5 Cara Tingkatkan Stamina Kita Ketika Bermain Bola Sepak

Antara salah satu perkara penting dalam bola sepak selain dari aspek teknikal seperti asas bola sepak dan skil dalam bola sepak adalah stamina dan ketahanan.

Stamina yang tinggi dapat memastikan anda berada dalam permainan untuk tempoh yang lama, dan semestinya dapat membolehkan diri anda untuk sentiasa kekal bertenaga ketika dalam perlawanan.

Oleh itu, kami bawakan beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan stamina dan ketahanan ketika bermain bola sepak.

Latihan kardiovaskular

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Umbro Conditioning pada 1997, pemain bola sepak secara purata menghabiskan masa selama 40 hingga 59 minit untuk berlari dan berjoging ketika perlawanan.

Bagi memastikan pemain terus dapat bertahan ketika perlawanan, latihan kardiovaskular perlulah dilakukan untuk meningkatkan stamina anda.

Perkara ini boleh dilakukan dengan berjoging sama ada di taman ataupun di atas treadmill ketika di ginamsium.

Anda boleh luangkan 30 hingga 50 minit masa anda untuk latihan kardiovaskular. Namun jika anda rasa latihan itu terlalu sukar untuk dibuat sekali gus, anda boleh asingkan latihan kardiovaskular itu menjadi 2 latihan yang berasing.

Selain berlari di atas treadmill, berbasikal serta berenang juga dapat meningkatkan stamina anda.

Latihan pecutan

Menurut kajian, pemain bola sepak lazimnya menggunakan 10 hingga 15 peratus masa bermain mereka dengan memecut.

Oleh itu selain dari latihan kardiovaskular, selitkan juga latihan pecutan untuk meningkatkan stamina anda ketika beraksi.

Untuk latihan pecut, anda boleh buat beberapa siri latihan dengan berlari 15 atau 20 meter dengan memecut dan kemudiannya diakhiri dengan berjoging sebagai proses recovery.

Salah satu contoh latihan pecut adalah latihan catch-up yang perlu dibuat secara berpasangan, caranya adalah:

  • Sediakan jarak larian sejauh 10 hingga 20 meter dalam bentuk litar.
  • Pemain A & B perlu berjoging bersama-sama mengelilingi litar tersebut.
  • Pemain A perlu berada di hadapan pemain B ketika sesi ini.
  • Selepas habis mengelilingi litar untuk kali pertama, pemain A perlu memecut dan pemain B terus berjoging.
  • Pemain A perlu memecut sehingga dapat mengejar semula pemain B yang sedang berjoging.
  • Kemudian, pemain B pula perlu memecut dan pemain A pula berjoging.
  • Ulang latihan ini sebanyak 10 kali.

Pergi ke ginamsium

Selain itu juga, anda boleh ke ginamsium untuk dengan melakukan latihan sirkit atau circuit training.

Ia bukan sahaja dapat meningkatkan stamina anda, selain itu juga dalam menguatkan otot badan anda – barulah sado badan tu!

Untuk latihan ini, anda boleh lakukan beberapa latihan seperti tekan tubi, sit-up dan latihan squat jump juga boleh dilakukan.

Diet seimbang

Diet yang seimbang juga perlu diamalkan untuk mendapatkan stamina yang banyak.

Hal ini kerana stamina dan juga tahap kecergasan fizikal anda saling berkait dan akan menerima impak dari setiap cecair yang masuk ke dalam badan anda.

Satu contoh yang baik untuk seorang pemain bola sepak adalah memakan makanan yang rendah lemah serta tinggi dengan karbohidrat.

Roti terkenal sebagai makanan yang tinggi nilai karbohidratnya.

Selain itu, anda juga perlu mengelak dari mengambil minuman bersoda dan makan makanan ringan. Hal ini kerana ia akan memberi impak kepada kesukaran anda untuk membina stamina.

Oleh itu, pastikan diri anda sentiasa terhidrat dengan air atau minuman isotonik setiap kali beraksi!

Regangan

Latihan regangan merupakan satu latihan penting untuk dilakukan sebelum dan selepas anda melakukan latihan stamina.

Latihan regangan yang teratur dapat membantu anda untuk memperoleh tubuh badan yang sihat.

Namun begitu, anda harus berhati-hati ketika melakukan latihan regangan ini. Jika regangan yang dilakukan secara terlebih, ia mungkin akan menghasilkan kecederaan kepada anda.

Kesimpulan

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan stamina serta ketahanan anda ketika bermain bola sepak.

Jika anda mempunyai cara-cara lain, kongsikan di ruangan komen!

Dan jangan lupa, pastikan anda panaskan badan dahulu sebelum melakukan semua latihan ini ya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN