5 Pengurus Paling Teruk Pernah Dilantik Dalam Sejarah Real Madrid

Rekod keseluruhan Zinedine Zidane selaku pengurus Real Madrid sememangnya tiada tandingan. Dua kali dilantik sebagai pengendali, Zidane memacu Real Madrid dengan dua kejuaraan La Liga, tiga kejuaraan Champions League, selain turut meraih dua trofi UEFA Siper Cup dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Walaupun rekod tersebut menempatkan Zidane sebagai antara pengurus legenda Real Madrid pada hari ini, pengendali dari Perancis itu masih berada dalam tekanan ekoran prestasi tidak menentu pada musim ini. Malah ada yang sudah menimbulkan ‘cakap-cakap’ Zidane sudah kehilangan mojo atau sentuhan untuk mengangkat kembali martabat gergasi Sepanyol itu ke tempat sepatutnya.

Jika benar Real Madrid mahu menggantikan Zidane, siapa sahaja bakal bergelar pengganti akan berhadapan dengan tugas berat untuk menandingi pencapaian beliau. Desakan dan panik turut boleh menyebabkan kelab membuat keputusan terburu-buru dengan melantik pengurus yang salah.

Berikut adalah lima pengurus yang disifatkan ‘paling teruk’ pernah dilantik oleh Real Madrid, dan berakhir dengan kekecewaan.

Arsenio Iglesias (Januari 1996 – Jun 1996)

Iglesias dilantik sebagai pengendali di Bernabeu berdasarkan kerja cemerlang beliau bersama Deportivo La Coruna sebelum itu. Bersama Deportivo, Iglesias membantu kelab itu menamatkan saingan La Liga di tiga kedudukan teratas selama tiga musim berturut-turut.

Iglesias kemudiannya mengumumkan persaraan daripada bola sepak sebelum diyakinkan Real Madrid untuk kembali sebegai pengendali pada musim berikutnya, dengan harapan jurulatih itu mampu mengeluarkan mereka dari krisis pada ketika itu.

Jorge Valdano, pengendali sebelum itu berjaya membawa Real Madrid mara ke suku akhir Champions League dan sedang berada di kedudukan ke-6 La Liga. Namun demikian ketibaan Iglesias gagal mengubah keadaan.

Disingkitkan oleh Juventus di suku akhir, skuad Los Blancos menamatkan musim tanpa sebarang kejuaraan dan mengakhiri musim di kedudukan ke-6, yang bermakna mereka gagal ke pertandingan eropah pada musim seterusnya. Iglesias kemudiannya kembali ke persaraan selepas musim mengecewakan itu.

Juan Ramón López Caro (Disember 2005 – Jun 2006)

Pelantikan Lopez Caro sebagai pengurus Real Madrid menimbulkan banya tanda tanya pada ketika itu. Ini kerana beliau tidak pernah mengendalikan pasukan di La Liga dan hanya bebekalkan pengalaman selama empat tahun bersama Real Madrid B.

Namu selepas pihak pengurusan memutuskan untuk berpisah dengan Vanderlei Luxemburgo, jurulatih kelahiran Sepanyol itu dilihat sebagai calon paling layak dan mengetahui cara mengendalikan deretan bintang Galaticos di Bernabeu pada ketika itu.

Malang sekali idea itu tidak pernah ideal. Dosingkirkan oleh Arsenal di pertandingan Champions League, Real Madrid turut dimalukan Mallorca 6-1 di pertandingan Copa Del Rey. Los Blancos turut menamatkan musim 12 mata di belakang juara, Barcelona di La Liga.

Bercakap kepada pemberita pada musim panas beliau meninggalkan Real Madrid, Lopez Caro memohon maaf kepada penyokong yang sebelum itu yakin dengan kebolehan beliau, namun akhirnya beliau gagal memenuhi harapan setiap pihak.

Julen Lopetegui (Julai 2018 – Oktober 2018)

Lopetegui mengundang kontroversi apabila tampil sebagai pengganti Zidane di Real Madrid namun pada masa yang sama masih bergelar pengurus Sepanyol yang sedang bersiap sedia mengharungi kempen Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pengurus itu dipecat serta merta oleh Sepanyol selepas pengumuman oleh Real Madrid. Nasib malang Lopetegui kemudian beterusan apabila kempen musim baharu Real Madrid selepas itu bermula dengan buruk, termasuk kekalahan 4-2 kepada seteru setempat, Atletico Madrid.

Keputusan perlawanan tidak menentu yang berterusan selepas itu hanya sekadar membuatkan media melemparkan pelbagai spekulasi tidak baik mengenai masa depan beliau di Bernabeu.

Kemuncaknya ialah apabila Real Madrid dimalukan 5-1 oleh Barcelona, dan beliau digantikan dengan jurulatih skuad remaja, Santiago Solari. Di sebalik semua itu, Lopetegui tetap yakin beliau mampu mengubah keadaan sekiranya diberikan lebih banyak masa.

José Antonio Camacho (Mei 2004 – September 2004)

Camacho sudah pun pernah melalui tempoh yang buruk bersama Real Madrid pada ketika beliau dilantik buat kali kedua pada 2004. Pada 1998, Camacho hanya bertahan selama 23 hari sebelum meninggalkan kelab itu selepas tidak mempunyai persefahaman dengan presiden kelab, Lorenzo Sanz. Kali kedua, kisahnya sedikit berbeza.

Real Madrid menang dua perlawanan pertama di bawah kendalian Camacho. Masing-masing dengan jaringan 1-0 ke atas kelab kerdil Numancia dan Mallorca di La Liga. Kemudian Real Madrid dimalukan dengan kekalahan 3-0 kepada Bayern Leverkusen di pertandingan Champions League.

David Beckham dan Raul secara kontroversi tidak diletakkan di dalam skuad pada perlawanan seterusnya yang berakhir dengan kekalahan 1-0 kepada Espanyol.

Langkah tersebut menyebabkan Roberto Carlos tanpa berselindung mengkritik Camacho. Pengurus tersebut kemudiannya meletakkan jawatan dan menuding jari kepada barisan bintang Real Madrid sebagai punca tindakan beliau.

Mariano García Remón (September 2004 – Disember 2004)

Remon sememangnya terus mendapat perhatian pada ketika beliau diumumkan selaku pengganti Camacho sebagai pengurus Real Madrid.

Merupakan rakan rapat dan bekas rakan sepasukan kepada Camacho, Remon pada asalnya adalah pembantu jurulatih di bawah Camacho. Ini bermakna beliau menyaksikan sendiri setiap kesukaran dan apa yang berlaku di bilik persalinan pada ketika itu.

https://twitter.com/RmJugadores/status/1178540304573620225

Remon sentiasa mendakwa beliau menggalas tanggungjawab tersebut atas permintaan Camacho. Beliau akhirnya mencipta rekod sebagai pengurus tersingkat dalam sejarah Real Madrid.

Remon hanya kekal selama 101 hari. Beliau disingkirkan menjelang Krismas dengan Real Madrid ketinggalan 13 mata di belakang Barcelona di La Liga dan turut bergelut di Champions League.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain mengenai Real Madrid melalui pautan di bawah:

Kenali Hugo Duro, Senjata Baharu Real Madrid

6 Rekod Sergio Ramos Terpaksa Lupakan Sekiranya Tinggalkan Real Madrid

7 Pemain Yang Terjerat Badi Sumpahan Kecederaan Selepas Sertai Real Madrid

Mengenang Kehebatan ‘No-Look Backheel Assist’ Guti Yang Digelar ‘Heel of God’

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN