Prestasi Dan Jaringan Theo Zidane, Buatkan Ayahnya Zinedine Zidane Kagum

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane memuji anaknya Theo Zidane yang berusia 14 tahun. Jaringan cantiknya membantu pasukan remaja Los Blacos ‘Cadete B’ muncul juara liga dengan kemenangan 6-3 menewaskan Aluche.

Bermain di posisi tengah seperti ayahnya, Theo menjaringkan gol untuk pasukan akademi Real Madrid pada separuh masa pertama ketika jaringan terikat 1-1.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images,)

Theo turut mempunyai 3 lagi adik beradik lain yang turut berada dalam sistem akademi kelab Real Madrid.

Ayahnya sangat berbangga dengan usaha anaknya Theo, sehingga pengurus Real Madrid itu berkongsi saat itu di dalam akaun instagram peribadinya dengan mesej:” Tahniah @theo_z10 Cadete B juara liga!”

Theo yang turut menyarung jersi No.10 seperti ayahnya membawa bola dari bahagian tengah padang. Theo kemudian membuat hantaran satu-dua dengan rakan sepasukan untuk menghampiri kotak penalti lawan.

Beliau melepasi dua pertahanan lawan dengan ‘dummy’ menarik sebelum rembatannya menerjah penjuru gawang lawan.

https://www.youtube.com/watch?v=yjCIUpoIHUg

Zinedine Zidane pasti menharapkan skuad senior Real Madrid mampu untuk memenangi kejuaraan liga sebagaimana pasukan Theo lakukan.

Real Madrid kini berkongsi mata dengan Barcelona namun dibezakan di tempat kedua kerana perbezaan jaringan.

Real Madrid perlu memenangi kelebihan satu perlawanan yang dimiliki mereka untuk mempunyai kelebihan mata berbanding dengan kelab dari Catalan itu.

Zinedine Zidane turut mengemudi pasukan Real Madrid ke final UCL Champions League untuk potensi juara berganda.

Theo bukanlah satu-satunya waris Zidane yang berbakat besar dalam bola sepak.

MADRID, SPAIN – NOVEMBER 30: Headcoach Zinedine ZIdane speak with Enzo Zidane of Real Madrid looks on during the Copa del Rey round of 32 second leg match between Real Madrid CF and Cultural y Deportiva Leonesa at Estadio Santiago Bernabeu on November 30, 2016 in Madrid, Spain. (Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images)

Abang kepada Theo, Enzo Zidane kini berumur 22 tahun juga adalah produk akademi Los Blancos dan membuat penampilan senior pertama dalam pertandingan Copa del Rey musim ini.

Enzo menyerlah dalam perlawanan tersebut dan menjaringkan gol dalam kemenangan 6-1 menewaskan Cultural Leonesa di Barnebeu.

2 lagi anak lelaki Zidane, Luca, 19 tahun dan Elyaz, 11 tahun turut bersama program akademi di Real Madrid. Menarinya, Luca Zidane adalah satu-satunya yang memilih posisi penjaga gol dalam bola sepak.

Siapa tahu, satu hari nanti kita melihat legasi Zidane menguasai Real Madrid dan bola sepak Eropah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN