadi pasukan lagenda – dengan Castolo menjadi muka wajib pasukan anda untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan. Bawalah pemain mana pun, akhirnya Castolo juga yang akan menjadi penjaring gol.

Kini pasukan ini tiada lagi, kesemua pemain di skuad ini sudah pun tua. Ada diantara mereka sudah menjadi ‘scout’ di mod MyClub untuk PES 2017.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai permainan Pro Evolution Soccer (PES):

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN