Perlawanan menentang Crystal Palace pada malam tadi adalah perlawanan pertama Manchester United di bawah kendalian Ralf Rangnick.
United menuju perlawanan tersebut selepas beberapa keputusan positif di bawah kendalian Michael Carrick.
Crystal Palace pula sebaliknya melalui prestasi menurun sejak berjaya mengejutkan Manchester City 2-0.
Hasilnya, kemenangan buat tuan rumah sememangnya sidah dijangka. United mendominasi perlawanan, namun perlu menunggu sehingga minit ke-77 untuk menjaringkan gol.
Hantaran Mason Greenwood disempurnakan oleh Fred ke penjuru atas gawang Palace. Dan jaringan tersebut sudah memadai untuk memberikan permulaan yang diperlukan Rangnick untuk mencorak perjalanan seterusnya buat Manchester United.
Berikut adalah lima perkara yang boleh kita ambil daripada perlawnaan ini.
Impak segera daripada Ralf Rangnick
Kita bukan bercakap hanya mengenai kemenangan di sini. Ralf Rangnick hanya sempat mengendalikan latihan selama beberapa hari bersama barisan pemain Manchester United – setelah Michael Carrick sah meninggalkan kelab itu pada Selasa lalu.
Walaupun dalam masa yang singkat, jurulatih dari Jerman itu memastikan impak kehadirannya dirasai. Rangnick sememangnya dikenali sebagai jurulatih yang terkenal dengan gaya permainan pressing-football.
Turut digelar sebagai ‘Bapa Gegenpressing’ setiap pasukan yang dikendalikannya mengamalkan corak permainan sama, dengan sistem yang sentiasa memberikan tekanan. Selama ini bukanlah United tidak melakukan pressing. Tetapi anehnya, ia sentiasa memberi masalah kepada pertahanan mereka.
An afternoon of firsts for Ralf Rangnick!
First game ✔️
First goal ✔️
First win ✔️#MUFC | #MUNCRY pic.twitter.com/WLxItQvSO6— Manchester United (@ManUtd) December 5, 2021
Impak Rangnick di dalam taktikal United menentang Palace dapat dilihat sejak awal permainan. Pemain United bukan sekadar melakukan pressing, tetapi mereka melakukannya dengan teknik, konsisten, dan berorganisasi sehingga mampu memberikan lawan masalah.
Sudah tentu Rangnick memerlukan lebih banyak masa menyesuaikan pemain di United dengan gaya permainan sebegini. Tetapi ia permulaan yang baik. Isu kecergasan akan menjadi aspek yang paling mencabar buat Rangnick dan pemain dalam usaha mengimplementasikan corak permainan baru ini.
Perubahan formasi
Walaupun United menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti perlawanan terakhir kendalian Michael Carrick, Rangnick bagaimanapun datang dengan sistem serba baharu.
Di bawah kendalian Solskjaer, United bermain 3-5-2 dan sebelum itu kerap dengan sistem 4-2-3-1.
Menentang Palace, United membentuk 4-2-2-2, menyaksikan Marcus Rashford digandingkan dengan Cristiano Ronaldo di bahagian atas. Bruno Fernandes dan Jadon Sancho pula aktif di bahagian sayap.
Who might be winners & losers at #MUFC under Rangnick?
🔴 High-pressing, counter-attacking should suit Sancho, Rashford
🔴 Rangnick & Ronaldo likely to adapt
🔴 4-2-2-2 may be better for Shaw than AWB
🔴 Fred's energy a positive + Van de Beek's attacking style✍️ @MarkCarey93
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) November 30, 2021
Formasi ini sememangnya kegemaran Rangnick kerana ia memudahkan corak permainan pressing yang dimahukannya. Penyokong United akan menyaksikan corak sama lebih kerap selepas ini.
Jadon Sancho lebih efektif sebelah kiri
Jadon Sancho bermula dengan perlahan bersama Manchester United, tetapi nampak lebih menyerlah sejak Ole Gunnar Solskajaer dipecat. Dan tidak salah mengatakan perlawanan terbaik Sancho bersama United adalah ketika menentang Crystal Palace.
Dalam perlawanan pada malam tadi, Sancho adalah salah seorang dua pemain satap di bahagian midfield.
A magician at work 💫
🤩 @Sanchooo10 #MUFC | #PhotoOfTheDay pic.twitter.com/VkS4w3g95x
— Manchester United (@ManUtd) December 4, 2021
Sepanjang perlawanan, Sancho dan Bruno Fernandes saling bertukar posisi, tetapi pemain antarabangsa England itu tampak begitu mengancam setiap kali berada di sebelah kiri.
Dari posisi inilah juga Sancho banyak menjaringkan gol ketika bersama Borussia Dortmund. Selepas perlawanan ini, Rangnick mungkin akan mengekalkan sahaja pemain itu di sebelah kiri, dan Fernandes pula di sebelah kanan.
Peluang pemain muda
Salah satu kehebatan Rangnick sama ada sebagai pengurus, atau pun ketika memegang jawatan lebih tinggi di dalam kelab ialah kemampuan beliau menggilap ramai pemain muda sehingga menjadi pemain bertaraf dunia.
Di Manchester United, Rangnick turut melihat potensi sama. Sebelum perlawanan pada malam tadi, Anthony Elanga hanya pernah diturunkan tiga kali bersama pasukan senior sebelum ini.
Anthony Elanga Ig: “Important win and 3 points! We keep pushing #MUFC Glory to God always 🙏🏾” pic.twitter.com/LgoyIIzzRQ
— MUFC Scoop (@MUFCScoop) December 5, 2021
Menentang Palace, Rangnick tidak teragak-agak memasukkan pemain itu untuk beraksi walaupun pasukannya sedang berusaha mencari gol pendahuluan.
Menurunkan pemain kurang berpengalaman di dalm situasi tersebut amat jarang berlaku di mana-mana pasukan. Ia juga indikasi bagaimana Rangnick melihat pemain muda .
Kebangkitan Fred
Fred sentiasa menjadi mangsa kritikan setiap kali Manchester United tewas. Bahasa mudahnya, Fred sentiasa menjadi ‘kambing hitam’.
Namun sejak beberapa perlawanan lalu, permainan Fred tampak lebih tajam, dan sekali lagi cemerlang ketika menentang Palace.
Berdasarkan prestasi pada malam tadi, Fred dilihat mampu menyinar di bawah sistem Rangnick dengan peranan sebagai pemain tengah box-to-box.
#PremierLeague 🏴
Fred foi o Destaque SofaScore de Manchester United 1-0 Crystal Palace!
⚽️ 1 gol
🆚 7 desarmes (!)
👣 95 ações c/ a bola
↗️ 5/6 bolas longas certas (83%)
💪 10/16 duelos ganhos (62%)
💯 Nota SofaScore 8.0🔎 Líder do jogo em ações defensivas (10)! pic.twitter.com/s3p5PTb2vW
— Sofascore Brazil (@SofascoreBR) December 5, 2021
Penyokong United sendiri akan ketawa jika ada mengatakan Fred akan menjadi pemain tengah terbaik dunia selepas ini.
Tetapi mungkin ada yang lupa pemain ini pernah diintai Pep Guardiola sebelum berhijrah ke Old Trafford.
Jika ada jurulatih yang bijak menggunakan pemain ini secara taktikal, tidak mustahil Fred akan menjadi antara pemain penting di bawah era Ralf Rangnick.