Manchester United bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-1 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur pada awal pagi tadi. Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer pada mulanya ketinggalan 1-0 selepas setengah jam perlawanan berlangsung hasil jaringan SonHeung-Min.
Satu gol oleh Fred, Edinson Cavani dan satu gol dari pemain muda, Mason Greenwood selepas itu memastikan tiga mata milik Manchester United yang kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu Manchester City.
Manchester United boleh terus memotong kelebihan tersebut kepada perbezaan lapan mata sekiranya menang baki 1 perlawanan yang belum dimainkan.
Berikut adalah lima perkara dari kemenangan bergaya Manchester United selepas sebelum ini dibelasah 6-1 oleh lawan yang sama pada awal musim.
Impian ‘Top 4’ Tottenham semakin sukar
Bola sepak adalah sukan yang pelik. Contoh mudah ialah Tottenham, mengambil kira bagaimana musim mereka jatuh pada musim ini.
Kelab dari utara London itu memulakan saingan pada musim ini dengan garang sekali. Gandingan Harry Kane dan Son Heung-Min dikatakan setanding penggempur-penggempur eropah yang lain.
Malah Manchester United sendiri menjadi mangsa, apabila dibelsah 6-1 di Old Trafford. Topik perbualan pada ketika itu ialah sama ada Tottenham kali ini benar-benar mampu mencabar kejuaraan Premier League.
Here's how the Premier League table looks going into #MUFC's fixture vs Tottenham, what are you predicting? 🤔 🔮 pic.twitter.com/PfnLSzFCMM
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) April 9, 2021
Namun demikian, skuad Jose Mourinho ini jelas gagal mempertahankan prestasi mereka pada awal musim sehingga turut tersingkir awal dari pertandingan Europa League.
Hari ini berbaki tujuh perlawanan pada musim ini, mereka mendapati diri mereka enam mata dari kedudukan ke-4 untuk memburu slot ke Champions League, dan telah beraksi lebih satu perlawanan. Kedudukan sekarang amat berbeza pada awal musim ketika Spurs menerajui liga buat seketika.
Man United Comback King
Manchester United dikenali sebagai pasukan yang gemar melakukan kebangkitan selepas ketinggalan. Malah antara detik-detik paling diingati di dalam sejarah kelab ialah perlawanan-perlawanan membabitkan kebangkitan pada minit akhir perlawanan.
Istilah ‘Fergie Time’ sendiri wujud kerana kecenderungan ini. Mana-mana lawan berhadapan Manchester United tidak boleh menanggap perlawanan telah tamat selagi wisel penamat belum ditiup.
majestic
/məˈdʒɛstɪk/
𝙖𝙙𝙟𝙚𝙘𝙩𝙞𝙫𝙚1. beautiful, powerful, or causing great admiration and respect
📖 See: Edinson Cavani 🐂 pic.twitter.com/mu1tWLzApI
— Manchester United (@ManUtd) April 11, 2021
Musim ini The Red Devils telah bangkit dari ketinggalan banyak kali da mengumpul 28 mata dari kedudukan tersebut. Ia adalah 12 mata lebih banyak dari mana-mana pasukan lain.
Perlawanan menentang Tottenham pada awal pagi tadi tiada bezanya. Ketinggalan melalui jaringan babak pertama Son Heung Min, Manchester United bangkit menjaringkan tiga gol pada babak kedua perlawanan untuk mengumpul tiga mata.
VAR nafi Man Utd
Manchester United sebenarnya berjaya menjaringkan satu gol pada babak pertama perlawanan melalui Edinson Cavani. Namun pengadil membatalkan jaringan tersebut selepas melakukan semakan VAR dan menyalahkan Scott McTominay kerana kekasaran ke atas Son Heung-Min sebagai punca jaringan dibatalkan.
Cavani sudah tentu kecewa kerana gol tersebut sangat sempurna. Perubahan peraturan membenarkan pengadil untuk membatalkan jaringan sekiranya berlaku kekasaran ketika build-up. Namun keputusan pengadil kali ini boleh didebatkan.
🗣 "If this is a foul we should all go home, it's embarrassing."
Roy Keane is amazed that VAR disallowed Cavani's goal for a foul from McTominay on Son in the build-up pic.twitter.com/1xt0vjqQiG
— Football Daily (@footballdaily) April 11, 2021
Komentator Peter Drury jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Studio analisis oleh Roy Keane dan Micah Richards turut menggariskan perkara yang sama.
Bola sepak adalah sukan melibatkan sentuhan fizikal. Dan tidak semua jenis sentuha fizikal itu adalah kekasaran. Di dalam situasi tersebut, McTominay tidak menyedari keberadaan Son. Aksi Son seperti disiku turut tidak membantu.
Keputusan pengadil itu tidak menjejaskan perlawanan selepas Man Utd cemerlang menjaringkan tiga gol selepas itu. Namun pada hari lain, keputusan sedemikian hanya mengundang padah. Sudah tentu ramai juga yang berpendapat sebaliknya.
Aksi memukau Paul Pogba
Selepas beberapa permainan cemerlang sejak beberapa minggu lalu, pemain antarabangsa Perancis ini meneruskan prestasi baiknya dalam perlawanan menentang Tottenham.
Pogba bermula di bahagian atas/serangan, dan tidak seperti kebiasaan di bahaguan tengah. Kali ini Solksjaer menggunakan Pogba di sayap kanan.
Pogba (@paulpogba) was without a doubt the Best Player vs. Tottenham
✅Creativity
✅Agility in building plays
✅Solid move in front to increase solutions in final third
✅Ability to open gaps inside the Spurs defense@ManUtd#TOTMUN #MUFC #PremierLeague pic.twitter.com/22hrJjB0KY— Rayan Mahfouz (@RayanMahfouz13) April 11, 2021
Pogba dan Marcus Rashford saling bersilih posisi ketika permainan. Walaupun peranan dan posisi yang beliau tidak biasa, Pogba masih mampu menyerlah. Malah beliau boleh dianggap sebagai pemain terbaik Manchester United dalam perlawanan ini setelah secara konsisten memberi masalah kepada bahagian pertahanan Tottenham dengan hantaran, kreativiti dan visi yang dimilikinya.
Hasilnya, Pogba berjaya menghasilkan satu bantuan gol untuk Mason Greenwood.
Mason Greenwood menyerlah
Mason Greenwood mulai mendapat perhatian di dalam skuad utama Manchester United pada musim lalu apabila tampil dengan 17 jaringan dalam semua pertandingan.
Musim ini, penyerang berusia 19 tahun ini tidak produktif seperti pada musim lalu. Ia bukan menghairankan tatkala Greenwood masih baru dan sedang membangunkan aspek lain sebagai pemain.
Assist and a goal for Mason Greenwood 💫🔴 pic.twitter.com/wKvtT8iS9L
— United Zone (@ManUnitedZone_) April 11, 2021
Greenwood memulakan perlawanan menentang Tottenham dari bangku pemain simpanan sebagai pengganti Marcus Rashford pada minit ke-72 perlawanan.
Dan hanya tujuh mini selepas itu, Rashford mengadirkan impak ke dalam perlawanan, melakukan satu cutting dengan kaki kiri yang lebih dominan sebelum melintangkan bola mencari Edinson Cavani untuk meletakkan pasukannya di hadapan.
Greenwood kemudiannya meletakkan dirinya dalam senarai penjaring dengan sentuhan terakhir dalam perlawanan untuk jaringan ketujuh peribadi pada musim ini. Tiada keraguan lagi bahawa Mason Greenwood mampu menjadi complete striker yang Manchester United tercari-cari selama ini dalam tempoh 2-3 tahun akan datang.