5 Perkara Dari Kemenangan Liverpool Ke Atas Crystal Palace

Liverpool mencipta kemenangan pertama (1-0) mereka musim ini di EPL ke atas Palace. Ini selepas dihampakan oleh Watford. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada perlawanan semalam.

1. Firmino kurang efektif bermain sayap

Roberto Firmino diletakkan sebagai sayap kiri dalam sistem 4-3-3 dan Sturridge di peranan no.9. Ternyata Firmino bergelut untuk menjadi pemain sayap.

Ketika Klopp memasukkan Solanke, Firmino ditolak semula ke peranan 9 jadian seperti sebelum ini. Beliau lebih efektif berbanding dengan peranan di sisi.

2. De Boer masih mencari rentak

Jika pada pra-musim lalu, De Boer menjanjikan beliau akan membawa DNA bola sepak moden dengan taktik baru mirip apa yang beliau lakukan di Ajax.

Dengan unit pemain yang ada, mereka jelas ada masalah untuk bermain bola sepak berasaskan penguasaan bola. Kalah pada perlawanan pertama membuatkan De Boer melayan perlawanan ini sebagai pasukan defensif dengan 5-4-1.

Pada perlawanan pra-musim mereka kelihatan berjaya dengan adaptasi. Tetapi tidak pada kali ini. De Boer masih banyak perkara untuk diajar kepada pemain-pemain beliau.

Kurangnya pembelian pemain signifikan dengan taktikal beliau juga antara punca kesukaran transisi itu.

3. Benteke gagal sempurnakan ‘sitter’

Benteke menjadi duri dalam daging kepada Liverpool musim lalu. Namun semalam, beliau gagal menyempurnakan peluang gol yang terbuka.

Benteke terasing (isolated) daripada organisasi dengan kesukaran pasukan Palace untuk melancarkan banyak gerakan di sayap untuk membekalkan hantaran lintang

4. Pemain debut Liverpool meyakinkan

Robertson antara pemain yang cemerlang dalam perlawanan ini. Pemain yang bertenaga dan fokus kepada kawalan ruang. Melakukan 2 hantaran lintang yang mencetuskan peluang gol.

Seorang lagi pemain baru, Dominic Solanke meperbaiki ‘link up play’ Liverpool. Beliau boleh bermain di mana-mana posisi dan koridor di dalam padang.

Tekanan beliau ke atas pemain Palace adalah punca gol kemenangan Liverpool.

5. Mane pemain penting Liverpool

Lupakan dahulu Coutinho kerana musim lalu ketika Mane menyertai kejohanan negara Afrika, ia adalah titik tolak kepada kejatuhan Liverpool.

Sekali lagi pemain ini membuktikan beliau adalah pemain penting Liverpool walaupun mereka mungkin kehilangan Coutinho ke Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN