5 Perkara Daripada Kemenangan Man. City Ke Atas Chelsea Dalam Perebutan Perisai Komuniti

Chelsea berhadapan dengan Manchester City dalam perlawanan Perisai Komuniti England, menandakan musim sebenar EPL tinggal seminggu sahaja lagi.

1. Perisai Komuniti ke-5 Man. City

Manchester City mengatasi Chelsea sebagai pasukan ke-6 paling banyak menyimpan Perisai Komuniti sebanyak 5 kali.

Sebelum ini, Man. City, Chelsea dan Wolves kesemuanya menyimpan 4 Perisai Komuniti.

Ini juga kali pertama selepas 5 tahun juara liga menang ke atas juara Piala FA.

2. Pencapaian 2 abad Aguero

Centurion ataupun pencapaian seabad dalam bola sepak merujuk kepada angka ke-100. Dan Aguero berada dalam pencapaian 2 abad.

Aguero menjadi pemain Manchester City pertama menjaringkan 200 gol untuk kelab tersebut. Jaringan pembukaan Kun Aguero pada minit ke-13 adalah jaringan ke-200 beliau bersama skuad City.

Ini juga merupakan penampilan ke-293 Aguero bersama Manchester City. Pada separuh masa kedua, beliau menambah 1 lagi gol menjadikannya 201.

Aguero turut menjadi pemain yang tidak digemari oleh pertahanan Chelsea apabila sudah meledak 7 gol ke atas pasukan tersebut dalam 6 pertemuan terakhir.

Secara keseluruhan beliau sudah menjaringkan 12 gol ke atas Chelsea. Hanya ke atas Newcastle lebih banyak iaitu sebanyak 14 gol.

3. Kejayaan City di Wembley

Ini adalah kali pertama Man. City menang dalam 3 perlawanan berturut-turut di Wembley sejak 1970.

Sebelum ini mereka menang ke atas Spurs dan Arsenal sebelum ini.

Secara individu, Sergio Aguero kini menjadi penjaring terbanyak Manchester City di Wembley dengan 5 gol. Sebelum ini beliau terikat 3 gol dengan Yaya Toure.

4. Taktikal Sarri vs Pep

Chelsea dalam fasa transisi dan jelas mengubah pendekatan kepada sistem high pressing football.

Namun mereka tidak cukup dinamik di tengah serta ketika melakukan ‘high pressing’.

Manchester City kekalkan corak permainan mereka dengan memanipulasi ruang yang besar di tengah padang.

Aguero kerap melepasi garisan pertahanan Chelsea terlalu mudah.

Beberapa pemain, terutama David Luiz malas untuk melakukan ‘recovery run’.

5. Banyak kerja lagi untuk Chelsea

Chelsea jelas masih banyak kerja untuk dilakukan dalam fasa transisi mereka selepas era Antonio Conte.

Kehadiran beberapa pemain selepas cuti pastinya akan digunakan untuk membentuk pasukan berdasarkan kehendak taktikal Maurizio Sarri.

Chelsea juga dalam proses untuk menyelesaikan isu kontrak beberapa pemain.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN