Quantcast

BERITA

Penyokong Ini Beri Pandangan Isu Banner Kontroversi Di Terengganu

Dalam perlawanan di antara Terengganu vs JDT, ada satu kain rentang yang agak panas dinaikkan oleh seksyen Ultras Tranung. Banner tersebut tertulis:

“F**K POLITIC THIS IS FOOTBALL”

Seorang penyokong Terengganu telah memberikan pandangan beliau tentang banner tersebut. Berikut adalah luahan hati daripada Sainatul Hamdan At-Taranjani.

Mesej keras

“F**K POLITIC, THIS IS FOOTBALL”

Secara jujurnya telah lama aku inginkan mesej ini dinaikkan di dalam stadium SSINS. Akhirnya dapat juga aku tengok. Terima kasih kepada yang bertungkus lumus dalam menyiapkan banner tersebut.

Bagi aku, mesej yang ingin disampaikan oleh pembuat banner adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti & politikus.

Mesej yang disampaikan juga jelas dan akan membuatkan politikus-politikus diluar sana terasa kepedasan.

Bagi aku juga, mesej yang disampaikan juga ditujukan kepada pihak pengurusan Terengganu FC supaya tidak mengunakan bola sepak sebagai satu jalan atau cara untuk meraih undi penyokong.

Kredit: Terengganu FC, Facebook.

Mesej itu juga menentang unsur-unsur politik dalam pengurusan Terengganu FC itu sendiri.

Football is for you & me, not for your f**king industry.

Kain rentang tersebut juga menjelaskan mesej bahawa pihak satu lagi tidak boleh menggunakan bola sepak sebagai satu medium untuk meraih undi.

Kenapa baru sekarang ingin bersama penyokong? Kenapa tidak dari dulu? Di mana mereka? Kenapa baru sekarang muncul?

Oleh itu, mesej ini ingin menyampaikan bahawa bola sepak merupakan satu medium terbaik yang boleh menyatukan seluruh rakyat Terengganu bukannya menjadi medium perpecahan.

Bola sepak itu menyatukan semua

Penyatuan ini boleh melahirkan atmosfera dan suasana positif dalam kalangan penyokong Teregganu. Penyokong ini datang dari pelbagai latar belakang, agama, bangsa, darjat, kaum dan parti politik.

Mereka mengetepikan segala perbezaan fahaman mereka untuk bersatu menyokong pasukan kesayangan dan kebanggaan mereka iaitu Terengganu.

Perbezaan ini dizahirkan apabila penyokong sama-sama bersorak ketika pasukan berjaya menjaringkan gol. Penyokong juga bersama-sama memaki hamun pengadil apabila pengadil nampak macam berat sebelah.

Itulah antara salah bentuk penyatuan. Jika kita lihat, ada penyokong yang ditahan polis, semua penyokong bangkit dan merayu pada pihak polis supaya melepaskan penyokong tersebut?

Jika ada penyokong pihak lawan membuat onar, mereka sama-sama bangkit melawan dengan laungan semangat yang keluar daripada mulut mereka seperti “Tranung Ning Boh, Mung Jangan Wat Main!!”.

Mereka bukan menjerit dengan semangat kepartian politik yang ada pada mereka.

Belajar daripada peristiwa Port Said

Cuba kita lihat sejarah pasukan bola sepak di Mesir suatu ketika dahulu. Pasukan Al-Masry menentang pasukan Al-Ahly. Rusuhan penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan berlaku sehingga mengorbankan 74 nyawa.

Melalui pembacaan aku mengenai tragedi ni, tragedi ni berlaku disebabkan campur tangan politikus yang mencetuskan rusuhan ini berlaku (betulkan jika aku salah).

Boleh jika ingin berkempen dengan menggunakan medium bola sepak, setiap parti politik perlu menubuhkan pasukan bola sepak masing-masing, nama kelab mesti menggunakan nama parti masing-masing.

Buat liga bola sepak politik, masa tu bawalah bendera parti masing-masing, pakai la baju warna parti masing-masing. Kibarlah panji parti masing-masing. Tak ada orang maroh.

Ini sekadar luahan hati.

Nota Editor: Penerbitan artikel ini adalah dengan kebenaran daripada penulis Sainatul Hamdan At-Taranjani.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!