Tempoh 1998 sehingga 2005 merupakan tempoh terbaik dalam sejarah bola sepak Perak.
2002 dan 2003 merupakan klimaks kepada kemuncak generasi yang dipimpin oleh legenda bola sepak negeri ini, Ahmad Shahrul Azhar.
Dalam kisah kejuaraan liga itu, Khalid Jamlus merupakan penyerang utama pasukan. Kejuaraan pertama menyaksikan Khalid Jamlus merekodkan 17 jaringan, penjaring terbanyak Liga Perdana 1.
Kejuaraan ke-2 juga menyaksikan Khalid menjadi penjaring utama pasukan bersama-sama V.Saravanan.
Pendek kata, Khalid Jamlus menjaringkan banya gol sepanjang karier bola sepaknya. Tetapi gol manakah yang beliau anggap sebagai terbaik yang pernah dihasilkan.
Dua hari lalu adalah hari kelahiran ke-44 tahun Khalid Jamlus. Untuk itu, kami kongsikan lima gol tercantik yang pernah beliau hasilkan dan merupakan antara yang beliau paling kenangi sehingga ke hari ini.
5. Perak vs Selangor (Separuh akhir ke-2, Piala Malaysia 2000)
Perak menanti ketibaan Selangor di Ipoh untuk perlawanan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia 2000, dengan kedudukan ketinggalan 2-1 secara agregat.
Banyak diperkatakan oleh jurulatih Perak, Karl Heinz-Weigang pada ketika itu, temasuklah adanya konspirasi dari pengadil untuk menidakkan Perak mara ke perlawanan akhir.
Namun semua teori itu dilupakan sejak wisel permulaan ditiup, Perak menguasai perlawanan, namun Azmin Azram Abdul Aziz cemerlang di hadapan gawang Red Giants, sehinggalah Khalid menyamakan kedudukan secara agregat untuk Perak melalui tandukan.
Namun demikian Khalid berkata, gol kedua yang dijaringkan beliau dalam perlawnaan itu adalah antara kegemaran sepanjang kariernya.
Bermula dari hantaran lintang oleh gandingannya V. Saravanan di sebelah kanan, Khalid yang menanti di far post melakukan first timer untuk membocori gawang Selangor. Perak menang perlawanan tersebut 3-0 untuk mara ke perlawanan akhir.
4. Perak vs Negeri Sembilan (Final Piala Malaysia 2000)
Gol pilihan seterusnya oleh Khalid Jamlus juga adalah dari pertandingan dan pada musim yang sama. Perak mara ke perlawanan akhir bertemu Negeri Sembilan setelah menafikan Selangor.
Dalam perlawanan ini, Khalid membuka tirai jaringan untuk gol pertama Perak.
Berjaya mencuri bola dari luar kotak penalti, Khalid melarikan bola ke dalam kawasan kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang menerjah jaring.
Kemenangan Perak dilengkapkan oleh gandingan Khalid, iaitu V. Saravanan untuk Perak menang 2-0 dan tampil sebagai juara Piala Malaysia pada musim tersebut.
3. Malaysia vs Thailand (Piala Tiger, 2004)
Selain daripada gol bersama Perak, Khalid menyifatkan jaringannya bersama pasukan kebangsaan juga mempunyai nilai dan memori yang akan dikenang sepanjang hayatnya.
Salah satunya adalah ketika aksi peringkat kumpulan di pertandingan Piala Tiger 2004 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Thailand terlebih dahulu mendahului dalam perlawanan itu sehingga pada minit ke-63, Khalid bijak melepaskan diri dari kawalan dua pemain pertahanan lawan, sebelum meledak hantaran V. Saravanan dengan kaki kanan.
Jaringan tersebut sekaligus meredakan tekanan buat skuad negara pada ketika itu.
2. Malaysia vs Thailand (Piala Tiger, 2004)
Gol pilihan lain yang digemari oleh Khalid Jamlus sepanjang kariernya juga adalah ketika menentang Thailand dalam perlawanan yang sama.
Hanya selang dua minit selepas berjaya menyamakan kedudukan untuk skuad negara, Khalid tidak membuang masa meletakkan pasukan negara di hadapan.
Jaringan tersebut juga sekali lagi hasil hantaran lambung V. Saravanan, sebelum Khalid melonjak tinggi menewaskan kawalan pemain pertahanan Thailand untuk menanduk masuk gol kemenangan pasukan negara.
5. Alemannia Aachen vs kelab dari Dubai (Perlawanan persahabatan, 2002)
Seperti semua ketahui, Khalid turut pernah menarik minat beberapa kelab dari Jerman. Beliau sempat menjalani latihan dengan salah satu daripada kelab tersebut iaiti Alemmania Aachen.
Dalam satu perlawanan pra musim ke Dubai, Aachen merekodkan kemenangan 7-0 ke atas salah sebuah pasukan yang berpengkalan di situ.
Dalam perlawanan tersebut, Khalid menjaringkan hatrik, dan menghasilkan empat bantuan gol. Salah satu gol tersebut dihasilkan melalui tandukan dan merupakan jaringan yang paling Khalid sukai.
“Saya ingat lagi bagaimana saya melonjak tinggi sebelum menanduk deras gol tersebut. Pada ketika itu saya dicabar oleh seorang pemain import dari Brazil yang diarahkan untuk mengawal saya,” ujar beliau kepada Grandstand Kita ketika dihubungi.
Penutup
Hari ini bekas penyerang Perak, Selangor dan skuad kebangsaan ini sedang sibuk membangunkan perniagaan kedai makan Daging Salai.
Bagi yang ingin menikmati daging salai power atau bersemuka dengan Khalid Jamlus sendiri, anda boleh berkunjung ke Kedai Daging Salai KJ25 yang terletak di Lepak Court, Telok Panglima Garang.
Buat Khalid Jamlus, selamat hari jadi ke-44 dari kami wargakerja Semuanya BOLA.
Kredit gambar hadapan: Vocket FC
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Aidil Zafuan: Belum Ada Penyerang Memiliki Kualiti Seperti Khalid Jamlus
Eksklusif: V. Saravanan Anggap Skuad Perak 2018 Miliki Aura Skuad Legenda 1998
Penjaring Terbanyak Liga Perdana Satu Dari Tahun 1998 Hingga 2003