Liverpool mengalami kekalahan keempatnya musim ini setelah ditundukkan Brighton & Hove Albion 1-0 hasil jaringan Steven Alzate pada minit ke-56 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu.
Berikut adalah lima perkara dariapda perlawanan tersebut.
1. Anfield bukan lagi kubu kuat
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu tidak pernah tewas di gelanggang ‘keramat’ mereka itu sejak April 2017 sehinggalah mereka tumbang kepada Burnley baru-baru ini.
Kini giliran Brighton pula membuktikan tembok besar Anfield boleh diruntuhkan oleh mana-mana pasukan dan salah satu faktornya mungkin kerana ketiadaan penyokong yang menghilangkan ‘aura’ stadium itu sendiri.
Liverpool went 68 league games unbeaten at home…
and have now lost back-to-back at Anfield 🙃 pic.twitter.com/PF0SyBl2IZ
— B/R Football (@brfootball) February 3, 2021
2. Serangan Liverpool ‘takut’ untuk melakukan percubaan
Masalah serangan Liverpool bermula awal tahun ini nampaknya masih belum berakhir terutamanya melibatkan penyerang tunggal mereka Roberto Firmino.
Sekalipun penyerang Brazil itu beberapa kali mendapat hantaran-hantaran menarik terutamanya daripada arkitek tengah Thiago, beliau dilihat mengambil masa yang lama untuk ‘menarik tali panah’ bagi melakukan percubaan.
3. Kebergantungan tinggi terhadap Salah
Apabila Sadio Mane tidak dapat beraksi, maka satu-satunya pemain yang diharapkan untuk meledakkan jaringan adalah Mohamed Salah. Beliau yang ‘mengganas’ pada hujung minggu lalu secara tiba-tiba kehilangan taringnya dalam perlawanan ini dan terlepas peluang di hadapan gol.
Xherdan Shaqiri pula jelas bergelut di posisi sayap kiri yang bukan posisi kebiasaannya dan menyukarkan beliau untuk membuat gerakan-gerakan masuk ke tengah bagi membuat percubaan.
1984 – Liverpool have failed to score in three consecutive home league games for the first time since October 1984, with the Reds’ goalless run at Anfield currently standing at 348 minutes. Bereft. pic.twitter.com/10UTHWSqfa
— OptaJoe (@OptaJoe) February 3, 2021
Dengan hanya satu percubaan tepat ke arah gol Brighton sepanjang 90 minit perlawanan, jelas Liverpool amat memerlukan Diogo Jota untuk segera kembali. Tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada Divock Origi.
4. Pertahanan baharu perlu segera diturunkan
Dalam perlawanan ini Klopp sekali lagi meletakkan kapten Jordan Henderson di bahagian pertahanan dan menggandingkannya dengan Nathaniel Phillips, namun pemain muda berusia 23 tahun itu jelas masih ‘mentah’ dan kurang pengalaman.
Sebelum jendela perpindahan bulan Januari lalu ditutup, Liverpool berjaya membawa masuk dua pemain pertahanan baharu selepas memberi Ben Davies dari Preston North End dan meminjam Ozan Kabak dari Schalke 04.
5Perkara Mengenai Ozan Kabak 'Kereta Kebal' Baharu Liverpool https://t.co/lxhCrPMqbc pic.twitter.com/nFcvtN1bcD
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 2, 2021
Tanpa Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip yang mungkin akan diketepikan sehingga penghujung musim ini, Klopp tiada pilihan lain melainkan segera menurunkan dua pemain baharu ini ke dalam kesebelasan utama.
5. Caoimhin Kelleher Atau Adrian?
Kelleher diturunkan pada saat-saat akhir apabila Alisson Becker disahkan tidak dapat bermain menjelang sepak mula kerana kecederaan.
Walaupun tewas, prestasi penjaga gol muda Ireland tersebut dalam perlawanan ini termasuk aksi menyelamatkan percubaan Pascal Gross pada babak kedua menunjukkan beliau sudah sedia untuk menunjukkan Adrian jalan keluar dari Anfield.
good thing that we have caoimhin kelleher, and we won’t have to see adrian. pic.twitter.com/8IayCJPtJC
— Jughead (@ii_jughead_ii) February 3, 2021
Kredit Foto: Getty Images
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:
Senarai 10 Perpindahan Keluar ‘Masterstoke’ Liverpool Yang Dianggap Genius
Ben Davies ‘Kalut’ Padam Ciapan Kutuk Liverpool Selepas Sah Ke Anfield