4 Rekod Yang Mampu Dipecahkan Oleh Manchester City Sekiranya Kekal Konsisten Dalam EPL

Manchester City

Musim 2017/18 bermula dengan cemerlang buat Manchester City. Pasukan itu kini sedang mengungguli carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan 8 mata diatas Manchester United yang berada ditangga ke-2 liga.

Prestasi cemerlang pasukan tersebut membuatkan beberapa pihak sudah mula meramalkan bahawa Manchester City mampu merangkul kejuaraan musim ini, meskipun saingan liga masih berbaki 24 perlawanan.

Andai Manchester City berada dalam keadaan konsisten sehingga penghujung musim, tidak mustahil bagi kelab yang berpangkalan di Manchester, England ini mampu merangkul kejuaraan dan berjaya memecahkan beberapa rekod baru Liga Inggeris.

Di sini, SemuanyaBola ingin kongsikan kepada anda 4 rekod yang mampu Manchester City pecahkan di EPL:

1. Pungutan mata tertinggi dalam liga

Chelsea merupakan pasukan yang telah berjaya memegang rekod mengumpul mata terbanyak dalam saingan Liga Inggeris. Pasukan itu berjaya melakukannya pada musim 2004/05 dengan mengumpul 95 mata semasa Jose Mourinho mengambil alih pasukan dari Claudio Ranieri.

Ia juga merupakan musim pertama pengendali dari Portugal itu bersama The Blues.  Kehadiran Mourinho buat kali pertama telah berjaya membawa impak buat pasukan sehingga beliau dianugerahkan sebagai pengurus terbaik musim 2004/05 .

Chelsea telah berjaya memecahkan beberapa rekod musim tersebut antaranya mencapai 29 kemenangan, 8 seri dan hanya 1 kekalahan. Pasukan itu hanya dibolosi 15 jaringan pada musim tersebut. Petr Cech  telah berjaya melakukan 24 cleen sheets dan beliau diangkat sebagai penjaga gol terbaik tahunan.

Bagi musim 2017/18, mampukah Manchester City memecahkan rekod The Blues ? Tanda-tanda itu sudah mula terlihat selepas 14 perlawanan, Manchester City sudah berjaya meraih 40 mata dengan 13 kemenangan dan 1 seri setakat ini.

2. Kemenangan terbanyak dalam liga

Chelsea sekali lagi unggul sebagai pasukan Liga Inggeris yang telah berjaya mencipta rekod kemenangan terbanyak liga. Kejayaan itu dicatakan pada musim 2016/17, semasa skuad itu dikendali oleh Antonio Conte.

Bekas pengurus skuad kebangsaan Itali itu hadir buat kali pertama bersama The Blues. Kehadiran beliau telah berjaya membawa Chelsea kembali ke landasan setelah mereka gagal pada musim sebelum ini.

Musim baru bersama Conte, Chelsea ibarat mendapat rentak baru. Pasukan itu berjaya mencatatkan 30 kemenangan secara keseluruhan dan mengumpul 93 mata hanya dipisahkan 2 mata untuk menyamai rekod yang pernah dilakukan The Blues sebelum ini ketika dibawah Mourinho pada musim 2004/05.

Hanya selepas semusim, rekod Conte bersama Chelsea seakan-akan mampu dileburkan oleh skuad bimbingan Pep Guardiola.

Dari 14 perlawanan setakat ini, Manchester City telah berjaya memenangi 13 perlawanan dan mereka hanya gagal memenangi satu perlawanan ketika menentang Everton pada 22 Ogos lalu di Stadium Etihad. Dalam perlawanan itu, Manchester City diikat Everton dengan keputusan jaringan 1-1 .

Kemenangan dalam 13 perlawanan City  bererti, pasukan itu mencatatkan keputusan lebih baik berbanding Chelsea pada musim lalu, dimana The Blues telah meraih 1 seri dan 2 kekalahan pada 13 perlawanan pertama.

3. Jaringan terbanyak liga

Chelsea masih lagi memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam saingan Liga Inggeris. Hal ini setelah pasukan London itu berjaya melakukannya ketika dibawah Carlo Ancelotti pada musim 2009/10.

Dalam musim tersebut, Chelsea telah berjaya mencatatkan 103 jumlah jaringan. Didier Drogba menerima anugerah kasut emas selepas membantu Chelsea menjaringkan 29 gol dalam 32 perlawanan liga manakala Frank Lampard menjaringkan 22 gol buat pasukan.

Tetapi musim 2017/18, diawal saingan liga, skuad Pep Guardiola dilihat lebih konsisten. Mereka telah berjaya menjaringkan 40 gol dalam 13 perlawanan.

Sebagai perbandingan, pada musim 2009/10, Chelsea hanya berjaya mencetak 38 jaringan. Hal ini sudah membuatkan The Citizens diramalkan mampu memecah rekod Chelsea andai mereka konstisten sehingga penghujung musim.

4. Rekod kemenangan berturut-turut paling banyak

Rekod kemenangan berturut-turut di EPL kini masih dipegang oleh dua kelab London, iaitu Chelsea pada musim lalu dan Arsenal untuk musim 2001/02. Jika Machester City mampu menewaskan West Ham pada perlawanan akan datang, mereka akan menyamai rekod dua kelab London tersebut.

Manchester City diramal berpeluang menewaskan West Ham. Memandangkan skuad David Moyes itu berada dalam keadaan yang tidak konsisten. West Ham telah mengalami 8 kekalahan setakat ini dan yang terbaru mereka tewas ditangan Everton 4-0 di Goodison Park.

Seandainya City mampu mencapai kemenangan ketika bertemu West Ham nanti, maka The Citizens bukan sahaja mampu menyamai rekod Arsenal dan Chelsea, malah menjadi pasukan yang meraih kemenangan berturut-turut terbanyak yang paling pantas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN