5 Perkara Dari Kejayaan Liverpool Tewaskan Tottenham Untuk Takluk Eropah

Liverpool muncul juara UEFA Champions League buat kali ke-6 di dalam sejarah kelab tersebut, selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Selesa mendahului melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mohamed Salah seawal minit ke-2 perlawanan, Liverpool mengesahkan kejuaraan milik mereka melalui jaringan Divock Origi – tiga minit sebelum perlawanan masa sebenar tamat.

Berikut adalah lima perkara yang digariskan dari perlawanan akhir ini.

Penalti Salah atau salah penalti?

Sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mohamed Salah mengundang sedikit kontroversi. Tatkala peraturan baharu mengenai penalti belum lagi dilaksanakan – tidak untuk perlawnaan ini juga – keputusan pengadil dipersoalkan kerana kehadiran teknologi VAR juga tidak membantu.

Peraturan baharu mulai musim depan mengatakan mana-mana pemain yang cuba melebarkan badan – termasuk mengangkat tangan – untuk melakukan hadangan adalah salah, dan akan diberikan foul kerana bola terkena tangan. Tiada pengumuman oleh UEFA menjelang perlawanan sama ada peraturan tersebut akan diuji dalam perlawanan ini. Kontroversi atau tidak, itulah gambaran perubahan peraturan yang akan berkuatkuasa mulai musim hadapan.

Firmino dan Kane

Kedua-dua pemain dilaporkan mengalami kecederaan menjelang perlawanan akhir ini. Namun kedua-dua pengurus – Mauricio Pochettino dan Jurgen Klopp – mengambil risiko dengan menurunkan kedua-duanya. Hasilnya kurang memberangsangkan.


Babak pertama menyaksikan kedua-dua pemain menjadi pemain paling rendah dengan sentuhan, atau dengan kata lain agak terasing (isolated) dari permainan. Klopp menyedari perkara ini dan memasukkan Origi untuk menggantikan Firmino. Kita semua tahu hasilnya selepas itu.

Alisson Becker tembok Liverpool

Perlawnaan akhir UCL ini turut menunjukkan beberapa statistik menarik. Antaranya ialah data yang ditampilkan hasil dari prestasi penjaga gol Liverpool, Alisson Becker. Sepanjang sejarah perlawanan akhir pertandingan elit Eropah ini, tidak ada penjaga gol lain yang menyelamatkan sehingga 8 percubaan tanpa dibolosi.

Alisson menyamai rekod yang dipegang oleh Edwin Van der Sar untuk Manchester United pada 2011. Tetapi penjaga gol Belanda itu dibolosi tiga kali dalam perlawanan tersebut – tewas 1-3 kepada Barcelona.

Nilai semangat kesukanan

Perseteruan sentiasa wujud di dalam bola sepak. Namun ia tidak bermakna semangat kesukanan harus dilupakan semata-mata kerana sifat kompetitif. Tamat 90 minit perlawanan, satu perlawanan bola sepak akan tetap dinilai sebagai satu persaingan diantara dua pasukan, dan tidak lebih dari itu. Demikianlah perkara yang ditampilkan oleh pemain-pemain Liverpool selepas tamat perlawanan.

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Tottenham Hotspur players, lead by Harry Kane, are applauded by Liverpool players following the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Tatkala pemain-pemain Spurs yang kecewa naik ke pentas untuk mengambil medal naib juara, pemain-pemain Liverpool berbaris untuk memberikan ‘guard of honor’ kepada pemain dan keseluruhan anggota lawan mereka di perlawanan ini. Demikianlah erti semangat kesukanan. Kejayaan tidak semestinya diraikan dengan takbur. Sifat mengiktiraf lawan sebegini, adalah contoh terbaik bagaimana bola sepak harus ditampilkan.

Liverpool dan Tottenham miliki struktur kukuh

Disebabkan ini adalah perlawanan akhir, rasanya tidak perlu kami ulas banyak aspek taktikal permainan. Sekiranya ada perkara terbaik yang boleh kita pelajari daripada Liverpool dan Tottenham, ia pastinya mengenai struktur yang mereka bina sejak lima musim yang lalu. Pochettino misalnya, tiba di White Hart Lane pada Mei 2014. Klopp pula menyertai Liverpool pada Oktober 2015.

Kedua-dua pengurus boleh dikategorikan sebagai pengurus yang berlandaskan falsafah bola sepak moden – mementingkan fludity dalam corak permaianan. Perkara ini sukar diulas untuk final ini. Namun bagaimana kedua-dua pengurus membina pasukan masing-masing sejak lima musim yang lalu sememangnya mengkagumkan.


Pochettino misalnya membangunkan ramai bakat muda dari sistem Spurs sendiri. Manakala Klopp, seperti kita semua ketahui membentuk pemain yang ‘dianggap biasa’ – dibawa masuk dengan peranan tertentu untuk menjadi bintang. Harus tidak dilupakan juga, Spurs tidak aktif di pasaran pemain sejak dua jendela perpindahan yang lalu. Kedua-dua kelab boleh dikategorikan memiliki struktur yang kukuh sesuai dengan cabaran di era bola sepak moden pada hari ini.

Penutup

Tahniah buat Liverpool setelah berjaya dinobatkan selaku juara Eropah. Begitu juga dengan Tottenham Hotspur yang muncul naib juara.

Kemaraan kedua-dua pasukan mara ke perlawanan akhir sudah boleh dianggap sebagai satu kejayaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN