Dalam perlawanan blockbuster semalam, Manchester United menang 3-1 ke atas seteru mereka Arsenal. Berikut 5 perkara yang kami gariskan
1. Daves Saves
David De Gea melakukan 14 ‘saves’ dalam perlawanan ini. Salah satu daripadanya, saves berganda yang menafikan percubaan Arsenal dengan tangan dan kaki.
Pertahanan Manchester United agak berterabur berhadapan dengan taktikal ‘ultra-offensive’ oleh Arsenal. Namun De Gea memastikan hanya 1 bolos sahaja dilepaskan.
2. Lingard
Pemain ini berada di posisi terbaik dalam 2 situasi yang beliau menjaringkan gol tersebut. Secara ‘on ball’ Lingard masih lagi Lingard yang kita kenal. Tetapi dalam keadaan tanpa bola, beliau adalah senjata rahsia United.
3 gerakan beliau berjaya menyambut bola untuk mewujudkan peluang besar. 2 daripadanya disudahkan dengan tenang.
https://twitter.com/FootballFunnys/status/937043347927126017
3. Derita 11 minit dan isu pertahanan Arsenal
11 minit pertama perlawanan adalah punca utama kekalahan Arsenal. Melepaskan 2 gol dengan cara yang sangat mengecewakan.
Gol pertama adalah kelemahan ‘square pass’ Koscielny yang dirampas Valencia dan mereka panik untuk bertahan dalam keadaan diserang balas di kawasan mereka.
Gol kedua adalah kelemahan Mustafi yang melakukan sentuhan lemah ke atas bola dan membuatkan beliau dimanipulasi oleh pemain lawan. Satu aksi menarik oleh Martial yang melakukan hantaran ke sisi buta dengan badannya dalam keadaan berpusing (turn).
Mereka bolos 2 gol pertama dalam keadaan mereka mahu membuka dan menggerakkan binaan serangan mereka.
Selepas melepas 2 gol dalam masa 11 minit Arsenal perlu mengejar perlawanan ini dan Manchester United sudah nampak hala tuju mereka untuk baki 79 minit lagi iaitu untuk mempertahankan 2 gol.
Arsenal jelas tewas dalam perlawanan ini kerana pertahanan mereka melakukan kesilapan yang membunuh mereka sendiri. Gol ke-3 United, Koscielny terlalu mudah ditewaskan Pogba.
4. Taktikal Wenger
Secara umumnya, Wenger melakukan pertukaran taktikal segera yang berkesa. Beliau memasukkan Iwobi untuk menambahkan fluiditi gerakan serangan bertiga.
Pada separuh masa kedua Arsenal banyak berperasi dengan 3-3-4 ataupun 3-2-5. Namun kelemahan teknikal seperti terlalu banyak percubaan lemah dan tumpul dinafikan oleh penjaga gol dan pertahanan lawan.
Itu bukan masalah taktikal sebaliknya itu masalah teknikal pemain yang gagal menyempurnakan peluang. Seterusnya mereka beraksi menentang 10 pemain untuk 20 minit terakhir perlawanan.
5. Rekod Arsenal lebur
Rekod menang 12 perlawanan berturut-turut di Emirates oleh Arsenal diakhiri oleh Manchester United. Mourinho sekali lagi menjadi pengacau rekod Wenger.
https://twitter.com/FutballTweets/status/937042191733506048
Kekalahan ini membuatkan Arsenal dipintas oleh Liverpool. Arsenal berada di tangga ke-5.