5 Faktor Utama Yang Menyumbang Kepada Kejayaan Chelsea Dalam Premier League

9 bulan lepas, Chelsea bukanlah dianggap sebagai pasukan pilhan untuk menjuarai Premier League. Menduduki tempat ke-10 pada musim 2015/16 adalah suatu yang di luar jangkaan.

Lantas, perlantikan Antonio Conte sebagai pengurus baru Chelsea adalah sesuatu yang dinantikan oleh peminat sebagai sinar baru kepada pasukan yang telah mengalami musim sukar bersama bekas pengurus tersohor mereka, Jose Mourinho.

Untuk rekod, Conte adalah pengurus Itali yang ke-5 mengemudi Chelsea selepas Gianluca Vialli, Claudio Ranieri, Carlo Ancelotti and Roberto Di Matteo.

Berdasarkan situasi semasa, pemilik kelab Roman Abramovich lantas meletakkan sasaran yang yang lebih realistik untuk Conte.

Misi utama yang harus dicapai dengan mengembalikan Chelsea ke kancah UEFA Champions League (UCL), kekal relevean untuk perebutan juara liga disamping berada didalam kelompok 4 terbaik.

Namun semuanya sudah berubah. Chelsea secara matematiknya telah bergelar juara baru musim ini dengan kelebihan 10 mata dihadapan Tottenham.

Jaringan tunggal Michy Batshuayi sudah cukup memberikan Conte trofi pertama untuk musim pertama beliau bersama Chelsea.

Kejayaan menjulang trofi liga tidak akan terhasil seandainya tidak melalui berberapa waktu yang kritikal. Di sini penulis ingin berkonsi antara peristiwa utama yang telah menjadi tunjang ke arah kejayaan Chelsea musim ini.

Pembelian N’Golo Kante dan ‘kepulangan’ David Luiz

Antara perkara awal yang dilakukan Conte ialah mendapatkan pemain tengah yang berkualti yang mampu mengemudi bahagian tengah dengan lebih tersusun.

Pembelian N’golo Kante adalah jawapan yang paling tepat bagi mengisi kekosongan itu dan beliau telah membuktikan sebagai watak utama membantu Leicester City menjulang kejuaraan sulung liga serta mengemudi Perancis ke perlawan akhir EURO 2016.

‘Kepulangan’ David Luiz ke Chelsea juga adalah suatu yang mengejutkan meskipun beliau sudah menempa kejuaraan liga berganda bersama PSG.

Akan tetapi, perpindahan Luiz pada kali ini sedikit mengharukan peminat dan beliau masih jelas sayangkan Chelsea yang telah menghadiakan trofi sulung UEFA Champions League pada 2012.

Tiada slot (UCL)

Ketiadaan slot di pentas Eropah memang terbukti memberikan kelebihan yang cukup besar kepada Chelsea.

Seperti mana yang berlaku kepada Leicester pada musim sebelumnya, Chelsea mempunyai pemain-pemain yang cukup cergas dan berisiko rendah untuk mengalami kecederaan bagi mengharungi jadual perlawanan yang kurang padat berbanding seteru terdekat seperti Tottenham, Manchester City, Arsenal dan Manchester United.

Arsenal 3-0 Chelsea

Ketika Chelsea berkunjung ke Emirates bertemu Arsenal, Chelsea telah bermula dengan formasi 4-4-2 dan dengan mudah melepaskan tiga gol sebelum rehat.

Conte telah melakukan perubahan drastik dengan beralih ke formasi 3-4-3, dengan tiga pertahanan tengah pada separuh kedua bagi mengekang kekalahan yang lebih besar.

 

Bermula dari itu jugalah tiada jaminan khas untuk ketua pasukan John Terry, Branislav Ivanovic dan John Obi Mikel untuk terus kekal dalam kesebelsan utama setalah melihatkan aksi yang tidak bertenaga dari mereka.

Bertitik tolak dari itu, Chelsea tanpa menoleh ke belakang telah mencatat 13 kemenagan liga yang berterusan termasuk beberapa keputusan besar menewaskan Manchester United 4-0, menewaskan Everton 3-0 dan menang 3-1 keatas Man City di tempat lawan.

Kemenangan tersebut juga didorong oleh keberkesanan taktikal Conte yang menggunakan dua separa bek (wing-back) iaitu Victor Moses dan Marcos Alonso.

Moses dan Alonso juga berjaya menyumbangkan sejumlah 9 gol untuk Chelsea setakat ini meskipun mereka adalah pemain yang bermain di posisi bukan kegemaran untuk menjaringkan gol.

Kebangkitan Hazard

Tidak dinafikan, Hazard adalah antara pemain terbaik yang pernah dimiliki Chelsea pada era ini.

Namun, terdapat beberapa siri salah faham dengan bekas pengendali Jose Mourinho telah merencatkan sedikit prestasi Hazard.

Pernah suatu ketika, beliau pernah dikhabarkan akan menyertai Real Madrid oleh jurulatih kebangsaan beliau sendiri, Marc Wilmots dan telah mengundang rasa tidak selesa Mourinho ketika itu.

Namun di era Conte, Hazard telah diberikan sedikit kelonggaran terutama dari aspek defensif dan telah didorong dengan sebaik-baiknya untuk mengemudi perlawanan di bahagian kiri serangan mengikut gaya permainan ‘fancy’ beliau.

Hasilnya, beliau Berjaya menjaringkan 7 gol antara Oktober hingga ‘Boxing Day’ 2016.

Aura Conte

Conte telah berjaya mengemudi sifat panas baran Diego Costa ke arah yang betul.

Hal ini telah terbukti dengan jumlah 20 gol yang terhasil pada musim ini berbanding 12 gol pada musim lepas.

Costa dilihat sering melakukan provokasi terutama kepada pertahanan dan sering membantah beberapa keputusan pengadil yang banyak menyumbang ke arah ketidak stabilan emosi beliau di atas padang.

Atas kesungguhan dan semangat yang cukup tinggi yang sering ditonjolkan Conte juga mampu ‘memujuk’ lagenda dan kapten John Terry untuk diletakkan dibangku simpanan bagi memperbaiki formasi mengikut acuan beliau dengan menggunakan pemain-pemain yang betul.

Keghairahan Conte pada setiap perlawanan secara langsung mengujakan jutaan peminat Chelsea yang mahukan perubahan secara drastik dilakukan dan juga telah mengubah sudut pandang Chelsea dari bersifat bertahan kepada pasukan yang lebih menghiburkan.

Sejarah telah tercipta untuk Conte dan Chelsea secara amnya.

Kini gelaran liga telah berjaya digenggam namun masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengharungi musim hadapan.

Apa yang perlu dilakukan Chelsea ialah mengekalkan sedia ada pemain-pemain sekarang dan melakukan pembelian pemain-pemain yang diutamakan untuk mengharungi jadual perlawanan yang lebih padat pada musim hadapan.

Kemenangan ke atas Arsenal pada final FA Cup akhir bulan ini akan memberikan lagi satu tonik istimewa buat Conte dan seluruh pemain Chelsea bagi mengukuhkan kuasa antata kelab terhebat di England dan Eropah.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan Syed Munir yang merupakan peminat Chelsea sejak 1997. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN