Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017

Sebentar tadi telah diadakan proses undian TM Piala Malaysia 2017 membabitkan 16 pasukan  dari Liga Super dan 100 Plus Liga Perdana 2017

Bagaimana Undian Dilakukan

Pasukan-pasukan yang bertanding disusun terlebih dahulu mengikut turutan setelah tamat semua perlawanan ke 11 Liga Super dan 100 PLUS Liga Perdana 2017.

Pasukan-pasukan yang layak akan diundi ke dalam empat kumpulan berasingan mengikut turutan.

Empat pasukan 100 Plus Liga Perdana berkedudukan tangga 2, 3, 4 dan 5 akan diundi untuk menduduki tempat keempat dalam Kumpulan A4, B4, C4 dan D4 secara berasingan.

Kredit: Scoreboard Extra Time

Tiga pasukan berkedudukan tangga 9, 10 dan 11 Liga Super dan satu pasukan Liga Perdana berkedudukan tempat pertama akan diundi untuk menduduki tempat ketiga Kumpulan A3, B3, C3 dan D3 secara berasingan.

Seterusnyanya, pasukan berkedudukan tangga 5, 6, 7, dan 8 Liga Super akan diundi untuk menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A2, B2, C2 dan D2.

Akhir sekali, empat pasukan teratas Liga Super berkedudukan tangga 1, 2, 3 dan 4 akan diundi untuk menduduki tempat pertama dalam Kumpulan A1, B1, C1 dan D1 secara berasingan.

Proses Undian

Proses undian turut disiarkan secara siaran langsung di rancangan Scoreboard Extra Time yang ke udara pada jam 10:30 malam di TV9.

Tumpuan semestinya tertumpu kepada juara bertahan Piala Malaysia dan juara Piala FA 2017, Kedah yang berada di undian terakhir.

Selesai proses undian, Kumpulan A menyaksikan naib juara Piala FA 2017, Pahang diundi bersama T-Team, Negeri Sembilan dan juga peserta baru saingan Piala Malaysia, PKNP FC.

Kredit: Footbal Malaysia LLP

Perak diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Felda United, PKNS FC, dan juga pasukan yang pernah mendominasi pertandingan Piala Malaysia lewat 80an, Kuala Lumpur.

Juara bertahan dan juara Piala FA 2017, Kedah ditempatkan di dalam Kumpulan C bersama-sama Kelantan, Melaka United dan UITM FC. Sepertimana PKNP FC, ini adalah penampilan pertama bagi skuad UITM FC di dalam pertandingan ini.

Kumpulan D dianggap sebagai kumpulan paling sukar dengan pendahulu Liga Super, JDT ditempatkan bersama juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor. Kumpulan ini turut menyaksikan wakil tunggal dari Borneo, Sarawak dan pasukan yang melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA 2017, Terengganu.

Sepak Mula

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Juara dan naib juara Kumpulan A akan menentang wakil daripada Kumpulan B manakala dua kedudukam teratas Kumpulan C dan Kumpulan D akan bertemu sesama sendiri untuk slot ke separuh akhir.

Sepak mula Piala Malaysia 2017 dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2017. Perlawanan akhir Piala Malaysia dijangka akan dijadualkan pada 28 Oktober 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN