5 Pemain B-15 Alami Masalah Kesihatan Kerana Jerebu

Jerebu yang melanda Malaysia telah berada di tahap yang membimbangkan. Banyak sekolah di seluruh negara telah ditutup kerana indeks bacaan udara yang tidak sihat ataupu IPU di atas 200.

Masalah jerebu ini bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, malah turut melanda Vientiane.

FAM dalam siaran media mereka sebentar tadi mengesahkan jerebu yang melanda Vientiane membuatkan 5 pemain B-15 Malaysia mengalami masalah kesihatan.

Ia sekaligus merencatkan persiapan skuad B-15 sebelum menentang Kemboja dalam aksi Kelyaakan Piala AFC B-16 untuk kumpulan J.

FAM menerusi laman rasmi mereka menyatakan:

“Persiapan skuad B-15 kebangsaan untuk Kelayakan Kejuaraan AFC B-16 2020 kumpulan J menentang Kemboja hari ini terjejas kerana sebahagian pemain terpaksa disisihkan akibat kurang sihat.”

“Dua pemain demam manakala tiga lagi pemain mengalami selesema. Pemain yang terkesan adalah dalam proses pemulihan yang baik. Mereka mungkin akan terlepas perlawanan menentang Kemboja hari ini namun dijangka dapat diturunkan dalam dua lagi baki perlawanan seterusnya.”

FAM kemudian mengambil langkah pantas dengan menghantar doktor untuk bersama-sama dengan skuad kebangsaan B-15.

“Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan segera menghantar doktor ke Vientiane untuk mengiringi pasukan dan memastikan jurulatih ketua, P. Maniam mempunyai skuad yang sihat untuk menghadapi kempen kelayakan.”

Diharap kesemua pemain dan pegawai Malaysia yang ada di sana terus berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang perlu dalam menghadapi musim jerebu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN