Manchester City dilaporkan bersetuju untuk membayar yuran perpindahan melebihi jumlah £50 juta kepada Totenham Hotspur untuk membawa Kyle Walker ke Etihad pada musim hadapan.
Sejak kempen musim lalu tamat, Manchester City telah menolak keluar 5 pemain yang semakin dimamah usia, termasuk pemain pertahanan Gael Clichy, Bacary Sagna dan Paul Zabaleta.
Dua pemain lain ialah Jesus Navas dan juga penjaga gol, Willy Caballero.
Tetapi bagaimanakah Kyle Walker dapat membantu skuad Pep Guardiola pada musim akan datang?
Kami kongsikan analisis teknikal dan statistik Kyle Walker untuk menjawab persoalan ini.
1. Statistik Perbandingan: Kyle Walker VS Pemain Pertahanan Man City
Gambar grafik di atas menunjukkan perbandingan statistik Kyle Walker dengan statistik purata dari pemain pertahanan menyerang Manchester City pada musim lalu: Clichy, Sagna, Zabaleta dan Kolarov.
Jelas Walker mendahului pemain yang seposisi dengan beliau dari segi ancaman serangan, bantuan gol, hantaran lintang dan sepakan penjuru, gelecekan dan peluang yang dicipta.
Walker juga mempunyai jumlah perebutan bola dan bentesan yang lebih kerap berbanding jumlah purata yang dimiliki oleh pemain-pemain Manchester City pada musim lalu.
Kesemua 4 pemain pertahanan menyerang yang sering digunakan oleh Pep Guardiola hanya menghasilkan satu bantuan gol sepanjang kempen 2016-2017. Manakalah Walker menghasilkan 4 bantuan gol dari arah sayap dan 1 dari posisi tengah.
2. Zon Serangan Yang Lebih Dinamik
Secara keseluruhan pemain pertahanan menyerang dan juga pemain tengah sisi yang beraksi di deep area hanya menghasilkan 7 bantuan gol untuk Manchester City pada musim lalu.
Manchester City sering mengeksploitasi wide area untuk melakukan serangan. Ini bermakna skuad Pep Guardiola terlampau bergantung kepada pemain sayap untuk mengancam kubu lawan pada musim lalu.
Info grafik diatas menunjukkan bagaimana Walker boleh menyumbang kepada kekuatan serangan Manchester City berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Bacary Sagna pada musim lepas.
Guardiola sering mengutamakan formasi 4-2-3-1 atau 4-1-4-1. Grafik diatas turut menunjukkan bahawa Walker menguasai posisi serangan, membenarkan beliau melakukan overlapping untuk memberi sokongan kepada Rahem Sterling atau pemain baharu Bernardo Silva di sayap kanan jika bersama City.
Kehadiran Walker turut akan mengkucar-kacirkan pertahanan lawan lantas membuka ruang di sekitar kotak penalti (juga zon 14).
Ini membenarkan pemain seperti Kevin De Bryune, David Silva, Gabriel Jesus, dan Sergio Aguero mengeksploitasi ruang yang terbuka.
City memiliki 79 percubaan tepat, hasil daripada sepakan percuma pada musim lalu- tertinggi di EPL, namun hanya 5 percubaan yang menghasilkan gol. Sebagai perbandingan, West Brom menjaringkan 16 gol daripada 58 percubaan.
Bagaimanapun anak didik Guardiola menjaringkan 14 gol hasil hantaran lintang. Pasukan-pasukan seperti Crystal Palace (20 gol), Liverpool (19 gol) dan Arsenal (18 gol) mempunyai ratio yang lebih baik.
Tidak syak lagi kehadiran Walker akan menambahbaik statistik jumlah jaringan milik Manchester City, selain daripada mencipta ruang untuk percubaan tepat daripada bahagian tengah pertahanan lawan.
3. Stamina Dan Kepantasan
Daripada senarai pemain pertahanan menyerang yang terdapat di dalam skuad Manchester City pada musim lalu, Pablo Zabaleta mempunyai jarak larian sejauh 10.88km untuk setiap 90 minit.
Rekod Walker adalah yang terendah jika dibandingkan dengan pemain lain di Manchester Citu, kecuali Sagna.
Jarak larian yang tinggi oleh pertahanan City pada musim lalu mungkin disebabkan oleh tuntutan taktikal oleh Guardiola terhadap pemainya di atas padang.
Kyle Walker, 27 tahun dijangka akan melakukan perkara yang sama pada musim hadapan bersama City.
Bagaimanapun, Kyle Walker merekodkan jumlah pecutan yang lebih kerap untuk setiap perlawanan berbanding 3 pertahanan City pada musim lalu.
Rekod pecutan tertinggi Walker pada musim 2016-2017 adalah pada kelajuan 35.18 km/h- tertinggi di kalangan pemain pertahanan yang beraksi di dalam EPL.
4. Fleksibiliti Pemain Di Dalam Formasi
Pada musim lalu, pasukan seperti Chelsea dan Totenham memiliki pemain pertahanan menyerang atau sayap pertahanan yang berkebolehan untuk membezakan keupayaan mereka dengan 18 pasukan yang lain.
Guardiola mengunakan sistem 3 pertahanan sebanyak 5 kali dalam saingan EPL pada musim lepas.
Namun begitu Sterling dan juga Leroy Sane bukanlah pilihan yang mempunyai kualiti bertahan untuk membantu sistem pertahanan bek bertiga milik Guardiola.
Kehadiran Walker akan memberi pilihan kepada Guardiola untuk menguatkan formasi ini. Walker beraksi sebagai sayap pertahanan untuk Totenham Hotspur pada musim lalu.
Perubahan yang dibawa oleh Guardiola dengan membawa pemain yang lebih muda dan bertenaga untuk memperkuatkan unit serangan di Etihad dijangka akan memberikan perubahan postif terhadap saingan Manchester City di EPL pada musim hadapan.
Rumusan
Adakah nilai £50 juta yang dibayar oleh Manchester City untuk mendapatkan pemain pertahanan dengan kualiti Kyle Walker adalah pelaburan yang berbaloi?
Kami ingin mendengar daripada anda. Coretkan pandangan anda di ruangan komen.
Sumber:
1. WhoScored.Com : https://www.whoscored.com/Players/69778/Show/Kyle-Walker
2. Premier League: https://www.premierleague.com/players/3955/Kyle-Walker/stats
3. Adam Smith, SkySport (2017):What will Kyle Walker offer Manchester City;
http://www.skysports.com/football/news/11679/10947248/what-will-kyle-walker-offer-manchester-city-we-check-the-stats