Penyokong ‘Lalang’ Ini Memberikan 4 Perkara Harus Dilakukan Mora Untuk Memperbaiki Prestasi JDT

Seorang pembaca kami menggelarkan diri beliau sebagai wakil kepada penyokong lalang JDT.

Penulis ini memberitahu kami beberapa penyokong JDT dilabel lalang hanya kerana memberikan pandangan mereka yang berbeza dengan penyokong lain.

Jadi beliau memberikan 4 cadangan kepada Benjamin Mora dari perspektif mereka yang tidak mahu menjadi golongan Yes Man di dalam menyokong pasukan mereka.

Mora dan JDT

Benjamin Mora antara jurulatih yang berhadapan tekanan kiri kanan. Namun raut wajah beliau tetap tenang.

Baru-baru ini, beliau dilabel berlagak oleh Eric Williams dan ramai juga penyokong JDT yang mengkritik Mora kerana sikap beliau.

Beliau sepatutnya lebih memfokuskan isu prestasi pasukan terlebih dahulu berbanding dengan insiden luar padang.

Penulis ada 4 cadangan untuk Benjamin Mora untuk memperbaiki prestasi JDT dan sekaligus meyakinkan golongan yang dainggap penyokong lalang.

1. Benjamin Mora harus mempelbagaikan taktikal

Benjamin Mora dilantik menjadi jurulatih JDT tiga hari sebelum Piala Sumbangsih 2017 menentang Kedah.

Ternyata ianya bukan mudah untuk menerapkan formasi, taktikal, identiti, DNA dan falsafah baru kepada satu-satu pasukan yang sudah dibiasakan dengan taktikal dari jurulatih lama mereka yang lebih kepada taktikal klasik.

Dalam beberapa perlawanan sudah diharungi JDT, perlawanan kelayakan ACL pusingan kedua menentang Gamba Osaka merupakan permainan paling menyeronokkan disaksikan kesemua peminat bolasepak tanah air.

Walaupun mereka gagal meraih kemenangan sekaligus gagal melayakkan diri ke pertandingan Asian Champions League namun pasukan JDT berhak mendapat kredit.

https://www.youtube.com/watch?v=iXeAeyIno_4

Namun, selepas itu prestasi permainan JDT agak menurun dan kadangkala mendatar. Ini mungkin disebabkan jadual padat yang mereka hadapi dan beberapa isu seperti pergantunggan dan kecederaan.

Ia normal untuk pasukan yang bermain dalam banyak kejohanan terutama sekali di peringkat serantau. Ini yang memaksa Benjamin Mora untuk terus menerus menggunakan pemain yang sama.

3. Isu bertahan pada keadaan kurang sesuai

Jelas JDT merupakan ‘gergasi’ separuh masa pertama namun segala serba tidak menentu apabila separuh masa kedua bermula.

Memang tidak dinafikan permainan defensif juga salah satu daripada taktikal namun Mora harus pandai menggunakan pada waktu yang sesuai.

Benjamin Mora harus sekurang-kurangnya memastikan pasukan berada dalam keadaan yang selesa sebelum memulakan permainan bertahan.

Dalam erti kata lain, JDT harus membunuh perlawanan terlebih dahulu bukannya terus bertahan dari awal separuh masa kedua hanya kerana mendahului 1-0 seperti mana menentang Melaka.

Begitu juga ketika mendahului 2-0 menentang Pahang. Ia agak tidak realistik kerana hakikatnya pasukan pelawat ketika itu dalam situasi hanya mencari 1 gol sahaja untuk menang secara aggregate.

Mengikut data, sudah tiga perlawanan JDT dihukum di saat akhir permainan. Semasa menentang Magwe FC (AFC Cup 2017), Pahang FA (suku akhir Piala FA 2017) dan terbaharu Melaka United (Liga Super Malaysia 2017).

Tidak dinafikan Benjamin Mora masih mampu melakukan tugasnya dengan cemerlang namun beliau dilihat kadang-kadang terlalu awal menarik ‘hand brake’.

Benjamin Mora harus mempunyai pelan B dan C sebelum menggunakan pelan bertahan untuk mematikan semangat pihak lawan yang semestinya mahu mencalarkan ego sang juara ini.

3. Kurangkan bereksperimen di saat genting

Benjamin Mora merupakan seorang jurulatih yang gemar melakukan eksperimen terhadap pemain beliau. Sama seperti Dato K.Rajagopal.

Eksperimen boleh diselitkan jika memang tidak ada pilihan lain. Ini kadangkala, ada pilihan lain seperti Shakir Shaari tetapi tetap memilih Amirul Hadi sebagai pivot.

Mujurlah Afiq Fazail berjaya membuktikan beliau adalah prospek yang bagus.

Ramai juga jurulatih yang menyelitkan eksperimen dengan beberapa pemain dalam satu perlawanan, namun jangan sampai ia menjadi backfire kepada diri sendiri. Itu yang kerap berlaku musim ini.

Dalam skop pasukan JDT, pasukan ini memiliki ketebalan (squad depth) yang baik. Sebab itulah peminat kadangkala bising apabila depth ini tidak digunakan sebaik-baiknya.

Contohnya, Azriff Nasrulhaq, peminat sentiasa yakin akan pemain itu setiap kali bermain di bek kanan ataupun kiri.

Namun apabila diletakkan di sayap kanan, dan pada masa yang sama kita ada pemain lain yang boleh bermain (available) di posisi itu, itu yang menaikkan kening peminat.

4. Isu penambahan peranan

Salah satu sikap yang harus dipuji dari Benjamin Mora adalah beliau berani menampilkan pemain-pemain muka untuk memberi mereka pengalaman di samping memberi masa bermain yang secukupnya kepada mereka.

Pada masa yang sama beliau juga mahukan pemain bermain lebih dari satu peranan di dalam padang.

Malah ketika rejim Benjamin Mora, beberapa pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan seperti Dominic Tan dan Shakir Shaari kerap digunakan. Pemain-pemain tempatan lebih diberikan kepercayaan.

Namun, di dalam keberanian beliau menggubah peranan dan posisi para pemain JDT, terselit kebimbangan apabila beliau meletakkan pemain di posisi yang terlalu asing.

Bayangkan pemain tengah serangan diarahkan bermain deep holding midifelder dan juga ada satu fasa diarahkan bermain bek tengah.

Pemain bek sisi jika diarahkan bermain sebagai pemain sayap, ia bukan darjah pertukaran kritikal.

Tetapi apabila bek sisi (wideman) sepanjang karier beliau diarahkan bermain di narrowed area ataupun bahagian tengah, ia memang perit.

Mora kadangkala ada 2 atau 3 posisi diisi dengan pemain yang bermain posisi ke-3 ataupun posisi baru.

Dan hasilnya pemain tersebut gagal menunjukkan aksi terbaik beliau walaupun pemain tersebut mempunyai potensi yang besar.

Ambil contoh perlawanan menentang Beoung Ket Angkor, Mahali Jasuli dilihat kurang efisien untuk bergerak sebagai ‘jeneral’ di tengah. Beberapa kali juga Mahali diarahkan bermain di tengah selepas itu.

Pastinya perkara tersebut boleh menjejaskan momentum dan rentak permainan pasukan kerana bolasepak adalah permainan berpasukan.

Jika seseorang pemain gagal menyerlah, sedikit sebanyak akan memberi kesan yang minimum terhadap prestasi pasukan.

Amirul Hadi salah seorang dari pemain yang menerima tempias ekoran gagal beraksi baik di posisi baru beliau.

Musim lalu Amirul Hadi antara pemain yang cemerlang dalam fasa terakhir kempen JDT. Beliau juga menjadi antara pemain terbaik Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan.

Namun apabila diletakkan di peranan yang mungkin posisi ke-4. Pemain ini bergelut untuk adaptasi menukar corak pemikiran di dalam permainan.

Peranan no.6 memerlukan pemain ini berfikir lebih defensif dan pada masa yang sama menjadi konduktor orkestra.

Tidak semua pemain boleh melalui adaptasi dengan segera. Oleh itu, bukan menidakkan usaha Mora untuk melakukan conversion kepada peranan pemain.

Cuma peminat mahu ia dilakukan dengan cara lebih meyakinkan dan tidak terlalu memberikan risiko kepada pasukan. Beliau adalah pakar dalam kerja beliau dan tugas beliau adalah tunjukkan kepada peminat tentang kepakaran itu.

Rumusan

Benjamin Mora bukanlah jurulatih yang terlalu teruk memandangkan beliau mampu membawa JDT ke tahap baru dan mencapai KPI yang telah ditetapkan TMJ terhadap beliau.

Pada hari ini, JDT berada dalam kedudukan teratas liga dan masih bersaing dalam Piala AFC 2017. Namun dari segi permainan berpasukan JDT masih perlu memperbaiki banyak aspek untuk menjadi lebih konsisten dan meyakinkan.

Penulis tidak mahu membandingkan Mora dengan Mario Gomez ataupun mahukan Diaz kembali kerana beberapa kekangan yang menghalang mereka untuk terus bersama JDT.

Yang akhirnya, tiada individu yang lebih besar daripada kelab.

Penyokong juga menerima baik ketika beliau menukarkan kapten kepada Marcos Antonio atas kapasiti keperluan pasukan.

Kini banyak insiden panas pemain JDT, kapten JDT bertindak lebih tenang dan menenangkan pemain lain berbanding sebelum ini. Di mana kapten pasukan yang terlebih panas.

Walaupun penulis adalah #TeamLalang tetapi penulis tetap menyeru agar penyokong JDT bersabar tatkala kelab sedang mengalami proses transisi dan sedang dalam proses pengurangan perbelanjaan.

Cuma tidak semua penyokong meluahkan kritikan yang konstruktif adalah anti-Mora, tidak menyokong TMJ ataupun penyokong lalang.

Setiap orang ada pandangan masing-masing, selagi-lagi ia diluahkan dengan cara yang baik, berlapang dadalah untuk menerima pandangan yang berbeza.

Dengan beberapa perubahan bakal dilakukan TMJ pada jendela perpindahan kedua ini, pastinya Benjamin Mora akan terus mengukuhkan barisan pasukan.

Ini untuk merealisasikan impian TMJ untuk melihat JDT bermain di peringkat paling tinggi di Asia.

Baca juga: Lelaki Ini Memberikan Sebab Kenapa Penyokong JDT Perlu Menyokong Mora

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN