Antara satu ‘tugas’ sebagai pemain bola sepak ada menjadi seorang yang mempengaruhi peminat atau pun sesebuah komuniti.
Rambut merupakan adalah satu perkara yang tanpa kita sedar, menjadi tumpuan semua.
Satu masa dahulu, David Beckham merupakan pemain yang mencipta trend dalam pengayaan rambut sehingga menjadi ikutan dunia.
Oleh itu, jom kita saksikan 5 gaya rambut pemain bola sepak dunia yang menarik dan cara untuk menggayakannya!
Top Knot – Zlatan Ibrahimovic
Bagi gaya rambut bekas pemain Manchester United ini, anda perlu menyikat rambut ke belakang serta melakukan ikatan terhadap rambut anda.
Ikatan itu haruslah diikat dengan ketat dengan darjah setinggi 45 darjah.
Mohawk – Marek Hamsik
Gaya rambut yang sinonim dengan Hamsik ini memerlukan rambut di bahagian tengah dihalakan ke atas dengan gaya punk.
Namun begitu, ia perlulah dilakukan dengan menggunakan hair blower untuk dapatkan hasil yang menarik.
Di bahagian tepi pula, haruslah dipendekkan supaya hasilnya seperti gaya rambut yang dikenakan Hamsik.
Slick Back – Harry Kane
Gaya rambut yang digayakan oleh penyerang Tottenham Hotspur merupakan gaya yang kemas dan ringkas.
Ia memerlukan anda untuk menyikar rambut anda lurus ke belakang dengan potongan yang tidak terlalu panjang dan terlalu pendek.
Pompadour – Sergio Ramos
Untuk gaya rambut kapten Real Madrid ini, rambut di bahagian tengah perlu disikat ke atas dengan menyerong ke sebelah kanan.
Di bahagian tepi pula, rambut akan disikat lurus ke belakang.
Potongan bagi rambut di bahagian tengah adalah lebih panjang dari bahagian tepi. Manakala di bahagian belakang pula, potongan yang tidak terlalu panjang digunakan.
Undercut – Cristiano Ronaldo
Untuk rambut gaya undercut, ia memerlukan satu garisan tajam dihasilkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Selain itu, bahagian tengah rambut memerlukan penggayaan yang menggunakan tangan sahaja tanpa memerlukan sikat atau hair blower.
Ditambah pula dengan gulungan hadapan untuk mencantikkan lagi gaya rambut ini.