5 Pemain Berkaki Kiri Terhebat Sepanjang Zaman

Pemain berkaki kiri sememangnya merupakan golongan minoriti dalam dunia bola sepak. Kebanyakan pemain kebiasaannya mahir dengan menggunakan kaki kanan mereka.

Terdapat segelintir kecil sahaja pemain yang boleh dianggap bagus dengan kedua-dua belah kaki beliau, dan tidak keterlaluan untuk menganggap pemain berkaki kiri sangat limited dalam dunia bola sepak profesional.

Atas alasan sama, para pemain berkaki kiri sering membuktikan yang mereka antara pemain yang sukar untuk dihadapi oleh pemain pertahanan lawan.

Oleh yang demikian, pasukan lawan juga sebenarnya perlu menggunakan khidmat pemain berkaki kiri untuk menghalang penyerang berkaki kiri.

Gabungan pemain berkaki kiri dengan pemain berkaki kanan sememangnya gandingan yang terbukti berkesan, dengan mereka akan membuatkan pemain pertahanan lawan hidup dalam ketakutan.

Jika dilihat pemain-pemain legenda yang pernah ada dalam dunia bola sepak, kebiasaannya mereka berkaki kiri dan ketika karier mereka, para pemain tersebut berjaya membina gandingan mantap bersama pemain berkaki kanan.

Tidak dinafikan masih ramai pemain berkaki kanan yang dianggap terhebat dalam dunia bola sepak, namun bilangan mereka terlalu ramai jika dibandingkan dengan pemain berkaki kiri.

Berikut merupakan senarai lima pemain berkaki kiri yang dianggap terhebat sepanjang zaman.

5. Ryan Giggs

Legenda Manchester United, Ryan Giggs tidak dinafikan lagi sememangnya akan terus dikenang sebagai pemain terhebat sepanjang zaman Red Devils.

Beliau muncul dalam dunia bola sepak dengan menunjukkan kemampuan kaki kirinya yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan turut menjadi mimpi ngeri untuk pemain pertahanan lawan.

Bekas pemain kebangsaan Wales itu benar-benar bersinar dan melalui karier yang gemilang di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada era 90 an hingga awal 2000.

Disamping begitu banyak hal yang dibina dan dikukuhkan oleh Sir Alex di Old Trafford, Giggs merupakan sebahagian dari itu.

Beliau melalui karier yang menakjubkan dengan memenangi 12 gelaran Premier League, empat gelaran Piala FA, dua gelaran Champions League, International Cup dan FIFA Club World Cup.

Giggs merupakan pemain yang memiliki kemahiran teknikal yang hebat dan sangat versatile, dengan beliau selain hebat di posisi sayap, beliau juga boleh bermain di mana-mana posisi di bahagian serangan.

Beliau juga boleh bermain di posisi central midfielder dan berfungsi di bahagian attacking midfielder ketika di akhir-akhir kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Beliau memegang rekod sebagai pemain paling banyak membuat penampilan dalam perlawanan kompetetif untuk Manchester United dengan melakukan 963 penampilan.

Giggs menghabiskan sepanjang kariernya di Old Trafford dengan menjaringkan 141 gol dan turut mencatatkan 250 assists untuk Red Devils.

4. Alfredo Di Stefano

Alfredo Di Stefano merupakan pemain paling dominan dalam sejarah bola sepak Real Madrid pada era 1950 an dan beliau dianggap antara pemain yang memiliki kehebatan semula jadi yang sangat mengagumkan.

Stefano boleh bermain di mana-mana bahagian di bahagian midfield dan turut boleh bermain sebagai penyerang, namun pergerakan beliau akan lebih berat di sebelah kiri.

Di Stefano berjaya menjaringkan 246 gol dari 302 penampilan beliau bersama Real Madrid sepanjang kariernya, dengan beliau turut beraksi bersama tiga skuad kebangsaan yang berbeza.

Stefano pernah beraksi bersama Argentina, Colombia dan Sepanyol dengan beliau lebih lama beraksi bersama Sepanyol dengan menjaringkan 23 gol dari 31 penampilan.

Dianggap antara pemain paling serba lengkap sepanjang zaman, Di Stefano pernah memenangi lapan gelaran La Liga dan lima gelaran Eropah bersama Real Madrid.

Beliau turut berjaya memenangi dua kali gelaran Ballon D’or dan turut menerima anugerah Pichichi sebanyak lima kali.

3. Ferenc Puskas

Ferenc Puskas cukup dikenali sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat sepanjang zaman atas aksi hebat dan sumbangan beliau sepanjang kariernya.

Beliau merupakan penjaring gol yang sungguh luar biasa dengan menjaringkan 84 gol dari 85 penampilan untuk skuad kebangsaannya, Hungary.

Puskas merupakan pemain berkaki kiri yang sangat sukar untuk menggunakan kaki kanan beliau ketika mahu melepaskan rembatan.

Pemain kebangsaan Hungary itu menyertai Real Madrid selepas mengharungi karier 13 tahun menakjubkan bersama Budapest Honved dari tahun 1943 hingga 1956.

Di Santiago Bernabeu, beliau berjaya untuk menjadi sebahagian dari trio terhebat sepanjang zaman bersama Alfredo Di Stefano dan Paco Gento.

Puskas berjaya menjaringkan 199 gol dari 226 penampilan bersama Real Madrid dan turut berjaya memenangi liga gelaran La Liga, serta tiga gelaran Eropah.

Beliau turut berjaya membawa Hungary untuk mara ke aksi perlawanan akhir Piala Dunia 1954, dan memenangi pingat emas di temasya Sukan Olimpik 1952.

2. Diego Maradona

Diego Maradona sememangnya tidak banyak menggunakan kaki kanan beliau ketika beraksi, melainkan untuk membantu beliau dalam merencana gerakan.

Beliau merupakan salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman, dan Maradona dikenali sebagai pemain yang mempunyai kemahiran gelecekan yang sungguh dasyat.

Bola tersebut seolah-olah melekat di kaki beliau dan kerana itulah beliau dianggap antara pemain berkaki kiri yang terhebat dalam dunia bola sepak.

Legenda Argentina itu mempunyai kepantasan, kemahiran gelecekan dan penyudah yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Melihat kelincahan Maradona, beliau jelas sekali antara pemain yang paling kerap dikasari lawan dan sudah tentu setiap bahagian kaki beliau pernah mengalami kecederaan kerana dibengkes pemain lawan.

Namun Maradona tetap dianggap magis di atas padang bola dan setiap perlawanan yang beliau mainkan, ia sudah tentu akan menjadi perlawanan yang menghiburkan.

Maradona pernah hampir membimbing skuad kebangsaan Argentina untuk memenangi gelaran Piala Dunia pada 1986 secara bersendirian.

https://twitter.com/TheMan_MUFC/status/1454341367522422786?t=1JoNPOHb9q-SI8ECYeyeAw&s=19

Gol paling terkenal yang pernah dijaringkan oleh Diego Maradona adalah gol tangan tuhan, yang mana beliau menjaringkan gol menggunakan tangan ketika bertemu England di peringkat separuh akhir Piala Dunia.

Sepanjang karier gemilangnya, Maradona berjaya menjaringkan 258 gol dari 492 penampilan, dengan beliau memulakan kariernya bersama Argentinos Juniors, sebelum melengkapkan perpindahan menyertai Boca Juniors.

Maradona turut pernah beraksi bersama Barcelona, namun beliau lebih dikenali sebagai legenda, Napoli dengan beliau mengharungi karier yang lebih gemilang di Itali.

Pada musim 1986/87, Maradona berjaya memimpin Napoli untuk menjuarai saingan Serie A buat pertama kali dalam sejarah penubuhan kelab.

1. Lionel Messi

Lionel Messi jelas sekali merupakan antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak, dengan beliau merupakan penerima anugerah Ballon D’or terbanyak dalam sejarah.

Beliau pada usia remaja sudah dianggap bakal menjadi jelmaan semula Maradona, dan Messi cemerlang membuktikan beliau mampu untuk mencapai kejayaan lebih gemilang berbanding idolanya itu sendiri.

Sama seperti Maradona, Messi merupakan pemain penyerang yang mempunyai kemampuan gelecekan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau mempunyai tahap kelincahan yang sangat sukar untuk dihadapi oleh pemain pertahanan lawan, dan Messi juga mempunyai kualiti penyudah yang sungguh dasyat.

Kemampuan beliau jelas membuktikan mengapa Messi dianggap antara pemain terhebat yang pernah muncul dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau mempunyai kemampuan untuk mengayam-ayamkan pemain pertahanan lawan dan Messi juga merupakan antara pemain yang paling digeruni.

Selepas memenangi enam gelaran Ballon D’or, Lionel Messi dikatakan berpotensi untuk sekali lagi memenangi anugerah tersebut pada tahun ini, selepas kejayaan beliau membantu skuad Argentina memenangi gelaran Copa America.

Selain membantu Argentina memenangi Copa airlines, beliau juga berjaya menyapu bersih segala anugerah Individu yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut.

Beliau ketika karier gemilangnya bersama Barcelona, Messi berjaya memenangi 10 gelaran La Liga, empat gelaran Champions League, tujuh gelaran Copa Del Rey, lapan gelaran Supercopa De Espana, tiga gelaran FIFA Club World Cup dan tiga gelaran UEFA Super Cup.

Beliau juga berjaya membantu Argentina sehingga mara ke perlawanan akhir saingan Piala Dunia 2014 dan Copa America merupakan Piala pertama beliau di pentas bola sepak antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN