Kejayaan bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang ke atas Perak semalam telah membolehkan JDT menjuarai Liga Super 2018 dan ia adalah kejuaraan ke-5 berturut-turut dicapai oleh skuad Harimau Selatan ini.
1. Rekod
15 perlawanan tanpa kalah. Itu adalah rentetan tanpa kalah yang tertinggi mereka catatkan setakat ini. Kali terakhir mereka tewas adalah di tangan Kuala Lumpur pada Februari lalu.
Untuk rekod rentetan kemenangan, merekea berjaya mencatatkan winning streaks tertinggi sebanyak 6. Pertama kali mereka mencatatkan 6 kemenangan berturut-turut musim ini adalah dari 24 Februari 2018 – 5 Mei 2018.
Kini mereka juga dalam rekod yang sama, mencatatkan 6 kemenangan sejak 2 Jun 2018 sehingga 10 Julai 2018.
Setakat ini mereka tida ada losing streaks dan juga draw streaks.
2. Dominasi 5 musim
JDT menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Malaysia menjuarai Liga Super sebanyak 5 tahun berturut-turut.
Dominasi yang mereka mulakan sejak 2014. Kutipan mata tertinggi mereka dalam tempoh tersebut adalah 59 mata pada 2016.
JDT berjaya mengutip 47 mata selepas 18 perlawanan. Mereka juga menjadi pasukan dengan gol terbanyak dan bolos paling sedikit selepas perlawanan ke-18.
37 dan 7 bolos mereka catatkan pada ketika ini.
3. Larkin adalah Fortress
Larkin sekali lagi menjadi kubu kebal dan fortress pasukan JDT. Ini antara sebab penting kejuaraan awal JDT.
Mereka menang 9/9 perlawanan di Larkin setakat ini. Dan mereka masih tidak bolos dalam 8 perlawanan terakhir mereka di sana dalam saingan Liga Super 2018.
Sebagai rekod, JDT masih belum kalah dalam saingan Liga Super di Larkin sejak 2012. Kali terakhir mereka tewas di Larkin dalam saingan liga utama adalah pada 7 April 2012 di tangan Lions XII.
Rekod yang boleh dianggap luar biasa.
4. Asian Champions League
Dengan sah bergelar juara Liga Super 2018, JDT menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang akan beraksi dalam kancah ACL.
Ini selepas Liga Malaysia diberikan 1 tempat automatik dan 1 tempat di pusingan kelayakan ke-2 di ACL untuk musim 2019 .
5. Pengurusan pasukan
Dalam usaha untuk menjuarai Liga Super, JDT telah menggunakan khidmat 2 jurulatih. Raul Longhi menggantikan Morais yang terpaksa mengundur diri kerana masalah keluarga.
Dalam tempoh itu juga JDT melakukan beberapa pertukaran pemain import dalam pasukan utama atas pelbagai alasan.
Tahniah kepada JDT di atas kejayaan menjuarai Liga Super ke-5 berturut-turut.