5 Pemain Yang Sangat Terdesak Mahu Tinggalkan Chelsea Musim Panas Ini

Chelsea pada ketika ini sedang bergelut dengan masalah untuk mengekalkan pemain mereka selepas lima pemain utama mereka terdesak untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Antonio Rudiger dan Andreas Christensen telah sah meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini, dengan kedua-dua mereka menyertai kelab dari saingan La Liga.

Sementara itu Romelu Lukaku turut dibenarkan untuk kembali menyertai Inter Milan menerusi perjanjian pinjaman selama satu musim.

Walau bagaimanapun, Chelsea selepas ini bakal kehilangan lebih ramai pemain lagi selepas lima pemain dari skuad utama mendesak untuk meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini.

Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso kedua-dua sangat berharap untuk menyertai Christensen beraksi bersama Barcelona.

Kedua-dua mereka kini memiliki baki kontrak selama satu tahun lagi bersama Chelsea, namun Tuchel menegaskan yang beliau tidak mahu melepaskan Azpilicueta pada musim panas ini.

Hakim Ziyech dilaporkan telah menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab pada Jun lalu, selepas beliau bergelut untuk mendapatkan minit permainan di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Pengurus dari Jerman itu sendiri bahkan turut tiada masalah untuk melepaskan pemain kebangsaan Morocco itu pada musim panas ini.

Seorang lagi pemain penyerang, Christian Pulisic turut mendedahkan yang beliau sangat berhasrat mahu meninggalkan kelab kerana mahu mendapatkan minit permainan yang mencukupi.

Beliau mahu mendapatkan minit permainan dalam usahanya untuk memastikan beliau bakal mampu untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya menjelang bermulanya Piala Dunia pada penghujung tahun nanti.

Juventus dan AC Milan turut sedang hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani pemain dari Amerika Syarikat itu.

Pulisic semakin sukar untuk mendapatkan minit permainan selepas ini, dengan Chelsea pada ketika ini sudah berjaya melengkapkan perpindahan Raheem Sterling dari Manchester City.

Selain Pulisic, Timo Werner turut dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini kerana beliau sukar untuk mendapatkan minit permainan.

Walau bagaimanapun, memandangkan Lukaku sudah meninggalkan kelab, Werner mungkin bakal mendapatkan peranan lebih penting di bawah kendalian Thomas Tuchel.

Ketika ditanya adakah beliau gembira untuk kekal bersama Chelsea pada musim baharu nanti, Werner menjawab:

“Saya boleh nikmati kegembiraan di mana sahaja.”

“Apa yang paling penting adalah saya memang gembira. Saya gembira ketika saya bermain dan menjaringkan gol. Itu fakta. Itu adalah benda yang perlu saya jaga dan hal lain akan datang.”

Dua pemain yang Tuchel mahu lepaskan selepas ini adalah Ross Barkley dan Michy Batshuayi namun sehingga kini tiada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

Bercakap selepas aksi kekalahan memalukan bertemu Arsenal baru-baru ini, Tuchel mengaku yang beberapa pemain tak beri tumpuan kerana mereka sibuk memikirkan untuk meninggalkan kelab.

“Kita ada ramai pemain yang sedang memikirkan untuk pergi dan melihat pada pilihan mereka.”

Jelas Thomas Tuchel.

“Kita kena gantung dan pemain tinggalkan kita, kita tahu yang segelintir pemain memang mahu tinggalkan kita dan itulah yang berlaku.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN