Perdana Menteri Tampil Untuk Cuba Membantu The Red Warriors!

Dalam status yang baru dimuat naik beliau di facebook, Datuk Seri Najib Razak menyatakan keprihatinan beliau ke atas situasi yang melanda bola sepak Kelantan.

Beliau juga mahu bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa terus mengembleng tenaga membantu KAFA dalam menyelesaikan kemelut bola sepak di Kelantan.

PM menerima maklumat bahawa, perletakan jawatan oleh Tan Sri Annuar Musa sebelum ini sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada masalah ini.

Sebelum ini, KAFA menerusi naib Presiden mereka telah mengumumkan penarikan diri daripada Liga M pada musim hadapan. Ini kerana KAFA hanya memiliki RM700,000 dalam akaun mereka.

Ia sangat jauh daripada angka RM15,000,000.00 yang mereka perlukan untuk menampung perbelanjaan pasukan pada musim hadapan.

Ia mendapat reaksi bercampur baur daripada pelbagai pihak. Penyokong The Red Warriors agak sedih dengan berita ini kerana bola sepak adalah sukan no.1 di negeri Kelantan.

Beberapa hari lalu, sebuah pertubuhan gabungan daripada bekas-bekas pemain Kelantan telah menubuhkan tabung khas ‘1 Orang Kelantan RM10.’

Mereka dari Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan. Mereka berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan wang bagi menampung jumlah sekitar RM14.2 juta lagi yang diperlukan oleh KAFA.

Berbalik kepada status oleh PM Malaysia dalam laman facebook beliau, Datuk Seri Najib akan cuba berbincang dengan pihak tertentu untuk memastikan bola sepak di Negeri Kelantan terus dinikmati oleh rakyat Kelantan musim hadapan.

Jadi, untuk penyokong Kelantan, ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat mereka.

Baca juga : 3 Kisah Penyokong Menyelamatkan Kelab Mereka!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN