Usahawan kosmetik dari Kelantan, Dato’ Seri Vida (DSV) dilaporkan begitu serius untuk mengambil alih sebuah pasukan Liga Malaysia iaitu Perak.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkira-kira untuk menceburkan diri dalam bola sepak tempatan buat kali yang kedua namun pengalaman lalu membuatkan dirinya perlu lebih berhati-hati.
Usahawan tersebut sebelum ini pernah melibatkan diri bersama pasukan Kelantan pada 2015 sehingga 2016. Semasa menjadi penaja kepada Kelantan FA, beliau diingati kerana mengecat Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu.
Selain itu, beliau turut mengubah warna utama jersi Kelantan kepada merah kepada merah jambu sambil boleh memutihkan kulit!
Apakah kejadian jika kali ini DSV tampil sebagai pemilik Perak FC? Berikut kami senaraikan kemungkinan-kemungkinan tersebut.
Gaji pemain langsai
Dato’ Seri Vida mungkin pernah melalui pengalaman kurang baik di dalam arena bola sepak negara ketika bersama pasukan Kelantan FA sebelum ini. Pada ketika itu Dato’ Vida melalui syarikatnya Vida Beauty memeterai perjanjian tajaan selama dua tahun iaitu 2016 dan 2017. Namun beliau tiba-tiba berkata sudah tawar hati dengan situasi semasa pasukan pada ketika itu di samping tiada pulangan positif yang diperolehi daripada tajaan bernilai RM16 juta itu.
Namun demikian situasi berbeza dengan Perak FC. Ini kerana Dato’ Vida bukan lagi akan tampil selaku penaja, sebaliknya sebagai sebahagian daripada pemilik, atau pemilik saham majoriti pasukan Liga Malaysia itu.
Perak FC kini membuka tawaran kepada mana-mana pihak untuk menjadi penaja, sekali gus membantu menyelesaikan gaji tertunggak pemain pasukan tersebut – Ahli Lembaga Pengarah, Khairul Shahril Mohamedhttps://t.co/AVPGbQMluj pic.twitter.com/9qdDWjWVC2
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) April 8, 2021
Jika pengambilalihan berjaya dilakukan DSV, maka sebagai pemilik antara perkara pertama dan terutama yang perlu dilakukan ialah untuk melangsaikan hutang, iaitu gaji pemain sedia ada. Pemain-pemain sedia ada juga turut boleh mendapat jaminan tiada lagi gaji tertunggak (mudah-mudahan) kerana kini sudah memiliki seorang pemilik tetap.
Situasi kewangan Perak FC dan Kelanta FA juga jauh berbeza. Ketika menyertai Kelantan FA dahulu, pasukan pantai timur itu sedang bergelut dengan hutang lapuk yang sudah berusia bertahun-tahun lamanya. Perak FC pula setakat ini (apa yang kelihatan) hanya mempunyai isu gaji pemain sejak beberapa bulan lalu. Dengan itu, ia lebih mudah untuk DSV merancang untuk masa depan sekiranya memiliki pasukan ini.
Jersi warna pink
Kita semua tahu DSV amat sinonim dengan warna merah jambu. Maka antara perubahan yang berlaku selewat-lewatnya musim hadapan ialah Perak FC bakal memiliki sepasang jersi warna merah jambu.
Umum mengetahui bola sepak Perak secara tradisi menyarung jersi berwarna kuning dan hitam atau putih, sepertimana warna bendera negeri sejak 100 tahun penubuhan. Tradisi tersebut boleh sahaja dikekalkan sebagai jersi utama pasukan ketika beraksi di tepat sendiri.
Perak FC sanggup tukar warna jersi ke merah jambu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 21, 2021
Bagaimanapun untuk jersi away atau jersi ketiga, warna merah jambu pasti antara kemungkinan yang akan menjadi kenyataan. Perkara dan kesanggupan Perak FC itu telah dinyatakan sendiri oleh Timbalan Presiden PAFA, Datuk Yadzan Mohammad seperti yang disiarkan dalam satu artikel oleh Stadium Astro baru-baru ini.
Bukan sekadar berwarna pink, jersi Perak FC pada masa hadapan juga berkemungkinan besar akan dihiasi pelbagai iklan produk Vida Beauty, antaranya produk kesihatan seperti Pamoga atau produk pemutih jenama Qu Puteh.
Stadium juga berwarna pink?
Adakah Stadium Ipoh juga akan berwarna pink jika pengambilalihan tersebut berlaku? Pada pendapat kami, ini sedikit sukar untuk berlaku. Ini disebabkan Stadium Ipoh berada di bawah selenggaraan Majlis Bandaraya Ipoh dan baharu sahaja dinaiktaraf beberapa tahun lalu dengan kos RM20 juta.
Namun atas nama tajaan, tidak salah rasanya sebahagian daripada tempat duduk diubahsuai untuk tujuan tersebut dibawah nama penjenamaan.
Datuk Seri Vida Bakal Jadi Pemilik Perak FC?https://t.co/R2lK4ivZ6F
— VOCKET FC (@vocketfc) May 19, 2021
Misalnya, DSV boleh mewujudkan ‘DSV Stand’ khusus untuk tempat duduk wanita dan mewarnakannya dengan warna merah jambu. Ini bagi keselesaan peminat-peminat bola sepak wanita terjamin. Ideanya sama seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) mewujudkan koc wanita.
Satu perkara yang pasti, setiap idea itu harus mempunyai tujuan ke arah kebaikan dan memberi pulangan kepada kedua-dua pihak.
Pemain jadi duta produk
Bukanlah perkara menghairankan jika ada di kalangan pemain Perak FC selepas ini bakal menjadi duta produk Vida Beauty. Menjadi duta sesebuah produk sememangnya sudah menjadi amalan biasa di dalam industri sukan termasuk bola sepak. Adakalanya ia datang dari pemilik, dan adakalanya ia datang dari penaja.
Dato’ Vida Sedang Kaji Pro & Kontra Beli Perak FC
Usahawan terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman (Dato’ Vida) dikhabarkan tidak menolak kemungkinan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.
Yob yob sekalian okey ke?
LINK: https://t.co/hDZocEF2KT#LigaSuper2021 pic.twitter.com/IwVPfPQdTO
— Sukanz. (@sukanzcom) May 19, 2021
Jika DSV bergelar pemilik, kam percaya kebanyakkan tajaan Perak FC akan datang dari syarikatnya Vida Beuty. Ini akan memberi peluang kepada pemain untuk menambah pendapatan jika dilantik menjadi duta dengan pulangan dalam bentuk bonus. Sebagai pemilik, DSV turut boleh memasukkan ke dalam kontrak pemain mengenai tanggungjawab mereka terhadap penaja di masa hadapan.
Lagu tema Perak FC
Jika diperhatikan penglibatan industri muzik dan industri bola sepak negara secara bersama bukan satu perkara yang asing. Altimet, Joe Flizzow, dan Carleed Khaza misalnya pernah bekerjsama dengan Ultras Malaya untuk lirik lagu Selamanya.
Di peringkat saingan Liga Malaysia, Waris pernah mencipta lagu untuk Negeri Sembilan FA, Monoloque untuk Selangor FA, dan Bunkface turut pernah menjalin kerjasama dengan Kuala Lumpur FA sebelum ini.
"TAK ADA GUNAKAN KABEL ATAU APA, SAYA BERDIKARI…" – CIK B – – Sebut sahaja nama Cik B, pasti ramai mengenali anak kepada jutawan kosmetik iaitu Datuk Seri Vida. https://t.co/L0f04w7z7n – #artismalaysia #myartis pic.twitter.com/e5QONExirB
— myartis (@myartisdotcom) April 9, 2021
Dan jika DSV mengambil alih Perak FC, tidak salah sekiranya anak gadis beliau, Cik B menghasilkan lagu untuk Perak FC. Meminati muzik rap, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mempunyai minat berbeza dengan ibunya. Menceburkan diri di dalam industri muzik tanah air, Cik B juga meminati bola sepak dan merupakan seorang penyokong kelab Real Madrid.
Dan jika DSV mahu mencari persamaan dengan anak gadisnya, maka bola sepak mungkin boleh menjadi medium terbaik kedua-duanya mencari persamaan tersebut.
Penutup
Perkara-perkara di atas adalah sebahagia daripada perkara yang boleh berlaku sekiranya DSV mengambil alih Perak FC. Kami yakin jika anda penyokong Perak FC, anda juga mempunyai beberapa idea lain yang bernas.
Kongsikan dengan kami. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.
Baca artikel-artikel menarik lain mengenai Perak FC melalui pautan:
Datuk Seri Vida Mahu Kembali Ke Liga Malaysia Dengan Jadi Pemilik Perak
‘Bukan Mudah, Kami Dah Macam Keluarga’ – Kenny Pallraj Sebak Tinggalkan Perak
‘Baik Bantu Rakyat Susah’ – Kerajaan Negeri Tak Nak Tanggung Tunggakan Gaji Perak FC