Analisis: 5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Mourinho Untuk Memperbetulkan Man Utd

Selepas dua kekalahan daripada tiga perlawanan pertama musim ini, masa depan Jose Mourinho bersama Manchester United mulai menjadi persoalanan.

Di dalam tempoh seminggu yang lalu sejak tewas 3-0 kepada Tottenham Hotspur, menyaksikan jaminan daripada pengurusan tertinggi kelab bahawa beliau tidak akan dipecat.

Namun Mourinho harus sedar, jaminan tersebut tidak akan terus kekal sekiranya keadaan tidak berubah menjelang beberapa perlawanan mendatang, bermula dengan kunjungan ke Turf Moor menentang Burnley pada malam ini.

Berikut ialah 5 perkara yang Mourinho perlu laksanakan sekiranya mahu terus kekal di Old Trafford.

1. Selesaikan isu Martial dan Pogba

Tidak syak lagi dua pemain ini mempunyai isu dengan Mourinho. Salah satunya ialah komitmen kedua-dua pemain untuk Manchester United yang sering dipersoalkan oleh pengendali dari Portugal itu.

Mourinho sering mempersoalkan keupayaan Pogba bersama United berbanding aksi beliau bersama Perancis.

Manakala Martial didenda setelah meninggalkan kem pra musim tanpa pengetahuan Mourinho untuk menyambut kelahiran bayi nya pada Julai lalu.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Kini jendela perpindahan eropah sudah pun ditutup. Bermakna kedua-dua pemain akan kekal sekurang-kurangnya sehingga Januari hadapan.

Taktakala Mourinho menegaskan beliau tidak mempunyai masalah dengan Pogba, ejen Martial juga dilaporkan bersedia untuk duduk berbincang mengenai kontrak jangka masa panjang untuk kekal di Old Trafford.

Ia permulaan yang baik untuk semua pihak kembali berbaik dan memberikan fokus terhadap prestasi pasukan di atas padang. Lebih dari itu, ia adalah demi memastikan keharmonian di kalangan pemain, agar tidak wujud kem-kem berbeza di bilik persalinan.

2. Selesaikan isu pertahanan

Kualiti di bahagian pertahanan, menjadi isu utama yang menyumbang kepada dua kekalahan Manchester United.

Setelah menggandingkan Eric Bailly dan Victor Lindeloff pada dua perlawanan pertama, Mourinho beralih kepada gandingan Chris Smalling dan Phil Jones ketika tewas kepada Spurs.

Begitu juga dengan bek sayap. Hanya Luke Shaw yang kekal beraksi dalam tiga perlawanan pertama setakat ini, tatkala Antonio Valencia, Mateo Darmian, dan Ashley Young bersilih ganti sebagai bek kanan dalam tiga perlawanan pertama.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Ketika era Sir Alex Ferguson, gandingan Gary Neville, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, dan Patrice Evra adalah gandingan tetap yang membenarkan mereka beraksi secara konsisten di setiap perlawanan.

Selain daripada kualiti pemain, mungkin Mourinho juga perlu memilih gandingan terbaik demi keserasian pemain yang diturunkan.

Sukar untuk membentuk keserasian sekiranya empat pemain pertahanan yang diturunkan sering silih berganti. Sukar untuk menamakan empat pemain pertahaan utama Manchester United pada hari ini.

3. Pergunakan sepenuhnya potensi pemain menyerang

Di atas kertas, Manchester United wajar digeruni kerana memiliki barisan pemain menyerang yang berupaya membinasakan mana-mana lawan.

Namun ianya tidak sedemikian. Babak pertama perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur pada minggu lalu, adalah contoh bagaimana United boleh memilih untuk bermain secara menyerang.

Malangnya, United gagal menyempurnakan beberapa peluang, dan dihukum oleh Spurs yang lebih decisive dalam menyempurnakan peluang yang dimiliki pada babak kedua.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Ia tidak mengejutkan berdasarkan bakat pemain menyerang yang ada di dalam pasukan ini. Tetapi ia harus dilakukan secara konsisten, dan tidak hanya dalam perlawanan-perlawanan tertentu sahaja.

Pemain-pemain seperti Marcus Rashford, Alexis Sanchez, Jesee Lingard dan Martial harus diberikan kebebasan untuk mengekspresikan diri ketika menyerang.

Mourinho harus akui bahawa corak permainan bertahan, dan mengharapkan serangan balas pantas tidak lagi sesuai dengan pemain yang beliau miliki.

Atau corak serangan balas United sudah terlampau mudah dibaca lawan?

4. Posisi sebenar Paul Pogba

Isu posisi paling sesuai untuk Paul Pogba bukan perkara baru, dan sering menjadi isu perbincangan sejak hari pertama pemain ini kembali ke Old Trafford.

Jika diperhatikan bahagian tengah United, sebenarnya Mourinho membina taktikal beliau berpaksikan Nemanja Matic, yang beliau bawa dari Chelsea.

Matic adalah seorang pemain tengah pertahanan. Dan Mourinho mahukan pemain lain di sekeliling Matic juga beraksi secara bertahan, sebelum menggerakkan serangan balas pantas.

Pogba
. (Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Di Piala Dunia yang lalu, Pogba menunjukkan beliau mampu beraksi sebagai pivot, bergandingan dengan N’golo Kante. Tetapi pada masa yang sama, Pogba bebas bergerak untuk membantu serangan setiap kali diperlukan.

Mungkinkah Mourinho harus membentuk kembali bahagian tengah United yang berpaksikan Pogba? Ianya tidak mustahil dilakukan dengan adanya Fred dan juga Andres Pereira yang merupakan pemain tengah box-to-box.

Dengan dua pemain ini, Mourino boleh memilih salah seorang pemain digandingkan dengan Pogba sebagai perancang, atau menggandingkan mana-mana pemain dengan Matic sebagai pivot.

Ini sekaligus membenarkan Pogba bebas bergerak membantu serangan tanpa menghiraukan beban pertahanan.

5. Beraksi dengan tempo lebih pantas

Tempo adalah salah satu masalah di dalam permainan Manchester United sejak musim lalu.

Mereka terlampau perlahan melakukan hantaran, dan adakalanya seperti tidak ada idea untuk mencari rakan sepasukan, sekaligus menyebabkan kehilangan bola dengan begitu mudah.

Satu perkara yang wajib kita ketahui ialah, Liga Perdana Inggeris sudah berubah dari segi kualiti taktikal yang dihidangkan.

EPL diibaratkan arena ‘battle of modern football’, dengan positional play dan pressing dihidangkan oleh setiap pasukan bertanding.

Kelab-kelab seperti Fulham, Bournemouth, Wolves, dan Brighton tidak terkecuali bermain dengan cara yang sama, menuntut work rate yang tinggi dari kalangan pemain.

Untuk itu United harus mengkaji semula dua perkara. Pertama ialah tahap kecergasan pemain mereka. Dan kedua ialah taktikal yang digunakan.

Jika United tidak mahu ketinggalan, barisan kejurulatihan khususnya untuk kecergasan jelas mempunyai tanggungjawab berat untuk memastikan pemain mereka mampu beraksi dalam tempo yang tinggi, yang semestinya turut menuntut work rate tinggi dari setiap pemain.

Aspek ini jelas kehilangan dari permaianan Manchester United sejak sekian lama, sekiranya peratusan ball possesion diperhatikan.

Penutup

Mampukah Mourinho mengubah nasib Manchester United bermula dengan perlawanan menentang Burnley pada malam ini?

Atau nama Mourinho akan wujud di dalam lipatan sejarah sebaris David Moyes dan Louis Van Gaal?

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN