Singapura harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memenangi perlawanan ini untuk kali ke-3 berturut-turut setelah Malaysia bermain agak hambar dalam perlawanan ini.
Ini adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada perlawanan sebentar tadi yang berakhir dengan seri 0-0.
1. Singapura Lebih Baik Dari Segala Aspek Tetapi Tumpul
Hanya gol yang membuatkan Singapura tidak diiktiraf lebih baik daripada Malaysia secara merit. Dari segi taktikal, keinginan dan intensiti, perlawanan ini bergantung kepada mereka.
Jika mereka bermain cantik, maka cantiklah perlawanan ini. Apabila intensiti mereka menurun maka, bosanlah perlawanan ini.
Penyudah skuad Singapura agak lemah. 3 cubaan mereka terkena palang. Mereka gagal menyudahkan 1 peluang terbuka dan deretan cubaan lemah.
2. Taktikal Ong Kim Swee
Ralat taktikal (tactical error)?
Anak-anak buah banyak bermain dalam sistem 4-1-4-1 daripada platform asas 4-5-1. Safawi Rashid bermain sebagai pemain sayap sebagai side midfielder adalah pilihan yang kurang tepat.
Safawi adalah pemain sayap menyerang dalam rangkaian penyerang bertiga di T-team.
Seterusnya adalah, gandingan lemah di tengah. Baddrol dan Irfan Fazail gagal berhubung di antara satu sama lain. Dari segi hantaran, terlalu mudah dijangka dan banyak hantaran panjang.
Pertukaran Ong Kim Swee gagal memberikan impak secara berpasukan.
Namun begitu Zaquan Adha dan Norshahrul berjaya memberikan sedikit dimensi dari segi keinginan untuk mencetuskan ancaman.
Pemain-pemain Malaysia berada dalam kedudukan terlalu ke bawah (too deep) dan tidak agresif untuk melakukan desakan (pressing).
3. Ramai Pemain Malaysia Gugup
Pemain gugup dalam melakukan hantaran terutama sekali ketika ditekan oleh pemain Singapura. Banyak kesilapan yang membawa kepada ancaman ke arah kawasan gol secara langsung oleh Singapura.
Akibat gugup ini, Malaysia tidak terurus (gagal settle down) hampir 80% dalam perlawanan ini. Bak kata Pochettino, lupakan pasal taktikal jika pemain gagal untuk bermain dengan betul.
Banyak gerakan yang tumpul dan juga kawalan bola dan bentesan yang lemah.
Organisasi pasukan kerap terputus dan tidak ada interaksi yang berkesan di antara bahagian.
4. Pertahanan Selamatkan Malaysia Sekali Lagi
Sudah banyak kali Malaysia terlalu bergantung kepada aspek pertahanan dalam mengurangkan impak (damage limitation).
Walaupun ada beberapa aksi gugup namun, penjaga gol dan pertahanan kita berjaya menjadi unit pemusnah untuk bom jangka yang kadangkala dipasang oleh kita sendiri.
Khairul Azhan mungkin bermain aksi terbaik beliau sekali lagi malam ini pada musim ini.
5. Kreativiti Kedua-dua Pasukan
Singapura terlalu bergantung kepada hantaran lintang. Jika lebih variasi, mereka akan lebih tajam kerana kemampuan mereka untuk melarikan bola ke kawasan Malaysia.
Manakala untuk pasukan Malaysia, isu kreativiti ini agak lemau dan tak ada percikan (spark). Cubaan gol banyak dilakukan dari cubaan jauh.
Kebanyakan peluang adalah melalui setpis.
Baca juga: 5 Sebab Peminat Malaysia Rasa Mereka Lebih Hebat Daripada Singapura