4 Tips Penting Dalam Menyempurnakan Sepakan Penalti

Sepakan Penalti

Tugas untuk mengambil sepakan penalti buat pasukan merupakan antara tanggungjawab yang terlalu berisiko buat seseorang pemain bola sepak dan mungkin juga anda.

Sekiranya berjaya menyempurnakan sepakan tersebut, anda akan dianggap sebagai penyelamat mahupun wira buat pasukan.

Namun, andai keadaan sebaliknya yang dicipta oleh anda, ianya bakal menghantui diri dan kadangkala membuatkan anda fobia untuk mengambil sepakan penalti lebih-lebih lagi dalam keadaan genting (penentuan sepakan penalti).

Persediaan yang baik ketika sesi latihan membuatkan anda akan berasa lebih bersedia untuk mengambil sepakan penalti.

Berikut adalah empat tips yang dapat membantu anda dalam usaha melakukan tendangan penalti yang baik dan konsisten bagi membolosi gawang lawan:

Embed from Getty Images

1) Mempunyai kawalan sepakan yang baik

Bagi yang selesa melakukan sepakan ‘placing’, anda akan menggunakan bahagian dalam kaki (inside foot) untuk melepaskan sepakan.

Manakala buat yang selalu melakukan rembatan deras dan mengutamakan ‘shoot power’ akan menggunakan bahagian hujung kaki.

Namun apa juga cara rembatan yang anda amalkan mestilah mementingkan ketepatan rembatan yang tinggi dalam percubaan yang dilakukan.

Pertingkatkan juga daya fokus dan ketenangan dalam diri kerana pasti sedia maklum mengenai tekanan yang akan dihadapi nanti.

2) Berlatih mengambil sepakan penalti

Jurulatih anda (sekiranya ada) pasti tidak akan memfokuskan terlalu khusus mengenai latihan ini. Anda lakukan latihan secara sendiri untuk meningkatkan kemampuan anda dalam sepakan penalti.

Perbanyakkan latihan menggunakan jenis sepakan yang anda selesa dengan lebih konsisten untuk menghasilkan teknik sepakan yang ‘sempurna’.

Kuasai kepelbagaian jenis sepakan untuk mengelirukan penjaga gol yang akan anda hadapi.

3) Keyakinan diri anda untuk sempurnakan tugas yang bakal dijalankan

Keyakinan juga sangat memainkan peranan ketika situasi ini. Keyakinan yang tinggi secara tidak langsung dapat menghilangkan rasa gementar dalam diri anda.

Berpeganglah dan yakin pada kata hati sekiranya anda memfokuskan untuk menyepak ke bahagian yang anda pilih, teruskan dengan pilihan dan lakukan sepakan kearah yang dipilih dari awal tersebut.

Jauhi keputusan yang berubah-ubah yang bakal mengganggu tumpuan sepakan anda. Jangan teragak-agak ketika mengambil sepakan penalti.

Sebagai contoh, jika anda membuat keputusan untuk menyepak ke point A, jangan ubah ke point B pada saat-saat terakhir.

4) Berhati-hati dengan bahasa tubuh anda

Kerapkali kita mendengarkan nasihat dengan memandang kearah tempat berlawanan untuk mengelirukan penjaga gol.

Namun penjaga gol yang berpengalaman berkemungkinan dapat membaca ‘trick’ tersebut dan akhirnya bakal menghampakan anda.

Berhati-hati juga kadangkala penjaga gol lawan cuba untuk menjejaskan konsentrasi anda sebelum sepakan diambil.

Rumusan

Apa yang dikongsikan adalah secara teori, segalanya memerlukan usaha keras daripada seseorang pemain itu sendiri dan faktor nasib dalam menjadikan anda sebagai pemain yang tenang menyempurnakan sepakan penalti.

Selamat mencuba!

Kredit foto & Video: Mark Kolbe/Getty Images & Youtube

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN