5 ‘Assist’ Oleh ‘Fullback’ Antara 5 Perkara Daripada Kemenangan 5-0 Liverpool Benam Watford

Liverpool menang besar 5-0 di Anfield ke atas Watford. Gol-gol Liverpool dijaringkan oleh Sadio Mane (2), Divock Origi dan Virgil Van Dijk (2).

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada perlawanan ini.

1. Liverpool masih dalam kawalan

Liverpool masih mengawal nasib mereka sendiri dalam persaingan kejuaraan EPL setakat ini. Kemenangan 5-0 ini mengekalkan kelebihan 1 mata mereka berbanding dengan Man. City.

Dalam satu lagi perlawanan Manchester City menang 1-0 ke atas West Ham.

2. Trent Alexander Arnold berikan perbezaan

Sebelum ini Liverpool bergelut dengan distribusi daripada bahagian sayap. Namun dalam perlawanan ini Trent melakukan 3 bantuan gol daripada hantaran lintang. 2 daripadanya menerusi permainan terbuka dan 1 daripada situasi bola mati.

Arnold juga menjadi pemain termuda dalam sejarah EPL setakat ini untuk mencetak 3 bantuan gol dalam 1 perlawanan.

Robertson juga turut melakukan 2 bantuan gol untuk menjadikan 5 bantuan gol adalah menerusi bek sisi.

3. Mane sebagai 9 jadian

Ianya adalah matematik Klopp. Beliau mahu mengekalkan sistem dengan floating number 9, iaitu penyerang yang turun ke bawah seperti Firmino. Dengan penyerang dari Brazil itu cedera, Klopp bereksperimentasi dengan meletakkan Mane di no.9 (sebagai false 9). Klopp mengekalkan Salah di posisi terbaik beliau dan menolak Origi ke sayap kanan.

Mane menjalankan tugas beliau dengan baik – menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini – dan tak lupa satu gol dengan tumit yang sangat cantik.

Mane sudah menjaringkan 13 gol musim ini di EPL. Ianya pencapaian terbaik beliau secara individu dalam semusim.

Secara taktikal, Klopp mengekalkan mobiliti sistem serangan bertiga beliau.

4. Virgil Van Dijk

Seorang lagi pemain yang wajar diberikan kredit adalah Virgil Van Dijk. Beliau menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini dan cemerlang ketika bertahan.

Van Dijk menjadi ‘organizer’ yang cemerlang di bahagian pertahanan bersama-sama dengan Matip. Ini adalah statistik Van Dijk dalam perlawanan ini:

5. Watford tidak mampu berbuat apa-apa

Pada separuh masa pertama, Watford tidak melakukan sebarang percubaan ke arah gol. Mereka cuba bertahan dengan unit pemain ramai namun beberapa kali terleka membuatkan mereka dihukum.

Watford bergelut untuk mengeluarkan bola hantaran lintang meskipun ada pemain yang berbadan besar. Seterusnya, pada separuh masa kedua mereka ada 2 peluang 1 lawan 1 dengan Alisson namun gagal menewaskan penjaga gol Liverpool itu.

Kekalahan 5-0 adalah definisi sebenar kepada aksi Watford berhadapan dengan pasukan dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN