13 Pemain Bola Sepak Terperangkap di Dalam Gua Mungkin Tidak ke Rusia

Menurut laporan, FIFA telah memaklumkan keseluruhan anggota pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua mungkin tidak dapat terbang ke Rusia.

Semalam, baki kesemua mangsa telah berjaya dibawa keluar dari gua di utara Thailand itu.

Demi kesihatan

Faktor mereka tidak dapat ke Rusia disebabkan masih dirawat dan dipantau oleh hospital di Thailand. Dijangka mereka akan dirawat sekurang-kurangnya seminggu di sana.

FIFA memaklumkan kesihatan mereka adalah lebih utama. FIFA turut dikatakan akan mengkaji apakah program sesuai bagi meraikan anak-anak muda dan jurulatihnya.

Dalam perkembangan lain, beberapa pemain bola sepak popular antarabangsa mengucapkan syabas kepada para pemain yang berjaya dikeluarkan oleh para penyelamat.

Antara pemain turut mengambil bahagian iaitu Paul Pogba dan Toni Kroos. Mereka memuatkan ucapan tahniah tersebut di akaun Twitter milik mereka.

Dek jersi England

Pemain pertahanan England, Kyle Walker melahirkan hasrat untuk menghadiah jersi kepada para pemain. Hasrat Kyle muncul apabila ternampak salah seorang pemain yang memakai jersi England.

Lantas Kyle memuatnaik pertanyaan itu di Twitter kendaliannya.

Kementerian Luar dan Komanwel Britain telah membalas pertanyaan itu dengan memaklumkan mereka telah menghubungi Duta Britain di Thailand untuk mendapatkan butiran mangsa.

Jack Butland turut bercadang untuk menghadiahkan beberapa pasang sarung tangan kepada para pemain.

Bergembira

Beberapa buah kelab di sekitar Eropah seperti Manchester United dan Barcelona dijangka menjemput mereka bertandang ke sana.

Wild Boar telah dijemput oleh Barcelona untuk menyertai satu pertandingan peringkat belia di sana. Malah, mereka akan melawat Nou Camp untuk menonton perlawanan di sana.

Syabas diucapkan kepada komuniti bola sepak yang bersatu, prihatin dan pemurah. Malah, sekalung tahniah kepada agensi kerajaan dan para penyelamat yang bertungkus-lumus menyelesaikan misi yang dilihat mustahil ini.

Walau apa pun, bola sepak tetap menghubungkan semua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN