5 Pemain Premier League Dengan Prestasi Paling Merosot Sehingga Undang Kecaman Musim Ini

Konsistensi adalah aspek penting di dalam bola sepak. Ia adalah ramuan utama untuk seseorang pemain bergelar pemain bintang.

Saban musim kita telah melihat pemain mencipta nama dan hilang dari radar begitu sahaja kerana gagal mengekalkan konsistensi. Ia berkaitan dengan banyak perkara. Konsistensi ialah mengenai fokus, keyakinan diri, mudah berpuas hati dan pengamalan etika profesional.

Itu adalah sebahagian perkara yang mempengaruhi konsistensi seseorang pemain. Jika aspek-aspek tersebut diabaikan, maka prestasi pemain boleh merosot teruk.

Berikut adalah lima pemain paling menyerlah pada musim lalu, dan pada musim ini dianggap antara pemain dengan prestasi paling teruk di Premier League.

Trent Alexander-Arnold

Selepas dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik musim 2019/20, peningkatan seterusnya Trent Alexander-Arnold pada musim seterusnya dijangka menggerunkan. Sepanjang dua musim sebelum itu, Alexander-Arnold disanjung sebagai bakat luar biasa dan jarang-jarang ada.

Kehebatan Alexander-Arnold pada ketika itu sehingga dicanang sebagai pemain bek kanan terbaik dunia. Tidak ramai yang membantah ketika itu tatkala Liverpool melalui tempoh paling gemilang mereka di dalam tempoh tiga dekad.

Berusia 21 tahun dan telah memenangi dua kejuaraan utama domestik dan eropah, kebanggan terhadap Alexander-Arnold turut dirai dengan mewujudkan mural setinggi tiga tingkat bangunan di bandar kelahirannya.

Trent Alexander-Arnold
. (Photo by Max Maiwald/DeFodi Images via Getty Images)

Sayang seribu kali sayang. Kejatuhan Alexander-Arnold pada musim ini ibarat jatuh dari bangunan tiga tingkat yang mengandungi mural wajahnya itu. Konsistensi telah mengganggu rentak cemerlang yang dilalui Alexander-Arnold pada musim ini. Tiada lagi aksi terpuji yang menjadi bualan mulut selang seminggu seperti pada dua musim lalu.

Musim lalu Alexander-Arnold menghasilkan 13 bantuan gol, berbanding hanya empat pada musim ini. Beliau turut merekodkan purata hantaran penting/key passes sebanyak 2.49 kali sepanjang 90 minit perlawanan, dan hanya melakukan 1.79 hantaran purata pada musim ini.

Stastistik mungkin tidak penting sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Alexander-Arnold masih lagi menghasilkan gerakan dan hantaran dengan visi permainan menarik. Tetapi tahap keyakinan pemain muda ini tidak boleh dinafikan telah jatuh dengan dramatik.

Kita harapkan beliau mampu kembali ke tahap terbaik. Bak kata mutiara dalam bola sepak: form is temporary and class is permanent – malangnya kedua-duanya ibarat menghilang dari pemain ini pada hari ini.

Sadio Mane

Sadio Mane hanya menjaringkan satu gol tahun ini. Kenyataan ini jelas indikasi tidak sihat buat seorang pemain bergelar penyerang.

Tatkala Mohamed Salah turut dihantui maslah hampir sama, tetapi masih mampu menghadirkan jaringan dan Diogo Jota cemerlang sebelum mengaalami kecedaraan, sumbangan Mane pula dilihat amat minima.

Mane masih lagi pemain yang tampil dengan corak permainan sama, terkenal dengan larian dan fizikalnya yang keras, tetapi kali ini gerakan pemain ini seperti begitu mudah dibaca lawan.

Sadio_Mane_AP_Photo-liverpool
FOTO: AP

Seperti Salah, Mane juga adalah pemain yang taksub dengan angka jaringan. Musim ini agak mengejutkan beliau gagal memanfaatkan peluang, jauh sekali untuk  menukar separa peluan kepada jaringan gol sepertimana yang kerap dilakukannya sebelum ini.

Musim ini semuanya serba mengecewakan. Kawala bola kurang kemas, percubaan membuta tuli, dan cubaan menggelecek yang berakhir dengan kekecewaan.

Pierre-Emerick Aubameyang

“Saya berpendapat Aubameyang menampilkan permainan yang malas dalam kebanyakkan perlawanan pada musim ini. Saya tidak peduli bagaimana dia menjaringkan gol – dia memenangi kasut emas pada musim lalu – tetapi kali ini jelas sekali Aubameyang adalah pemain yang tidak menyumbang langsung kepada pasukan sekiranya tidak menjaringkan gol, dan itu adalah masalah besar.”

Jamie Carragher mempunyai sebab untuk berkada demikian. Aubameyang kelas tidak seperti dirinya sendiri – dan ia juga berkaitan rapat dengan jumlah jaringan yang disumbangkan pada musim ini.

Pierre-Emerick Aubameyang Arsenal
FOTO: Catherine Ivill / Getty Images

Musim lalu Aubameyang menjaringkan 33 gol. Setakat ini, beliau menjaringkan 14 gol. Kecaman tersbut turut tidak dibantu dengan hakikat Aubameyang adalah kapten pasukan. Kontrak mewah yang diperolehinya pada penhujung musim lalu juga ibarat tidak setimpal dengan apa yang ditampilkan.

Jumlah jaringan yang dihasilkan oleh setakat ini bermakna Arsenal membayar £875,000 untuk setiap gol yang dihasilkan setakat ini.

Anthony Martial

Bukan sekali dua Anthony Martial membuat onar. Perkhabaran akan dijual oleh Manchester United juga acap kali kedengaran. Dan legenda Manchester United, Paul Scholes pernah mendakwa pemain itu telah menipu semua pihak.

Sebelum ini Scholes pernah memuji Martial dan menganggap pemain itu sudah berkembang menjadi No.9 sebenar. Martial melaluii musim terbaiknya bersama United dalam pada musim 2018/19. Pemain antarabangsa Perancis itu menamatkan kempen dengan 23 gol dalam 48 penampilan di semua pertandingan.

Oleh sebab itu Martial membuatkan Solskjaer percaya bahawa beliau layak memimpin barisan serangan United untuk jangka masa yang panjang.

“Martial hampir membuat kita berfikir bahawa dia adalah salah seorang daripadanya [penyerang tengah elit] pada akhir musim lalu kerana dia menjaringkan begitu banyak gol dan cukup bagus.” ujar Scholes.

Dakwaan bekas pemain tengah itu nyata benar. Martial gagal meneruskan rentak cemerlang sebelum ini. Musim ini Martial hanya menjaringkan 4 gol di Premier League, berbanding 17 yang dihasilkan pada musim sebelumnya.

Adama Traore

Pada permulaan musim ini ramai juga tertanya-tanya sekiranya Adama Traore mampu dikekang atau jika pemain ini berterusan memusnahkan pemain pertahanan lawan dengan kepantasannya.

Perlawanan demi perlawanan, minggu demi minggu ramai yang menunggu Traore menjelmakan magis yang sama sepertimana yang ditampilkan pada musim sebelumnya.

Statistik musim ini bagaimanapun menjawab pertanyaan dan penungguan yang sia-sia itu. Selepas enam gol dan 12 bantuan gol pada musim yang sepatutnya jadi permulaan dan pemangkin kepada perkara yang lebih hebat pada musim lalu, Traore setakat ini dianggap gagal mengulangi prestasi sama pada musim lalu.

Musim ini Traore hanya tampil dengan satu gol dan dua bantuan gol setakat ini. Kami percaya ramai yang merindui prestasi lama pemain sayap Wolves ini.

Penutup

Mampukah pemain-pemain ini menyelamatkan musim masing-masing. Berbaki lapan perlawanan musim ini, masih banyak yang boleh dibuktikan bersama pasukan masing-masing. Sadio Mane dan Trent Alexander-Arnold misalnya pasti enggan melihat Liverpool jatuh sehingga gagal ke Champions League pada musim hadapan.

Anthony Martial juga pasti mahu membuktikan kritikan terhadap beliau salah, tatkala Aubameyang perlu membuktikan dirinya dengan nilai gaji diterimanya. Pada usia 25 tahun, Traore pula perlu membuktikan dirinya boleh beraksi di tahap tertinggi secara konsisten pada tahun-tahun mendatang.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Premier League di sini:

Kenali Pemain Yang Menjulang Trofi EPL Bersama Dua Kelab Berbeza

7 Ramalan Yang Akan Berlaku Dalam Premier League Musim 2020/21

Kajian Dapati Liverpool Pasukan Termalang Premier League, Man United Paling Bertuah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN