Sekarang kami tahu mengapa bilik persalinan JDT membolehkan Safiq Rahim dan rakan sepasukan begitu konsisten sepanjang musim. Ini mungkin salah satu daripada sebabnya.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa pemain tempatan gemar untuk menyertai JDT. Artikel ini mendedahkan salah satu daripada sebab tersebut.
Pada 2015, kru produksi TV3 mendapat kebenaran untuk membuat rakaman dalam bilik persalinan JDT. Hasil rakaman tersebut, anda dapat melihat semua kemudahan kelas pertama yang disediakan untuk pemain JDT.
Kami kumpulkan 5 kemudahan yang ada dalam bilik persalinan JDT. Kini anda tahu mengapa ramai pemain mahu bermain untuk JDT.
1. Jersi, baju pemanas badan dan but setiap pemain diselenggara baik
Sebelum perlawanan, setiap pemain JDT akan mempunyai jersi, baju untuk sesi pemanas badan dan but di kerusi mereka masing-masing. Selepas perlawanan, jersi, baju dan but mereka akan dibasuh oleh staf JDT.
2. Jacuzzi
Jacuzzi efektif untuk meredakan sakit otot dan sendi yang keletihan terutamanya selepas habis perlawanan bola sepak. Jet air di dalam tab jacuzzi membolehkan pemain menerima ‘urutan hydro bertekanan tinggi’. Haba dari air panas pula dapat mempercepatkan pemulihan tisu yang cedera.
3. Sauna
Sama seperti jacuzzi, sauna membekalkan haba untuk mempercepatkan pemulihan tisu yang cedera.
4. Tab mandian ais
Mandian ais adalah khas untuk pemain yang cedera. Ianya bertujuan untuk membawa darah baru ke tempat kecederaan dan menyingkirkan asid laktik selepas perlawanan.
Selain itu JDT juga mempunyai markas khas untuk kumpulan penyokong mereka, Boys of Straits (B.O.S). Cool!
Sumber: TV3Malaysia Official Youtube channel
Apa pendapat anda? Cool bukan? Mungkinkah sudah tiba masanya setiap pasukan di Liga Malaysia mulai mempertingkat aspek fasiliti untuk pemain?
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter