Biarpun Ada Setambun McD, Coqkodok Pisang dan Coqbilih Kucai Tetap Jadi Pilihan Sanusi

Petang semalam scene bola sepak tempatan riuh sebentar selepas pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menghadiahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sejambak bunga ros, belon, dan hidangan makanan segera McDonald’s.

Selepas dimaklumkan hadiah-hadiah tersebut adalah kiriman daripada TMJ, jelas kedengaran Dato’ Seri Sanusi berkata: “Terima kasih, terima kasih TMJ. Kita jumpa lagi Khamis ini.”

Semua itu adalah susulan perang banter di antara dua individu atau ‘orang kuat’ dua pasukan paling dominan menghiasai scene bola sepak tanah air sejak beberapa musim lalu – yang bermula berikutan hal tunggakan dan pembayaran gaji pemain Kedah Darul Aman FC.

Tetap selera tempatan

Ketika ramai mungkin bertanggapan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga merupakan Menteri Besar Kedah itu akan terbungkang kekenyangan menikmati McDonalds secara percuma, sebaliknya yang berlaku.

Ini kerana makanan segera berasal dari barat itu nyata tidak kena dengan selera Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang gemarkan makanan tempatan.

Coqkodok pisang (cekodok pisang) dan coqbilih kucai (cekodok bilis + daun kucai) nyata pilihan minuman petang yang lebih mengasyikkan buat Sanusi berbanding makanan segera tersebut.

Satu hantaran di Facebook milik Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada awal pagi tadi menjelaskan perkara tersebut.

“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan, kata Sanusi.

“Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar…”

Ramai terhibur

Ramai berpendapat perang banter di antara kedua-dua individu ini adalah disengajakan, terutama daripada pihak TMJ untuk menghidupkan ‘scene’ bola sepak negara.

Mungkin kita seronok melihat banter sebegini. Tampak kasar, tetapi masih lagi ada batas gurauan dan saling menghormati antara kedua-duanya.

Dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia membabitkan kedua-dua pasukan pada hujung minggu lalu, kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan di Stadium Darul Aman.

Kedua-dua pasukan akan beradu tenaga sekali lagi di Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan timbal balik untuk menentukan pasukan manakah yang lebih berhak layak ke separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN