3 Sebab Mengapa AC Milan Melepaskan Carlos Bacca

Perpindahan Carlos Bacca ke Villareal secara pinjaman dengan opsyen tetap telah membuatkan ramai peminat tertanya-tanya.

Baca adalah penyerang terbaik Milan dari segi kualiti ratio gol musim lalu. Namun kenapa beliau masih dilepaskan?

1. Taktikal

Bacca bukan pemain yang efektif untuk ‘berhubung’ dengan bahagian lain di dalam padang. Beliau ada ketajaman tetapi terlalu menunggu bola.

Kadar kerja (workrate) beliau yang rendah di dalam padang juga membuatkan pemain ini digelar pemalas oleh sesetengah peminat. Beliau adalah versi poacher ala Inzaghi yang tidak begitu digemari oleh Montella.

Ini yang membuatkan Bacca tidak konsisten sepanjang musim lalu walaupun memulakan musim dengan sangat baik. Montella membentuk pasukan yang berasaskan penguasaan bola dengan kadar kerja yang tinggi di antara pemain.

Milan musim lalu menurunkan kesebelasan pemain dengan purata umur 23.1 tahun, antara yang termuda di Eropah.

Sikap Bacca dilaporkan agak sukar untuk didekati apatah lagi ditegur oleh Montella. Pada Oktober lalu, Bacca mengamuk di hadapan Montella selepas digantikan dengan Bonaventura dalam perlawanan menentang Pescara.

2. Sikap di luar padang

Ada beberapa kali musim lalu Bacca mengecewakan peminat dan pengurusan AC Milan. Bacca kerap merungut dengan rakan sepasukan dan pegawai kejurulatihan.

Satu laporan dikeluarkan media musim lalu menyatakan yang hubungan Montella dan Bacca retak. Namun pengurus Milan tersebut menafikannya, mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Paling mengecewakan Montella dan penyokong Milan apaila Bacca secara tidak profesional pergi ke Sepanyol untuk bercuti sambil menyaksikan pasukan lama beliau berlatih.

Sedangkan ketika itu beliau cedera dan sepatutnya fokus kepada sesi pemulihan dan menerima rawatan tambahan. Bacca juga menyaksikan perlawanan melibatkan Sevilla di Sepanyol.

Kemerosotan prestasi Bacca telah mempengaruhi ‘squad depth’ Milan.

3. Peningkatan prestasi Lapadula dan revolusi Milan

Ketika Bacca ‘buat kepala’, penyerang seperti Lapadula semakin meningkat. Ini membuatkan beliau secara tidak langsung semakin kehilangan tempat di AC Milan.

Dengan pelaburan besar Milan musim ini membawa masuk ramai pemain baru termasuk penyerang, pastinya Bacca tidak ada tempat di dalam skuad Montella.

Langkah terbaik adalah dengan menjual beliau. Namun harganya terlalu rendah kerana prestasinya yang teruk. Lalu AC Milan dan Villarea setuju dengan syarat pinjaman sebelum opsyen untuk pembelian tetap.

Sumber

IFD – http://www.italianfootballdaily.com/milan-sold-carlos-bacca/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN