Dalam dunia bola sepak, posisi penjaga gol merupakan antara yang paling penting untuk sesebuah pasukan. Ia merupakan tembok terakhir ketika bertahan, dan barisan paling hadapan ketika menyerang.
Di era bola sepak modern ini, falsafah tersebut tersangatlah tepat, ia kerana para penjaga gol bukan lagi hanya digunakan untuk melindungi gawang, mereka bahkan turut terlibat dalam build up ketika membantu jentera serangan.
Peranan penjaga gol sudah mula berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan dalam dunia bola sepak modern memaksa mereka untuk memantapkan kemahiran kaki, kedudukan, kawalan bola dan kualiti hantaran.
🗣️ "Neuer is the best goalkeeper in the world."
Leon Goretzka speaking facts. pic.twitter.com/mwHExbCyPo
— 🇺🇸 FC Bayern US 🇨🇦 (@FCBayernUS) November 7, 2021
Walau bagaimanapun, adalah sangat sukar untuk temui penjaga gol yang memiliki kesemua ciri tersebut, dan hanya beberapa kelab sahaja yang bertuah untuk mendapatkan khidmat mereka.
Berikut merupakan senarai lima penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, hasil data dan kajian yang dilakukan oleh Sportskeeda.
5. Edouard Mendy
Edouard Mendy dianggap sebagai penjaga gol terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini oleh pelbagai pihak.
Beliau sudah berjaya mencatatkan 34 clean sheet dari 59 penampilan untuk Chelsea dalam semua pertandingan sejak dari ditandatangani.
Les stats d’Edouard Mendy en Premier League cette saison. 🇸🇳 [@Squawka] pic.twitter.com/np3gnc1mxB
— PLFrance_ 🇫🇷 (@PLFrance_) November 1, 2021
Pemain kebangsaan Senegal itu hanya mencatatkan 35 bolos sahaja sepanjang bersama Chelsea, dengan Mendy berjaya mencipta nama dalam tempoh yang begitu singkat sebagai antara pemain terhebat dunia pada hari ini.
Beliau ditandatangani oleh The Blues pada tahun lalu, bagi menggantikan Kepa Arrizabalaga yang ketika itu bergelut dengan masalah prestasi.
Penandatanganan Mendy jelas sekali menjadi satu hal yang sangat berbaloi untuk Chelsea, dengan beliau berjaya menjadi tembok tebal untuk skuad kendalian Thomas Tuchel itu.
Antara aksi terhebat beliau sepanjang beraksi bersama Chelsea adalah ketika aksi kemenangan 1-0 bertemu Brentford dalam saingan Premier League.
Edouard Mendy has the highest save percentage in the Premier League this season 🧤
He's saved 90% of shots he's faced 👏 pic.twitter.com/lOj1CRwVJp
— GOAL (@goal) November 5, 2021
Mendy telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan tersebut, dengan beliau secara keseluruhannya mencatatkan enam saves untuk membantu Chelsea mengutip tiga mata penuh.
The Blues hanya membayar £22 juta sahaja kepada Lille untuk mendapatkan khidmat Mendy, dan sepertinya pelaburan kelab itu sangat berbaloi.
4. Ederson
Selepas Pep Guardiola sah menjadi pengurus Manchester City pada tahun 2016 yang lalu, beliau dengan segera melakukan rombakan dengan menyingkirkan pemain-pemain yang sudah berusia.
The Ederson hate needs to end. He is crucial to the Pep Era. Let's not forget he also had a really high save rate over the past year (77 PERCENT.) pic.twitter.com/AzstlCehGa
— City Chief (@City_Chief) October 31, 2021
Antara pemain terawal yang ditandatangani oleh pengurus dari Sepanyol itu adalah Ederson, yang ditandatangani dengan nilai €40 juta dari Benfica.
Selepas menggunakan khidmat pemain berpengalaman seperti Claudio Bravo dan Joe Hart pada awal kariernya di Etihad, Pep kemudiannya mengesahkan posisi penjaga gol utama untuk Ederson.
Bintang Brazil itu merupakan antara ‘ball-playing goalkeeper’ terbaik dalam dunia bola sepak, dan corak permainan beliau sangat sesuai dengan sistem yang di amalkan oleh Pep Guardiola.
Kehadiran Ederson sepertinya telah membenarkan pemain pertahanan untuk melakukan build up dari bawah, seterusnya menjayakan perancangan yang dirancang oleh Pep Guardiola.
Certain city fans want Ederson gone for making a few mistakes across 4 years. Allison has made 3 big mistakes in 75 minutes.
No one I’d rather have 💙 pic.twitter.com/EWHllRmFqO
— Poppie (@PoppieC_) November 7, 2021
Penjaga gol kebangsaan Brazil itu dikenali dengan ketenangan beliau dan kekuatan kakinya yang mampu merembat bola jauh ke kawasan lawan.
Pada musim 2020/21, pemain berusia 28 tahun itu berjaya mencatatkan 19 clean sheet dari 28 penampilan dalam saingan Premier League.
Beliau turut berjaya mencatatkan tujuh clean sheet dari 12 penampilan dalam saingan Champions League, seterusnya membantu City untuk mara ke perlawanan akhir.
Ederson jelas sekali benar-benar menikmati karier gemilangnya bersama Man City pada musim ini, dengan beliau ketika ini sudah berjaya mencatatkan tujuh clean sheet dari 11 perlawanan liga.
3. Gianluigi Donnarumma
Pemain terbaik pertandingan Euro 2020, Gianluigi Donnarumma merupakan penjaga gol terhebat dari generasi beliau.
This is the first time Gianluigi Donnarumma has conceded two goals while playing in a match for Italy.
He's been playing for the national team for FIVE years 🤯🇮🇹 pic.twitter.com/vaTB7uJo4x
— ESPN FC (@ESPNFC) October 6, 2021
Berketinggian 6’5, bintang Paris Saint Germain itu jelas sekali memanfaatkan fizikal yang beliau miliki untuk menjadi penjaga gol yang sungguh hebat.
Beliau mempunyai kemampuan yang cukup menakjubkan dalam memintas dan mematahkan serangan lawan, dan turut mempunyai kemampuan yang sungguh mengagumkan ketika menyelamatkan bola dari permainan terbuka.
Donnarumma telah mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang penjaga gol terhebat dunia pada ketika ini, dengan aksi hebat serta persembahan mantap yang beliau pamerkan.
Beliau yang kini baru berusia 22 tahun, sebenarnya memiliki perjalanan yang panjang lagi dalam dunia bola sepak, dan masih mampu mencapai pelbagai lagi kejayaan dalam kariernya.
Donnarumma juga mempunyai reputasi yang cukup baik dalam menyelamatkan percubaan satu lawan satu, terutama sekali ketika berdepan dengan sepakan penalti.
Gianluigi Donnarumma finally makes his Champions League debut! 🙌 pic.twitter.com/0EveF7NDfe
— GOAL (@goal) September 28, 2021
Pada musim 2020/21, Donnarumma berjaya mencatatkan 14 clean sheet dalam saingan Serie A, dan ia merupakan catatan terbaik dalam saingan liga bersama Samir Handanovic.
Tambahan lagi, penjaga gol utama Itali itu hanya dibolosi empat gol sahaja dari tujuh penampilan bersama skuad kebangsaan Itali ketika menjuarai saingan Euro 2020.
Penjaga gol berusia 22 tahun itu memiliki 100% kebarangkalian untuk menyelamatkan sepakan penalti baik ketika bersama kelab mahupun negara.
Baru-baru ini, beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti ketika beraksi bertemu RB Leipzig dalam saingan Champions League.
2. Alisson Becker
Alisson Becker merupakan penjaga gol termahal dalam sejarah bola sepak Brazil dengan beliau ditandatangani oleh Liverpool dari Roma dengan nilai €62.5 juta.
A Liverpool Legend Alisson Becker @LFC pic.twitter.com/6vHZJnAx2m
— 🔴 𝙰𝚗𝚏𝚒𝚎𝚕𝚍 𝚅𝚒𝚎𝚠 🔴 (@james79rigby) November 7, 2021
Ekoran dari persembahan hambar Loris Karius ketika aksi perlawanan akhir Champions League 2017/18, Liverpool terpaksa mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan penjaga gol utama yang baharu.
Bergandingan bersama Virgil Van Dijk dan Mohamed Salah, Alison tidak diragukan lagi sememangnya antara pemain terhebat The Reds di era kendalian Jurgen Klopp.
Pada dua tahun pertamanya bersama kelab, bintang Brazil itu berjaya membantu Liverpool memenangi empat Piala utama, Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.
Alisson turut berjaya memenangi anugerah Golden Glove dalam saingan Premier League pada musim pertama beliau bersama Liverpool.
Beliau ketika itu berjaya mencatatkan 21 clean sheet dalam musim debutnya dan ia dianggap rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1457365977440653321?t=iRx0aNqAU8tCcpPJsaTryA&s=19
Penjaga gol kebangsaan Brazil itu memainkan peranan penting ketika membantu Liverpool menjuarai saingan Premier League pada musim 2019/20.
Beliau pada ketika itu mencatatkan 17 clean sheet dan kecemerlangan beliau berjaya membantu Liverpool memenangi gelaran liga pertama mereka sejak 30 tahun sebelum itu.
Dari 14 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini, Alisson sudah berjaya mencatatkan enam clean sheet dan turut beberapa kali menyelamatkan Liverpool dari berdepan kekalahan.
1. Jan Oblak
Jan Oblak berjaya mengukuhkan kedudukan beliau sebagai salah seorang penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.
Jan Oblak appreciation post. pic.twitter.com/06mrO2uHPc
— Atlético de Madrid (@atletienglish) October 22, 2021
Beliau memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu skuad kendalian Diego Simeone untuk mencapai pelbagai kejayaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Penjaga gol kebangsaan Slovenia itu menggunakan kelebihan fizikal dan kemahiran membaca pergerakan lawan untuk menyelamatkan gawang golnya dari dibolosi lawan.
Penjaga gol berusia 28 tahun itu turut dianggap sebagai penjaga gol paling berskill ketika memiliki bola di kakinya.
Oblak telah menjadi nadi penting untuk Atletico Madrid sejak dari awal beliau ditandatangani, dan beliau merupakan penjaga gol yang mempunyai kehebatan baik dari segi bertahan mahupun membantu melakukan build up.
Penjaga gol berusia 28 tahun itu berjaya memenangi anugerah Zamora trophy sebanyak lima kali dari tujuh tahunnya beraksi dalam saingan La Liga.
Jan Oblak is the first goalkeeper in the 21st century to keep 3 consecutive clean sheets against Barca.
Le Mur. pic.twitter.com/Up13tH6E32
— The Partido a Partido Podcast (@ThePaPPod) October 4, 2021
Zamora trophy merupakan anugerah khas untuk penjaga gol yang mencatatkan bolos paling sikit sepanjang musim dalam saingan La Liga.
Beliau berjaya mencatatkan 164 clean sheet dari 319 penampilan dalam semua pertandingan untuk Atletico Madrid, dan turut membantu kelabnya menjuarai saingan La Liga musim lalu.
Musim 2021/22 ini sahaja, Oblak sudah berjaya mencatatkan lima clean sheets dari 16 penampilan dalam semua pertandingan untuk Los Colchoneros.