Set-pieces merupakan antara hal terpenting dalam dunia bola sepak hari ini, dan ia juga antara cara paling mudah untuk sesebuah pasukan itu menjaringkan gol.
Ia tidak memerlukan taktikal yang terlalu rumit dan hanya menumpukan kepada cara untuk memastikan bola berakhir dalam gawang gol sahaja.
Seandainya sesebuah pasukan itu dominan dari segi kualiti set-pieces, barisan pertahanan lawan perlu bekerja lebih keras untuk melindungi gawang gol mereka dari dibolosi.
Driven and industrious, a player who honed his ball-striking ability to see set-pieces and crosses bend majestically
7️⃣ David Beckham is inducted to the #PLHallOfFame pic.twitter.com/hFJykXSuzB
— Premier League (@premierleague) May 20, 2021
Kebanyakan pasukan yang ada dalam dunia bola sepak hari ini akan ada setidak-tidaknya seorang pakar dalam melakukan hantaran set-pieces.
Setiap pasukan memerlukan pemain yang mahir dengan pelbagai kapasiti seandainya berdepan dengan set-pieces.
Dalam perlawanan yang sengit, set-pieces jelas sekali boleh menjadi penentu yang akan menentukan keputusan perlawanan tersebut.
Set-pieces termasuklah lontaran ke dalam, sepakan penjuru, dan sepakan percuma.
Dalam saingan liga kompetetif dan memerlukan kudrat fizikal seperti Premier League, memiliki kemampuan dari segi set-pieces jelas sekali merupakan satu bonus besar.
James Ward-Prowse has been directly involved in seven Premier League goals from set-pieces this season, at least four more than any other player.
Bend it like Beckham 🤝 Whip it Like Ward-Prowse.
(@eToro) pic.twitter.com/fwJOTISwNG
— Squawka (@Squawka) January 4, 2021
Berikut merupakan lima pasukan dari saingan Premier League yang menjaringkan gol paling banyak dari set-pieces pada musim 2021/22 ini.
5. West Ham United – 7 gol set-piece
David Moyes berjaya mengubah West Ham United menjadi sebuah pasukan yang memiliki unit yang sangat stabil baik dari pertahanan, tengah mahupun serangan.
Antara perubahan paling ketara yang mampu beliau lakukan adalah beliau berjaya memperbaiki keberkesanan skuad The Hammers dari segi set-pieces.
⚒ Since David Moyes' first game back in charge at @WestHam in Jan 2020, the Hammers have scored more goals from set-pieces in the #PL (29, excl. penalties) than any other side#EVEWHU pic.twitter.com/QKbdV75yU8
— Premier League (@premierleague) October 17, 2021
Tujuh dari 37 gol mereka dalam saingan Premier League musim ini datangnya dari set-pieces, dengan Moyes bersama pembantu beliau, Kevin Nolan dan Paul Nevin sentiasa menerapkan strategi set-pieces untuk memperdaya pasukan lawan.
Mereka juga memiliki beberapa pemain yang mampu menghantar bola yang sungguh berkualiti ketika berdepan dengan situasi bola mati.
Aaron Cresswell, Jarrod Bowen dan Pablo Fornals merupakan barisan pemain yang memiliki kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan.
West Ham have now scored from 6 set-pieces in the Premier League this season. Only Liverpool [8] have scored from more.
So many strings to their bow. 🏹 pic.twitter.com/senYuBZFE1
— Statman Dave (@StatmanDave) December 1, 2021
The Hammers juga memiliki beberapa pemain yang mempunyai kekuatan fizikal yang menakjubkan untuk memenangi perebutan bola di udara.
4. Arsenal – 8 gol set-piece
Arsenal melantik jurulatih set-piece, Nicolas Jover pada musim panas lalu, dan tidak keterlaluan untuk menganggap ia merupakan keputusan yang bijak dan membuahkan hasil dari Gunners.
Jover bekerjasama dengan Mikel Arteta ketika kedua-dua mereka masih menjadi sebahagian dari tenaga kejurulatihan Manchester City di Etihad.
Arsenal have scored the same amount of set-pieces this season (6) as they did in the entirety of last year.
Huge improvement. 💪 pic.twitter.com/oSgJUrq3vk
— AFCnewsroom (@TheAFCnewsroom) November 18, 2021
Arsenal jelas sekali menunjukkan peningkatan yang mendadak dari segi kualiti set-pieces mereka sepanjang musim ini, ekoran dari kerja keras jurulatih mereka, Jover.
Bekas jurulatih set-piece Arsenal, Andreas Georgson berjaya membentuk barisan pertahanan mantap ketika berdepan situasi set-piece, namun di bahagian jentera serangan sedikit hambar.
Arsenal berada di kedudukan ke-17 dalam carta gol terbanyak Premier League dari set-pieces pada musim 2020/21, dengan mereka hanya menjaringkan enam gol sahaja musim lalu.
Andreas Georgson has left his role as a first-team coach at Arsenal to join Malmö. Manchester City coach Nicolas Jover will replace Georgson at Arsenal & will specialise in set-pieces. [@charles_watts] #afc pic.twitter.com/BrehTzdFdj
— afcstuff (@afcstuff) July 5, 2021
Jover berjaya mengubah dan membentuk skuad yang lebih hebat, dengan Arsenal pada ketika ini merupakan antara pasukan yang paling digeruni jika melibatkan situasi set-piece.
Mereka pada ketika ini sahaja sudah berjaya menjaringkan lapan gol dari set-pieces dengan musim 2021/22 masih panjang lagi.
3. Chelsea – 9 gol set-piece
Chelsea pada ketika ini mungkin sudah sedikit hilang rentak yang mereka tunjukkan pada awal musim lalu, namun mereka masih lagi sebuah pasukan yang mantap dari setiap posisi.
The Blues merupakan antara pasukan yang paling digeruni dari segi keberkesanan dan kualiti set-pieces mereka.
Anthony Barry, who joined Lampard’s backroom staff in the summer from Wigan Athletic, has been working tirelessly to change Chelsea’s fortunes at set-pieces.
And his influence in the Rennes match was evident for all to see. pic.twitter.com/FbnsWMBq6e— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) November 5, 2020
Anthony Barry yang dibawa masuk oleh Frank Lampard pada tahun 2020 yang lalu masih lagi melatih para pemain untuk memantapkan kualiti set-pieces mereka.
Jurulatih berusia 35 tahun itu sepertinya telah menjalankan tugas beliau dengan sangat sempurna di Stamford Bridge.
Chelsea pada ketika ini sudah berjaya menjaringkan sembilan gol dari set-pieces dan sepertinya angka tersebut akan semakin bertambah selepas Lukaku kembali beraksi di atas padang.
Pemain seperti Antonio Rudiger, Thiago Silva, Andreas Cheistensen dan Romelu Lukaku kesemuanya tidak dinafikan lagi sangat bagus ketika melibatkan perebutan bola di udara.
Chelsea have now scored TEN goals from set-pieces this season already…
Credit to the coaches and players 👏 pic.twitter.com/PQxx4ISVlm
— LDN (@LDNFootbalI) October 27, 2021
Setakat ini, satu dari lima gol yang berjaya mereka jaringkan dalam saingan Premier League, adalah hasil dari set-pieces.
2. Manchester City – 9 gol set-piece
Manchester City tidak dinafikan lagi sememangnya memiliki barisan pemain yang mempunyai kemahiran teknikal yang sungguh menakjubkan.
Bahkan kualiti yang dimiliki oleh barisan pemain mereka sebenarnya antara yang terhebat dan terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini.
Anak-anak buah Pep Guardiola itu sememangnya mahir dalam mengekalkan penguasaan bola dan turut memiliki kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan.
PEP 💬 It was the best performance we could play.
So intelligent because they are the best team in the Premier League on set-pieces with the chance they had on the first corner. #ManCity pic.twitter.com/vuWrmo7Ny5
— Manchester City (@ManCity) December 29, 2021
Mereka juga mempunyai beberapa pemain yang boleh menjadi igauan ngeri para pemain pasukan lawan melibatkan situasi set-piece.
Manchester City sebelum-sebelum ini bukanlah sebuah pasukan yang digeruni ketika melibatkan situasi set-piece, namun pada musim ini, Pep Guardiola berjaya memantapkan lagi kemampuan skuad kendaliannya itu.
Bermain tanpa penyerang utama, agak menarik sebenarnya untuk melihat bagaimana hebat dan cemerlangnya Man City dalam usaha mereka untuk memburu gol.
❌ Bayern Munich, Real Madrid and Manchester City are the only sides yet to concede a single goal from set-pieces in the Champions League this season #UCL pic.twitter.com/isqsKwnmY0
— WhoScored.com (@WhoScored) February 24, 2021
Pemain seperti Aymeric Laporte, Ruben Dias dan Rodri merupakan antara pemain yang paling digeruni ketika berada dalam situasi sepakan penjuru.
Sementara Riyad Mahrez, Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva pula memiliki kemampuan yang sungguh menakjubkan dalam mengambil sepakan percuma.
1. Liverpool – 10 gol set-piece
Liverpool jelas sekali antara pasukan paling dominan ketika terlibat dengan situasi set-piece, dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu benar-benar mengancam ketika berada dalam situasi tersebut.
Memiliki duo full-back terhebat dalam dunia bola sepak jelas sekali menjadi faktor utama mengapa The Reds begitu mengancam ketika dalam situasi set-piece.
Fresh place and stage with Liverpool looking like… Liverpool.
Counter-pressing, breaking with conviction, high chance creation, threat from set-pieces…
Fabinho in midfield – major! Great night for Nat Phillipshttps://t.co/yovxyXv10Y
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) March 10, 2021
Trent Alexander-Arnold dan Andy Robertson ditugaskan untuk mengambil sepakan penjuru, dengan kedua-dua mereka memiliki kemampuan dan kualiti hantaran yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Kedua-dua mereka bijak dalam melencongkan bola ke dalam kotak penalti tidak kira ketika mengambil sepakan percuma atau penjuru.
Mereka juga memiliki pemain yang memiliki kemampuan untuk memenangi perebutan bola di udara seperti Virgil Van Dijk, Fabinho, Joel Matip dan Roberto Firmino.
https://twitter.com/EricLaurie/status/1439482775288131584?t=_EUFFrJipRv53SZEUAOVcQ&s=19
Walaupun tidak mempunyai fizikal yang begitu tinggi, namun Diogo Jota juga sebenarnya hebat ketika berdepan dengan situasi set-piece.
10 dari 52 gol yang berjaya Liverpool jaringkan dalam saingan Premier League musim ini adalah hasil dari situasi set-piece.