5 ‘Feature’ Lama PES Yang Kini Dirindui Oleh Para Peminat Mereka

Pro Evolution Soccer (PES) ini merupakan antara permainan video yang mempunyai peminat mereka sendiri.

Namun begitu, saban tahun ada sahaja perkara akan mereka lakukan dan diakhirnya mengecewakan peminat mereka.

Pada pandangan penulis, PES sering membuang feature yang menarik dalam siri PES yang sebelum ini.

Oleh itu, penulis bertanya kepada pembaca Semuanya BOLA. Apakah feature dalam siri PES terdahulu yang kini tiada dalam PES2017 yang sering menjadi kerinduan anda?

Dan ini 5 feature lama PES pilihan anda!

Emoji ketika membida pemain – PES 2015

Salah satu feature yang kecil tetapi berguna buat pemain Master League (ML) di PES2015 adalah simbol emoji ketika hendak membeli pemain.

Ketika membida kepada kelab atau sedang berunding dengan pemain mengenai kontrak yang bakal diberikan, akan ada emoji yang akan memberitahu anda sama ada pemain itu setuju atau tidak dengan tawaran anda.

Jika emoji itu berwarna hijau, maka pemain atau kelab itu gembira dengan tawaran anda dan jika emoji itu berwarna merah atau oren kebarangkalian untuk tawaran anda ditolak itu ada.

Jika emoji berwarna hijau, maka oemain atau kelab itu bersetuju dengan tawaran yang anda berikan. Lihat gambar ini untuk dapatkan gambaran lanjut.

Ejen di Become A Legend – PES2013

Dalam siri Become A Legend (BAL) terdahulu, pemain akan ditemani oleh seorang ejen yang akan membantu anda sepanjang karier sebagai pemain profesional.

Dalam siri PES2013, anda boleh menukar ejen anda berdasarkan jumlah wang yang anda peroleh menerusi karier bermain anda. Lebih bagus ejen anda, lebih mudah untuk anda berpindah ke kelab yang lebih ternama dan hebat.

Anda masih ingat nama ejen anda?

 

Pembelian ejen dalam siri Become A Legend.

Babak dalam Become A Legend & Master League – Semua Siri PES sebelum PES2014

Salah satu perkara yang buatkan pemain PES sentiasa ingin bermain permainan ini adalah kerana siri BAL dan juga ML adalah babak selingan atau cutscene dalam mod permainan ini.

Babak selingan ini menjadikan perjalanan BAL dan ML anda seperti dalam sebuah cerita.

Sebagai contoh, saat dimana anda diperkenalkan sebagai pemain baharu di hadapan para media dalam siri BAL atau anda memberikan kata-kata semangat menjelang perlawanan menentang musuh tradisi kepada pemain anda di ML.

Sesi pengenalan pemain di hadapan media dalam siri BAL PES2013.

Babak selingan ini cuba diwujukan semula bermula dari siri PES2015 hingga kini namun roh babak selingan yang ada sekarang tidak sehebat dalam siri PES terdahulu.

Satu perkara yang perlu diperbaiki oleh pihak Konami.

Stadium Creator – PES2011 hingga PES2013

Salah satu perkara yang amat digemari oleh peminat PES adalah Stadium Edit.

Ia membolehkan pemain untuk mereka sendiri stadium rekaan mengikut bentuk yang dimahukan.

Stadium Creator dalam siri terdahulu PES adalah siri yang dirindui oleh peminat PES.

Namun begitu bermula pada PES2014, feature ini mula dihadkan. Hal ini kerana sebelum PES2014, pemain boleh mereka bentuk stadium dari pelbagai aspek.

Namun bermula dari EPS2014 hingga kini, pemain hanya boleh mengubah warna kerusi stadium, corak rumput padang dan juga warn jaring sahaja.

Kami syak ia berpunca dari isu perlesenan yang menyebabkan feature ini dihapuskan.

Penguin & Burung Unta! – Siri PES Klasik

Balik kepada siri PES di era PlayStation 2, PES5 dan juga PES6 adalah antara yang paling menarik diantara semua.

Ciri-ciri gameplay yang mudah dan senang dimainkan lagi menyeronokkan ditambah pula dengan feature pelik seperti bermain bola bersama burung unta dan juga memakai sut penguin menjadikan permainan ini lagi menarik!

Ah memori indah dahulu.

Main bola dengan burung unta? Hanya di PES!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN