5 Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia

Kami tertanya-tanya: apakah perasaan apabila menjadi pasukan yang paling teruk di dunia?

Ini kerana hampir setiap minggu, 5 pasukan terteruk di dunia ini tewas dengan jumlah jaringan besar. Kadangkala jumlah jaringannya tidak masuk akal.

Jika bagi kita tewas 5-0 itu sudah cukup perit, bagi mereka itu adalah satu kelegaan. Selalunya mereka tewas dengan jumlah jaringan besar sehingga boleh mencecah 27-0!

Berikut merupakan cerita 5 pasukan yang paling teruk di dunia.

1. Laurieston Lions (Scotland)

Mereka adalah pasukan amatur yang berasal dari Stirling, Scotland.

Mereka bermain dalam liga amatur iaitu Stirling and District Amateur League di kawasan kejiranan mereka.

JS96201072

Pasukan ini mencipta reputasi negatif apabila tewas 37-0 kepada musuh setempat, Pennies FC pada perlawanan pertama liga mereka.

Dalam perlawanan tersebut, Laurieston Lions’ sudah pun ketinggalan 20-0 pada separuh masa pertama. Malah pengadil perlawanan tersebut terpaksa menghabiskan perlawanan 10 minit lebih awal kerana ‘kasihan’ atas penderitaan pasukan itu.

Perlawanan kedua juga menampakkan sedikit peningkatan. Walaupun masih tewas, mereka hanya bolos 33 gol sahaja.

Sejak hari itu, mereka digelar pasukan paling teruk di Britain.

2. Pasukan kebangsaan Samoa Amerika

samoa

Pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 Zon Ocenia, pasukan Samoa Amerika tiba di New South Wales untuk menentang Australia.

Mereka berjaya bertahan untuk 7 minit pertama. Namun selepas itu mereka bolos 16 gol pada separuh masa pertama sahaja!

Kemudiannya mereka tewas dengan jaringan 31-0. Jumlah jaringan Australia sangat besar sehinggakan papan markah pun tersilap menayangkan jumlah gol dengan menayangkan 32-0!

32-0

3. Madron FC (England)

madron-fc

Madron FC pernah mencipta sejarah apabila menjadi pasukan paling teruk di Britain apabila tewas dengan jaringan 55-0!

Rekod yang tercipta pada 2010 itu hadir apabila Madron menentang skuad simpanan Illogan.

Madron bagaimanapun tewas kerana mereka hanya mempunyai 7 pemain sahaja yang boleh beraksi. Dan itu ternyata memberikan kelebihan kepada Illogan kerana mereka memulakan perlawanan dengan 11 lawan 7.

Bagaimana pun, penolong jurulatih Illogan iaitu Mark Waters tidak sedikit pun gembira dengan kemenangan besar tersebut.

Sebaliknya beliau kagum dengan semangat Madron yang sanggup datang bermain walaupun hanya mempunyai 7 pemain.

4. Longford AFC (England)

pay-football-legend-stuart-pearce

Longford diisytiharkan sebagai pasukan paling teruk di England untuk tahun 2016.

Mereka bermain di liga yang diberi nama Gloucestershire Northern Senior League Two dan mencatatkan rekod kekalahan 22 perlawanan berturut-turut.

Sepanjang rekod itu mereka telah tewas dengan jaringan yang besar seperti 14-0, 16-0 dan 17-0!

Disebabkan rekod yang teruk itu, mereka telah membayar Stuart Pearce (gambar bawah), bekas pemain antarabangsa England untuk keluar dari persaraan dan membantu Longford.

web-stuart-pearce-get

Namun usahanya untuk membantu Longford tidak berhasil apabila pasukannya tewas 1-0 kepada Wotton Rovers pada debutnya.

5. SO L’Emyrne (Madagascar)

goleadas

Dan rekod kekalahan paling memalukan jatuh kepada kelab SO L’Emyrne dari Madagascar!

Rekod yang tercipta pada 2002 ini adalah ketika perlawanan play-off THB Champions League – liga utama Madagascar.

SO L’Emryne tewas kepada musuh tradisi mereka iaitu AS Adema dengan jumlah 149-0!

Namun kekalahan ini adalah dirancang kerana mereka memprotes keputusan pengadil.

Hal ini terjadi kerana ketika perlawanan kedua terakhir liga antara SO L’Emyrne dengan DSA Antananarivo, pengadil telah memberikan penalti yang meragukan yang menjurus kepada keputusan 2-2 antara keputusan.

Keputusan seri itu menyingkirkan SO L’Emyrne dari perebutan kejuaraan liga dan AS Adema menjadi juara liga.

Pemain SO L’Emyrne bertindak menjaringkan 149 gol sendiri dengan pemain AS Adema hanya melihat sahaja.

Penonton yang hadir menjadi berang kerana disajikan dengan perlawanan sebegitu rupa, lantas mereka menggegar kaunter tiket mahukan wang mereka dikembalikan.

Ketika perlawanan itu juga, pengurus pasukan SO L’Emyrne telah bergaduh dengan pengadil perlawanan.

Hasilnya, Persatuan Bola Sepak Madagascar telah menggantung pengurus terbabit selama 3 tahun.

Dan 4 pemain pasukan SO L’Emryne iaitu Mamisoa Razafindrakoto, Manitranirina Andrianiania, Nicolas Rakotoarimanana dan Dominique Rakotonandrasana digantung untuk baki musim tersebut serta dilarang dari melawat mana-mana stadium sepanjang tempoh itu.

Pengadil tersebut pula tidak dikenakan sebarang pergantungan langsung.

Baca juga: Homeless World Cup: Piala Dunia Untuk Golongan Gelandangan, Indonesia Pasukan Terbaik Di Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN