Jurgen Klopp: “Kejayaan Ini Untuk Para Pemain Saya”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berasa cukup gembira selepas berjaya membantu pasukannya menjulang kejuaraan UEFA Champions League (UCL).

Kejayaan yang hadir selepas menewaskan Tottenham Hotspur dengan jaringan 2-0 itu jelas cukup bermakna buat beliau.

Bercakap kepada BT Sport selepas perlawanan, Klopp menyatakan para pemain beliau sememangnya layak di atas kejayaan ini.

“Saya cukup gembira untuk para pemain saya.”

“Mereka berjuang ibarat sudah tiada apa lagi dalam diri mereka. Pernahkah anda lihat pasukan seperti ini?”

Klopp turut memberikan penghargaan khas buat keluargnya yang sering bersama beliau dalam turun naik sebagai pengurus.

“Keluarga saya terpaksa menanggung derita setiap kali perlawanan akhir. Perlawanan terakhir musim dan kami kalah.”

“Oleh itu, mereka berhak menerima kejayaan ini kerana keluarga saya sering memberikan sokongan padu seperti mana penyokong pasukan Liverpool.”

Klopp turut memuji persembahan Alisson Becker yang jelas membantu Liverpool daripada dibolosi Tottenham Hotspur.

“Alisson Becker membuatkan semua perkara yang sukar nampak mudah. Ianya cukup baik!”

Liverpool mendahului hasil jaringan penalti Mohamed Salah pada minit ke-2 sebelum kejuaraan Eropah mereka disahkan menerusi jaringan Divock Origi di penghujung permainan.

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Divock Origi of Liverpool celebrates after scoring his team’s second goal during the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Kejayaan ini merupakan kejuaraan pertama Klopp bersama Liverpool. Sebelum ini beliau telah tewas 3 perlawanan akhir bersama pasukan tersebut.

Sebelum ini, mereka tewas dalam perlawanan akhir Capital One Cup, Europa League dan juga UCL pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN