5 Lawan Yang Menyesal Kerana Mengejek Man Utd Sebelum Terkena Dengan ‘Comeback’

Siapakah di kalangan kita berani bertaruh bahawa Manchester United akan berada di kedudukan kedua di saingan Liga Perdana Inggeris pada hari ini?

Prestasi Manchester United yang tidak konsisten sejak beberapa musim lalu membuatkan tanggapan Manchester United telah hilang taring.

Beberapa perlawanan pada musim ini membuktikan mereka adalah ‘king of comback’, lantas membuatkan ramai lawan terpaksa menelan kembali kritikan dan sindiran yang dilemparkan.

Berikut adalah contoh lawan yang terlalu awal mahu meraikan kejayaan ke atas Manchester United namun akhirnya terciduk.

1. Tarian rutin Alan Pardew

Perlawanan akhir Piala FA akan sentiasa menjadi kenangan buat penyokong Man United dan juga Crystal Palace. Perlawanan akhir ini memerlukan aksi pada babak akhir perlawanan untuk menentukan pemenang tatkala kejuaraan hampir pasti milik Crystal Palace.

Jason Puncheon dimasukkan sebagai pemain gantian dan strategi itu dianggap berjaya apabila pemain tersebut menjaringkan gol untuk Palace mendahului.

Jaringan oleh Puncheon diikuti oleh tarian Alan Pardew yang meraikanya – dianggap kontroversi untuk perlawanan sebegini.

Akhirnya Pardew pasti menyesali tarian tersebut. Beberapa minit kemudian Juan Mata menyamakan kedudukan untuk Red Devils sebelum Jesse Lingard menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk United yang beraksi dengan 10 pemain muncul juara.

2. Dele Alli pun nak menari

Suka sangat menari di Piala FA, Dele Alli turut tidak ketinggalan melakukannya pada 2018 apabila Tottenham berhadapan dengan Manchester United dalam pertandingan ini.

Dalam perlawanan tersebut, kelab dari London otu terlebih dahulu mendahului melalui Ali, yang kemudiannya meraikan jaringan tersebut dengan tarian Fortnite.

Bukan sahaja Spurs tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut selepas United bangkit melalui jaringan Ander Herrera dan Alexis Sanchez. Tarian tersebut kemudiannya diambil oleh Jesse Lingard dan ditiru setiap kali menjaringkan gol untuk kembali menghantui Alli.

Mujur sekarang Lingard bukan lagi pemain utama pilihan Solksjaer. Bolehlah Alli bertenang sedikit.

3. Aksi Angel Di Maria minum bir

Champions League juga sentiasa memberikan memori kepada penyokong Manchester United. Setelah agak lama terpinggir dari pertandingan tersebut, United kembali beraksi di pertandingan elit eropah itu pada musim lalu.

Mengejutkan ramai kerana Manchester United yang tidak lagi dipandang sebagai gergasi eropah masih mampu mara ke suku akhir pertandingan selepas menyingkirkan PSG. Sebagai perbandingan, juara enam kali, Liverpool disingkirkan oleh Atletico Madrid di peringkat yang sama.

Kepulangan Angel Di Maria ke Old Trafford pada 2019 bagaimana pun tidak disambut baik penyokong Man Utd, selepas cara pemain itu mendesak perpindahan dari Old Trafford selepas semusim perpindahan dari Real Madrid.

Sepanjang perlawanan beliau dicemuh. Tetapi Di Maria berjaya menghasilkan assist dan meraikan gol PSG dengan botol bir yang dibaling penyokong United di hadapan penonton tuan rumah.

Namun selepas kebangkitan luar biasa United di Parc des Princess selepas itu, kami yakin Di Maria tidak akan berfikir untuk berbuat demikian.

4. Otot perut Cristiano Ronaldo

Semua pemain sama sahaja. Ada tahap sikap berlagak sukar dibendung. Ini termasuklah Cristiano Ronaldo. Sebelum ini Ronaldo tidak pernah meraikan gol setiap kali berhadapan Man United di kerana rasa hormatnya terhadap kelab itu.

Namun beliau tidak tahan untuk meraikannya apabila melakukannya di Turin ketika Juventus berhadapan Man United dengan menunjukkan otot perut lambang kegagahan dan keperkasaan seorang lelaki dan pemain.

Malangnya gol awal itu tidak bermakna apa-apa apabila Jose Mourinho dan pemain-pemainya berjaya bangkit dan merekodkan kemenangan. Keraian Jose Mourinho ketika wisel ditiupkan jelas menunjukkan kehangatan perlawanan tersebut.

Untuk menjadikan keadaan lebih teruk, pemain buangan United, Lingard juga meniru cara Ronaldo meraikan gol tersebut dengan menunjukkan otot perut miliknya sebagai banter. Kekadang Lingard dah macam hero sosial media pulak.

5. Tangisan baby Maupay

Ini adalah kejadian terbaru dalam siri mempersenda Man United. Neal Maupay selayaknya meraikan jaringannya kerana sepakan penalti nya yang bersamaan dengan keraiannya.

Namun ekspresi dirinya selepas tamat perlawanan begitu kontra sekali dengan keraian tersebut.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1309848109674004480

Dalam perlawanan tersebut Maupay kemudiannya dipersalahkan kerana bola terkena tangan yang menjurus kepada sepakan penalti minit akhir perlawanan yang memberikan kemenangan kepada United

Untuk merumuskannya, situasi keseluruhan nampak komikal.

Penutup

Dalam perlawanan kalah mati Europa League pada awal pagi tadi, Manchester United sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang AC Milan di Old Trafford. Ini bermakna Milan akan beraksi di San Siro selepas ini dengan kelebihan jaringan.

Apa-apa pun kami percaya Milan tidak akan senaif contoh-contoh di atas dengan meraikan keputusan ini seolah-olah sudah sah mara ke pusingan seterusnya.

Ini menjadikan perlawanan di San Siro selepas ini menjadi perlawanan yang akan dinanti-nantikan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United melalui pautan di bawah:

5 Perkara Daripada Penaklukan Etihad Oleh United Dalam Derbi Manchester

5 Sebab Kenapa Manchester United Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan EPL Musim Ini

Debut Shola Shoretire, Peningkatan Daniel James & Projek Pemain Muda Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN