5 Bintang Besar Yang Mungkin Tidak Akan Beraksi Di Qatar 2022

Aksi kelayakan Piala Dunia Qatar kini sudah memasuki fasa akhir dengan pelbagai kejutan yang dapat disaksikan oleh para peminat.

Hanya 32 pasukan sahaja yang akan mendapat tempat beraksi dipentas terbesar dalam dunia bola sepak itu yang akan dilangsungkan pada tahun hadapan.

Walaupun Piala Dunia dianggap sebagai medan terbesar dalam dunia bola sepak, namun tidak akan mengejutkan andai ada pemain-pemain terhebat dunia yang tidak beraksi di kejohanan tersebut.

Piala Dunia akan menampilkan 13 pasukan dari benua Eropah, lima dari Afrika, lima dari asia (4 + pasukan tuan rumah Qatar), empat dari Amerika Selatan dan tiga dari Amerika Utara.

Dua tempat lagi akan diisi oleh pasukan yang layak selepas melalui aksi pusingan play-off selepas ini.

Mengikut kedudukan pada ketika ini, ada beberapa bintang terhebat dunia yang sepertinya tidak akan dapat beraksi di pentas Piala Dunia akan datang.

Oleh yang demikian, berikut merupakan lima pemain terhebat dunia yang berpotensi untuk terlepas aksi Piala Dunia Qatar nanti.

5. Erling Haaland (Norway)

Norway pada ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam aksi kumpulan G, dengan mereka tinggal satu perlawanan sahaja lagi untuk dilalui.

Mereka pada ketika ini terikat sama mata dengan Turki yang berada di kedudukan kedua, dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan sahaja.

Walau bagaimanapun, Norway sepertinya perlu bekerja lebih keras lagi untuk mara dengan mereka perlu mencatatkan kemenangan bertemu Netherlands.

Lebih teruk lagi, Norway selepas ini bakal beraksi tanpa kehadiran bintang utama mereka, Erling Haaland yang terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Bintang Borussia Dortmund itu mengalami kecederaan yang agak teruk dengan beliau berpotensi untuk tidak akan bermain sepanjang musim ini.

Sementara Turki pula, mereka memiliki laluan yang lebih mudah untuk mendapat tempat beraksi di pusingan play-off, dengan mereka selepas ini akan turun bertemu Montenegro.

Norway sememangnya bukan pilihan untuk layak secara automatik kerana Belanda lebih dianggap pilihan utama, namun mereka sebenarnya dijangka akan dapat tempat dalam aksi pusingan kelayakan.

Aksi dalam saingan peringkat kumpulan G sememangnya sangat menarik untuk disaksikan, dengan andai Norway mencatatkan kemenangan, dan Turki juga mencatat kemenangan, maka Netherlands akan terus tersingkir.

Ia kerana Netherlands hanya mendahului kedua-dua pasukan itu dengan kelebihan satu mata sahaja pada ketika ini.

Namun seandainya semuanya berjalan seperti yang dijangka, maka Norway akan terus tersingkir dan menyebabkan Haaland terlepas peluang untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

Ia merupakan satu hal yang agak menyedihkan untuk Haaland kerana beliau merupakan antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Agak merugikan andai beliau gagal untuk beraksi di pentas terbesar dalam dunia bola sepak ini, dan membuktikan kemampuan sebenar beliau di pentas lebih tinggi.

Pada musim 2021/22, beliau telah berjaya menjaringkan 13 gol dan turut mencatatkan empat assists dari 10 penampilan bersama Borussia Dortmund.

4. Luis Suarez (Uruguay)

Ia sebenarnya satu hal yang sangat merugikan andai Luis Suarez gagal untuk membuat penampilan di kejohanan Piala Dunia 2022 nanti.

Saingan Piala Dunia Qatar berkemungkinan akan menjadi edisi terakhir untuk penyerang legenda berusia 34 tahun itu.

Namun mengikut kepada kedudukan sekarang, Uruguay sepertinya sudah sah tersingkir, dan tidak akan mampu untuk beraksi di pusingan play-off.

Mereka mencatatkan kekalahan dalam kesemua baki tiga perlawanan terakhir dan kini berada di kedudukan keenam dalam kedudukan peringkat kumpulan.

Mereka perlu mengatasi Ecuador dan Chile yang kini berada di kedudukan keempat dan kelima untuk mara ke pusingan play-off.

Uruguay masih berkesempatan untuk layak memandangkan mereka sudah selesai beraksi bertemu pasukan gergasi seperti Brazil dan Argentina.

Sementara Chile dan Colombia pula, kedua-dua pasukan ini bakal berdepan laluan yang lebih sukar selepas ini untuk mengesahkan tempat mereka beraksi di pusingan play-off.

Seandainya kedudukan sekarang kekal, maka Suarez bersama rakan senegaranya, Edinson Cavani tidak akan membuat kemunculan di acara Piala Dunia 2022 nanti, dan ia merupakan edisi terakhir untuk kedua-dua mereka.

3. Bruno Fernandes (Portugal)

Bruno Fernandes merupakan salah seorang playmaker terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dengan beliau mempunyai penyudah dan kualiti hantaran yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau berjaya mencipta banyak assists dan turut kerap menjaringkan gol ketika beraksi bersama Manchester United, memandangkan Fernandes mempunyai kualiti penyudah yang sungguh hebat.

Fernandes merupakan antara individu terpenting untuk skuad Manchester United sepanjang musim lalu, dan beliau juga masih lagi nadi penting dalam sistem kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada musim ini.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya gagal untuk kekalkan tahap persembahan sama di peringkat antarabangsa, dan gagal untuk membantu Portugal mencatatkan keputusan yang lebih baik.

Selepas berdepan kekalahan bertemu Serbia dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Portugal kini perlu beraksi di pusingan play-off untuk layak ke saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Dari hampir 10 pasukan yang akan bersaing di pusingan play-off, hanya tiga sahaja dari mereka yang akan berkesempatan untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

Skuad kendalian Fernando Santos sepertinya telah mempamerkan aksi persembahan yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, dan menyebabkan mereka gagal mencatatkan keputusan terbaik.

Bruno Fernandes bakal menjadi antara pemain bintang besar yang akan terlepas peluang untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

2. Robert Lewandowski (Poland)

Robert Lewandowski merupakan pemain penyerang paling prolifik dalam dunia bola sepak hari ini, dengan rekod jaringan beliau di peringkat kelab dan negara sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain kebangsaan Poland itu berjaya mendominasi sepenuhnya saingan Bundesliga sejak beberapa musim kebelakangan ini, dan turut menjalankan tugasnya dengan sangat cemerlang bersama skuad kebangsaannya.

https://twitter.com/iamfootball77/status/1459840917389537287?t=Pxr53s5cazLqjuAx4WUDug&s=19

Poland sepertinya bakal beraksi di pusingan play-off selepas ini dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan kedua dalam saingan peringkat kumpulan.

Mereka hanya tiga mata sahaja dipisahkan dari England yang sedang mendahului kumpulan I pada ketika ini, dengan kedua-dua pasukan bakal beraksi dalam perlawanan terakhir mereka selepas ini.

England sepertinya tiada masalah untuk setidak-tidaknya mencatatkan keputusan seri bertemu San Marino, dengan The Three Liones juga memiliki rekod jaringan lebih baik berbanding Poland.

Poland pula selepas ini akan turun beraksi bertemu Hungary, yang mana mereka sudah sah tersingkir dari pusingan kelayakan kali ini.

Mengikut kedudukan semasa, Lewandowski bersama rakan sepasukannya perlu beraksi di pusingan kelayakan terlebih dahulu, untuk melayakkan diri beraksi di pentas Piala Dunia nanti.

Lewandowski merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini, dengan beliau turut mempamerkan aksi sungguh menakjubkan bersama Bayern Munich sepanjang musim ini.

Beliau telah berjaya menjaringkan 23 gol dan mencatatkan dua assists dari 17 penampilan dari semua pertandingan bersama Bayern Munich musim ini.

1. Cristiano Ronaldo (Portugal)

Ia tentunya sukar untuk diterima oleh kebanyakkan peminat dunia bola sepak, apabila tidak melihat kelibat Cristiano Ronaldo beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dan Piala Dunia 2022 berkemungkinan edisi terakhir untuk beliau memandangkan usianya sudah mencecah 36 tahun.

Ronaldo bahkan turut menangis ketika tamat aksi kekalahan 2-1 Portugal di tangan Serbia awal pagi tadi, seterusnya menyebabkan mereka terpaksa beraksi di pusingan play-off.

Aleksandr Mitrovic menjaringkan gol pada minit ke-90 permainan, untuk mengesahkan kemenangan milik Serbia, seterusnya membawa mereka layak secara automatik ke Qatar tahun hadapan.

Portugal masih berpeluang untuk layak, namun mereka perlu mempamerkan aksi persembahan lebih baik di pusingan play-off nanti.

Portugal memiliki kualiti pemain yang sangat hebat, namun mereka sering berdepan dengan kesukaran seandainya bertemu pasukan hebat dan aggressive.

Jika Cristiano Ronaldo terlepas aksi Piala Dunia Qatar, ia mungkin akan memberi tamparan hebat kepada beliau dan untuk pertandingan sendiri kerana hilang daya tarikan utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN