Arsenal menang bergaya 3-0 ke atas Watford dalam perlawanan yang berlangsung di Emirates semalam. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.
1. Hari Petr Cech
Petr Cech menjadi penjaga gol pertama melakukan clean sheet sebanyak 200 kali. Sudah lama angka itu tertangguh. Cech menyelamatkan penalti dalam perlawanan ini.
Ia menjadi salah satu penyelamatan penting dalam menghalang perlawanan dihidupkan semula oleh Watford untuk sebarang perubahan plot dalam perlawanan ini. Itu juga merupakan penalti pertama yang beliau selamatkan dalam 16 percubaan.
RECORD: Petr Cech is now the first player to keep 200 clean sheets in the Premier League doing it in 431 games:
Chelsea (162)
Arsenal (38)Legend of the game. pic.twitter.com/DFVBqfKz5I
— Squawka (@Squawka) March 11, 2018
2. Arsene Wenger
Wenger berjaya mencatatkan kemenangan ke-700 bersama Arsenal. Sudah pastinya tiada pengurus yang lebih baik daripada beliau dalam sejarah Arsenal. Wenger mencatatkan angka itu selepas 1,222 perlawanan bersama Arsenal.
3. Aksi Mkhitaryan
Pemain dari Armenia ini membuktikan beliau adalah pemain penting Arsenal buat masa ini. Berada dalam sistem yang membolehkan beliau bermain di no.10 dan sayap kanan. Mkhitaryan lebih semulajadi dalam peranan pemain sayap tengah (central winger).
Beliau membentuk gandingan sempurna dengan Pierre Emerick Aubameyang.
5 – Henrikh Mkhitaryan has been directly involved in five goals in his first six @premierleague appearances for Arsenal (one goal, four assists); just one fewer than in his 15 games for Man United this season (one goal, five assists). Rejuvenated. pic.twitter.com/v0IjxJWWUY
— OptaJoe (@OptaJoe) March 11, 2018
4. Pertahanan Arsenal
Ada 2 perkara dalam bahagian ini. Pertamanya, dari segi sumbangan dalam perlawanan, pertahanan Arsenal dalam mood yang sangat baik untuk menjadi penjaring gol tambahan.
Sebelum ini aksi Monreal mencuri perhatian. Ia diteruskan dengan kejayaan Mustafi menjaringkan gol pembukaan yang amat penting untuk motivasi Arsenal dalam saingan domestik.
Dari segi kelemahan pula, kerapkali mereka memberikan ruang besar kepada Watford ketika diserang. Pemain mereka masih lambat membentuk unit ketika bertahan. Pemain seperti Mesut Ozil kurang komitmen untuk bertahan dalam unit.
Namun Ozil tetap memiliki rekod ini:
50 – Mesut Özil has become the fastest player to reach 50 Premier League assists, doing so in just 141 games and breaking the record previously held by Eric Cantona (143 games). Magic. pic.twitter.com/yMZquraDd3
— OptaJoe (@OptaJoe) March 11, 2018
Maitland Niles melakukan ‘lazy defending’ yang memberikan penalti kepada lawan.
5. Aubameyang no.9 utama
Tidak syak lagi beliau adalah pemain no.9 utama Arsenal. Mungkin Lacazette pun sedar akan hakikat itu. Beliau adalah tipikal pemain yang Wenger sudah lama cari.
Lacazette adalah pemain yang Arsenal dapatkan kerana sebelum ini mereka tipis peluang mendapatkan Aubameyang.
Aubameyang adalah pemain yang memiliki kualiti ‘poaching’ dan kelajuan yang luar biasa. Dan tak lupa keraian gol ini memang seronok untuk ditonton.