Paul Pogba Di Mekah Pada Awal Ramadan Untuk Ucap Terima Kasih

Bintang tengah Manchester United, Paul Pogba ke Mekah hanya selepas 3 hari pesta keraian kejuaraan UEL.

Dalam final tersebut, Paul Pogba menjadi penjaring gol pembukaan. Manchester United menang 2-0 di dalam perlawanan tersebut.

Kali ini beliau mahu meraikan awal Ramadan pula di tanah suci. Paul Pogba antara pemain bola sepak yang beragama Islam yang terkenal.

Beliau juga sentiasa mencari ruang untuk dirinya menunaikan ibadat. Terutama sekali pada cuti pra-musim.

Beliau juga merupakan pemain termahal dalam sejarah bola sepak dunia buat masa ini. Kali ini, Paul Pogba mahu merasakan suasana di tanah suci Mekah untuk meraikan awal Ramadan beliau.

Pogba selepas ini akan mempersiapkan diri bersama pasukan kebangsaan Perancis untuk berhadapan dengan Paraguay, Sweden dan England pada Jun ini.

Selepas itu, beliau juga ada program pra-musim dengan Manchester United. Kali ini Manchester United memilih Amerika Syarikat dan Norway sebagai destinasi jelajah pra-musim mereka.

Sebelum tiba di Mekah, Pogba memuatnaik satu video ringkas di Instagram. Beliau kelihatan menarik bagasi beliau dan memberitahu para pengikut beliau:

“Dalam perjalanan untuk mengucapkan terima kasih (syukur). Jumpa lagi Manchester! Dalam perjalanan untuk menyampaikan doa saya.”

Jelas sekali mesej spiritual yang kuat oleh Paul Pogba. Beliau tahu apa yang dikecapi beliau selama ini adalah kerana-Nya.

Pengikut beliau turut mengucapkan selamat jalan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada Paul Pogba.

Ketika di Mekah, Pogba kelihatan memakai ihram. Beberapa peminat bola sepak mengambil kesempatan bermesra dan mengambil gambar beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN